Qayyim's : 10

3.8K 194 5
                                    

KERETA Myvinya dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi, apabila lampu isyarat bertukar kepada warna merah dia terpaksa berhenti. Jemari halusnya mula mengetuk-ngetuk stereng keretanya itu. 

"Aduh, masa ni la dia nak tukar warna merah. Orang dah lewat ni." Jam tangan ditilik sekilas. Pukul 5.07 petang. Langit mendung pula dilihatnya.  Rasa bimbang mula bertandang. Semoga dia sempat sampai ke rumahnya sebelum hujan turun.

Tatkala lampu isyarat bertukar warna, guruh mula menyapa warga bumi. Terus bertukar keruh riak wajah Melissa mendengar bunyi yang sangat menggerunkan itu. Cepat-cepat dia memandu keretanya ke bahu jalan dan berhenti ditepi jalan yang sudah mulai sunyi itu. Radio yang sedari tadi ditutup itu dibuka dengan frekuensi yang tinggi.

Bunyi guruh semakin kuat di luar. Dahi licinnya sudah mula berkeringat. Kepalanya disandarkan pada stereng kereta yang masih lagi kemas dipegang. Selawat tidak lepas dibaca dari mulut kecilnya.

Dia takut. Jika dia tahu hari hendak hujan, dia batalkan sahaja kelas petangnya pada hari ini dan gantikan pada hari lain. Dia lebih rela penat bekerja dari melihat hujan dihadapan mata. Dia takut dengan hujan. Lebih tepat, hujan kilat.

Memori lama akan datang kembali jika dia melihat hujan dan kilat. Rasa bersalah dan takutnya akan kembali. Mata dipejam rapat tatkala rintik hujan mula membasahi bumi. Dia benci bunyi itu.

Nafasnya terasa sesak. Kenapalah dia terasa lemah sejak dua menjak ini? Kemanakah Melissa yang tidak lemah dan berani itu menghilang? Selalunya Uwais ataupun uminya yang selalu ada apabila waktu begini.

"Uwais..." Iya, Uwais! Cepat-cepat Melissa mencapai telefonnya kembali, cuba menghubungi sepupunya itu. Namun, baru sahaja dia ingin menelefon Uwais, telefon ditutup kembali.

"Takkan aku nak ganggu dia. Dia dah kahwin. Nanti apa pula kata Dania." Mukanya kembali mendung. 

Tika ini air mata Melissa hampir jatuh. Badan sudah mula menggigil apabila bunyi guruh dan pancaran kilat yang menyambar. Perlukah dia meminta tolong dengan Qayyim? Bagaikan ada sinar harapan, sekali lagi telefonnya dicapai. Nombor Qayyim didail dengan harapan lelaki itu akan mengangkatnya.

"Sorry, the number you have dialed is..." Melissa ketap bibir. Tak apa kita cuba lagi. In Shaa Allah dia angkat. Dia cuba menelefon suaminya lagi namun tetap sama. Hampir lima kali panggilan tidak diangkat, dia mengalah. Mungkin suaminya ada kerja. 

Nafas dihela perlahan. Kepala kembali disandarkan pada stereng kereta.  Mata dipejam rapat dan telapak tangan dilekapkan pada telinga. Hujan, cepatlah berhenti. Ruginya dia tidak membawa earpod tidak pun headphonenya tadi. Jika tidak, dia tidak akan berkelakuan seperti ini. Seperti kanak-kanak kecil yang sedang ketakutan. 

"Maafkan Mai, Hana. Mai minta maaf."

Air matanya mengalir perlahan, emosinya ketika ini bagaikan bercampur-aduk. Entah berapa kali sudah dia menangis. Huh, lemah betul kau, Melissa. Cengeng.

Tiba-tiba suasana sunyi itu diganggu dengan deringan dari telefon Melissa. Pantas tangannya mencapai dan menyeret skrin telefon itu. Telefon ditekapkan pada telinga, senyuman lega terhias pada wajah cantiknya. 

"Kenapa call?" Tanpa berbasa-basi, laju sahaja Qayyim menyoal isterinya. Terkejut dia apabila mendapat banyak missed call daripada Melissa.

"Tengku! Tolong saya... Saya—ARGHHH!" 

"Tutt...."

LAJU langkah Qayyim mengikuti doktor dan jururawat yang membawa Melissa ke dalam wad kecemasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


LAJU langkah Qayyim mengikuti doktor dan jururawat yang membawa Melissa ke dalam wad kecemasan. Baru sahaja Qayyim ingin masuk sekali, dia ditahan oleh kawannya itu.

"Kau tunggu dekat luar, ya. Kalau ada apa-apa nanti aku bagitahu. Bawa bertenang dulu. Pucat sangat muka kau ni. Aku dah minta nurse call Zayyan tadi. Nanti dia datang," ujar Khalish sebelum masuk ke dalam wad kecemasan meninggalkan Qayyim sendirian.

Sebenarnya Khalish masih lagi terkejut apabila Qayyim memberitahunya bahawa wanita itu adalah isterinya. Sejak bila lelaki itu berkahwin pun dia tidak tahu. Namun, bukan sikapnya untuk menyibuk masalah orang lain, mungkin kawannya itu ada sebab tersendiri.

Qayyim melabuhkan punggung pada bangku yang telah disediakan. Suasana di hospital ketika itu agak lenggang dan tenang memandangkan waktu sebegini bukan masa orang melawat. Rambut diraupkan kebelakang.

Hampir luruh jantungnya tadi apabila panggilan daripada Melissa tiba-tiba terputus begitu sahaja, sudahlah gadis itu menjerit bagai nak rak. Dia pula baru habis operation. Dah macam orang gila dia lari balik dari hospital tadi. Nasib baik sempat menukar baju saja, kalau tidak entah apa yang dikata orang.

Tidak terkata betapa bersyukurnya dia apabila menjumpai kereta Melissa di tepi jalan yang sudah tidak jauh dari rumah mereka. Sepanjang perjalanan, hatinya tidak lepas dari rasa bimbang dan takut. Takut jika berlaku apa-apa pada Melissa.

Qayyim agak terkejut apabila ada kemalangan yang berlaku di tengah jalan, betul-betul tidak jauh dari tempat Melissa berhenti. Tapi nampak gaya seperti tidak teruk kerana mangsa hanya cedera ringan. Hanya kenderaan sahaja yang teruk.

Dia memberhentikan keretanya betul-betul dibelakang kereta Melissa. Wanita itu masih tidak mematikan enjin keretanya. Dalam keadaan hujan yang lebat itu, dia turun dari kereta tidak menghiraukan pakaiannya yang telah basah lencun.

Kaki pantas melangkah kearah pintu kereta dan cermin diketuk dengan kuat beberapa kali.

"Melissa!"

"Melissa, buka pintu ni!" Namun tiada sahutan daripada wanita itu. Rasa bimbang bertandang kembali. Dia cuba mengintai dari cermin gelap kereta itu namun hampa. Tingkap terlalu gelap!

Sekali lagi tingkap diketuk berkali-kali.

"Melissa buka!"

"Melissa Umaira!" Hampir terkeluar anak tekaknya menjerit namun tiada sebarang sahutan dan balasan dari wanita itu. Keadaannya yang basah kuyup diabaikan. Dia risau dengan keadaan wanita itu. Bagaimana jika berlaku apa-apa pada isterinya itu

"Melissa, buka pintu ni. Ini aku, Qayyim. Suami kau." Agak kuat suara Qayyim memanggil Melissa namun nadanya lembut. Dia tahu wanita itu masih sedar kerana dia dapat dengar suara isterinya itu walaupun sangat halus.

"Melissa..." Dia buntu ketika ini, sudahlah dengan hujan lebat yang tidak berhenti dari tadi. Melissa pula tidak ingin membuka pintu.

"Melissa, buka pintu ni. Tak apa, aku ada. Buka pin—" Tidak habis ayat Qayyim, Melissa akhirnya membuka pintu keretanya itu.

Tidak sempat dia ingin berkata apa-apa, badan tegapnya terus dipeluk oleh wanita itu. Kejung terasa badanbta ketika itu. Dia ingin merungkaikan pelukan itu kerana tidak mahu badan wanita itu pun turut basah dek kerana terkena air hujan.

"Mel, basah ni. Kita masuk dalam kereta dulu."

Namun, hanya gelengan yang menjadi balasan. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menurut. Badan kecil isterinya dibawa masuk ke dalam pelukan. Apa-apa pun dia bersyukur kerana Melissa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya takut. Saya teringatkan dekat arwah—" Itu sahaja perkataan yang dikatakan oleh Melissa sebelum gadis itu rebah tidak sedarkan diri di dalam pelukan Qayyim.

—TBC—

Published on : 12/07/2023

Thanks for reading. Jangan lupa vote dan komen, Bye!

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now