DENGAN langkah yang perlahan dan tiada hala tuju, Darwish dan Safiya keluar dari pintu masuk mahkamah dan menuju ke kereta milik Darwish. Mereka datang bersama namun balik mungkin berasingan.
Darwish sudah meminta Qayyim untuk datang menjemput Safiya disitu.
Masing-masing masih lagi sepertinya tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Rela atau tidak, keputusan sudah pun muktamad.
Darwish berpaling memandang ke arah Safiya yang hanya tekun menunduk memandang lantai. Titisan air mata dapat dilihat oleh lelaki itu yang jatuh menitik pada lantai kering.
"Fiya..." lembut sahaja suara Darwish memanggil wanita itu. Perit rasanya melihat tangisan wanita yang disayanginya itu jatuh namun dia tidak mampu berbuat apa lagi.
"Fiya... pandang saya." sekali lagi Darwish menyeru nama bekas isterinya. Mahu saja dia mengusap air mata itu namun tidak boleh. Dia bukan lagi suami kepada Tengku Safiya.
Dia hanyalah bekas suami.
"Abang..." lemah sekali suara Safiya membalas panggilan Darwish menyebabkan lelaki itu mengetap bibirnya, menahan sebak. Dia tidak mahukan ini. Dia lepaskan Safiya kerana ini kemahuan wanita itu.
Tapi, kenapa...
"Fiya dah kata Fiya tak nak. Kenapa abang teruskan juga?" makin kuat tangisan Safiya tika itu. Sebelum bertolak kesini, Safiya sudah berkeras untuk tidak mahu teruskan perceraian mereka. Tapi kenapa Darwish tetap lafazkan talak keatasnya? Kenapa?
"Ini adalah yang terbaik untuk kita. Sama macam awak katakan dulu, saya juga tak nampak hala tuju perkahwinan kita. Jadi, biarlah saya berikan awak kebebasan. Awak dah banyak menderita sebab saya, Safiya. You deserve someone better and that person is not me."
Makin kuat tangisan Safiya. Dia tidak mahukan ini. Semuanya berlaku diluar jangkaan. Saat dia yakin Darwish akan menurut dan kembali kepadanya, lelaki itu jugalah yang menghancurkan harapan itu.
Untuk alasan apa lagi mereka berpisah?
"Saya minta maaf Safiya. Saya pun tak nak berpisah tapi..."
"Tapi apa? Awak tak bincang dengan saya pun Darwish! Mudahnya awak buat keputusan..." tangan kecil itu hampir naik menyentuh wajah Darwish namun terhenti. Dia sudah tidak boleh menyentuh lelaki itu lagi.
Darwish sudah kembali menjadi bukan mahramnya.
"Tak mudah Safiya. Tak mudah! Saya tak rasa kalau kita tak berpisah, awak boleh terima saya kembali. Mungkin sekarang kerana awak masih lagi terkejut tapi percayalah, sampai satu masa awak akan gembira dengan perceraian kita ni."
Naik seoktaf suara lelaki itu. Mungkin dia sudah penat dengan semua perkara yang telah berlaku. Sekarang ini dia hanya mahu pulang dan berehat ke rumah. Bukan rumah milik dia bersama dengan Safiya tapi rumah barunya.
"Yakinnya awak. Habis itu, macam mana dengan Dhia dan Dhawiy? Apa yang perlu saya cakap kalau mereka tanya pasal papa mereka? Saya tak kuat Darwish. Saya tak kuat." Safiya bersandar lemah pada pintu kereta. Tangan naik menekup mulut, cuba untuk menahan suara tangis.
"Pasal anak-anak awak jangan risau, saya akan jumpa mereka lepas ini dan bagitahu apa yang perlu," balas Darwish tanpa memandang Safiya.
Mata hanya tekun memandang kereta Qayyim yang diparking tidak jauh dari tempat mereka berada itu.
"Dah, abang awak dah sampai tu, pergilah balik. In Shaa Allah petang nanti saya singgah rumah papa awak sekejap untuk jumpa dengan anak-anak," sambungnya lagi sambil memberi isyarat kepada Qayyim untuk datang mendekat dan menjemput Safiya.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...