Qayyim's : 11

3.9K 200 5
                                    

BUNYI derapan kaki orang mematikan lamunan Qayyim. Wajah Luthfi yang termengah-mengah itu dipandang dengan kerutan didahi. Tertanya juga kenapa kawannya boleh ada disini.

"Kau buat apa dekat sini? Lari macam nampak hantu pula tu." Berkerut-kerut dahi Qayyim melihat Luthfi yang sedang rakus meminum air mineral. Sempat pula mamat ni buat iklan 100plus dekat sini. Dari celah mana dia dapat air itu pun tak tahu lah.

"Ada nurse bagitahu aku yang kau masuk hospital, dekat ER pula tu. Mahu tak risau aku," balas lelaki itu dengan nafas yang masih termengah-mengah. Qayyim hanya senyap mendengar. Oh, dia lupa tadi Khalish ada bagitahu yang dia dah inform Luthfi.

"Bukan aku, Melissa. Dia pengsan." Luthfi mengeluh lemah. Dah kenapa dengan kawannya seorang ni? Sedih tak bermaya macam isteri minta cerai. Dia yang hilang bini ni pun tak ada lah sampai macam tu sekali. Lama berfikir, senyum sinis terukir pada wajah Ahmad Luthfi Zayyan.

"Yim."

"Apa?" Masih lagi dengan nada lemah. Wajah Luthfi pun tidak dipandangnya. Semakin galak Luthfi ingin mengenakan sahabatnya itu.

"Kau suka dekat Melissa kan?" Soalan maut dari Luthfi keluar juga. Sudah lama dia ingin menyoal tentang perkara ini namun masa dan keadaan sahaja yang tidak kena.

Senyap. Qayyim hanya senyap dan mata hanya tekun memandang lantai hospital. Dia sukakan Melissa? Dia sendiri tidak tahu.

Dia berbelah bahagi. Rasa cintanya pada Dania masih ada dan rasa sayangnya buat Melissa juga sudah mula mekar. Dia buntu dengan perasaan sendiri. Nafas dihela lemah. Kepala didongak dan mata dipejam rapat.

"Entahlah, Luth. Aku pun tak tahu. Perasaan aku sekarang ni berbelah bahagi. Tapi satu saja yang pasti, aku dah terima dia sebagai isteri aku dan dia adalah keutamaan aku." Kelat sahaja senyuman yang terukir pada wajah kacak itu.

Luthfi senyum dan menepuk bahu sahabatnya itu. Tempat disebelah Qayyim diambil dan direbahkan badannya rapat ke kerusi.

"Hargailah dia selagi dia masih ada didepan mata kita, Yim. Jangan jadi macam aku. Menunggu seseorang yang belum pasti bila dia akan kembali. Berubahlah. Jadi seorang suami yang baik dan mampu bimbing dia. Rasa cinta itu akan hadir tanpa kau minta. Aku yakin, kau boleh." Kendur sahaja suara lelaki yang selalunya ceria itu.

Rasa rindunya kepada orang itu semakin memberat. Tipu jika dia kata dia tidak penat menunggu. Penat. Sebuah penantian itu sangat menyakitkan dan memenatkan. Namun, dia sudah berjanji dia akan tunggu wanita itu sehingga dia betul-betul bersedia untuk kembali kedalam dakapannya.

Qayyim memandang kawannya yang kelihatan sedih itu. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana dia tidak akan pernah merasai apa yang lelaki itu rasakan dan dia sebolehnya tidak mahu perkara itu berlaku kepadanya.

"Thanks, Luth. Tapi kan, alang-alang kau dah ada dekat sini, boleh tak kau tolong aku?"

"Apa?"

"Tolong—" Tidak sempat habiskan kata, Qayyim pantas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah pintu bilik wad kecemasan apabila Khalish keluar dari wad itu. Luthfi juga turut bangun sekali.

"Khalish, macam mana dengan isteri aku? Dia tak apa-apa ke? Dia masih tak sedarkan diri ke?" Khalish hampir terlepas tawanya apabila melihat tingkah Qayyim. Wow, what a new sight from Tengku Fawwaz Qayyim.

"Sabar, Fawwaz. Bawa bertenang. Isteri kau tak apa-apa. Tak ada major and minor injuries. Tak ada kecederaan apa-apa, just too much stress dan kurang rehat. Dia tak perlukan apa-apa rawatan cuma perlukan rehat yang cukup sahaja. Kau boleh masuk, dia dah sedar. Aku rasa itu saja, aku pergi dulu."

Pergi sahaja Khalish, pantas Qayyim berlari masuk ke dalam unit kecemasan itu. Katil Melissa dituju. Luthfi hanya santai berjalan mengikuti sahabatnya itu dari belakang. Sungguh dia tidak faham dengan Qayyim.

Baru sayang kononnya dekat Melissa. Huh, dia jamin yang Qayyim tu dah jatuh cinta sampai tergolek dah dekat Melissa, tapi kawannya itu sahaja yang bodoh tak perasan perasaan sendiri. Kawan siapalah tu.

Kerana dia ini seorang yang sangat memahami dan pakar dalam percintaan, dia bagi ruang buat sahabatnya itu untuk bermanja dengan isterinya dulu. Pergi borak dengan pak cik- pak cik dekat sini pun okey juga.

Terus kaki itu dituju kehaluan yang berlawan dengan Qayyim. 

Sampai sahaja dikatil Melissa, bahu gadis itu terus dipegang kemas. Terkejut Melissa dibuatnya. Mahu tidak kaget apabila muka suaminya itu macam orang yang kena sembelit tapi tak lepas nak membuang.

"Te-Tengku. Kenapa ni?"

"Kau okey? Ada sakit dekat mana-mana ke? Si Khalish tu kata kau tak apa-apa, betul? Kalau ada rasa tak selesa ke apa bagitahu aku. Kalau kau tak nak tinggal dekat sini, kita tukar wad. Sekejap, kau tunggu. Aku minta tolong Luthfi sekarang juga. Luthfi—" Baru sahaja Qayyim ingin memanggil Luthfi, percakapannya dipotong oleh Melissa terlebih dahulu.

"Tengku! Kenapa ni? Saya okey. Tak payah susah-susah tukar wad. Lagipun saya sekejap saja kena tahan dekat wad ni. Saya lebih selesa begini. Jangan risau." Akhirnya Melissa dapat menarik nafas lega apabila lelaki itu hanya diam dan bersetuju.

"Fine. Kalau kau kata macam tu, tak apalah. Kau ada nak apa-apa tak? Lapar?" Risau takut wanita itu masuk angin kerana perut kosong. Dia yakin isterinya itu masih belum menjamah apa-apa makanan lagi.

"Lapar tu memang lapar tapi satu je masalah, Tengku ada bawa phone dengan laptop saya sekali tak? Saya kena minta cuti."

"Tak. Aku sempat kunci kereta kau saja. Barang-barang kau semua aku tak sempat bawa sekali. Emergency ke? Kalau penting guna phone aku dulu. Tak pun laptop aku. Ke kau nak aku pergi ambil barang-barang kau? Alang-alang bawa pakaian kau dengan sekali ke sini?"

"Eh, tak apalah, dah kenapa nak bawa pakaian saya pula? Tengku tak perlu susah-susah. Nanti pandai-pandai lah saya jawab." Terkejut Melissa dengan perangai Qayyim yang tiba-tiba  berubah. Salah makan ubat ke?

"Takkanlah kau tak nak tukar baju? Dari pagi tadi lagi pakai yang sama. Lagi-lagi yang bahagian dalam tu. Selesa ke?" Terus berubah rona wajah Melissa apabila lelaki itu menyebut tentang pakaian dalam.

"Ish, apa ni Tengku cakap macam tu. Tak malu ke? Pelecehan seksual tahu tak?" Tergelak kecil Qayyim melihat reaksi Melissa. Tahu malu juga rupa-rupanya isterinya ini. Selalunya mulut bukan main lancang.

"Tak, yang kau nak cuak ni dah kenapa? Eh, kalau aku nak buat pelecehan seksual pun tak salah. Dapat pahala lagi." Makin galak Qayyim mengenakan Melissa apabila wajah wanita itu sudah merah memeri. Comel.

"Apa ni Tengku! Tiba-tiba jadi pervert macam ni? Tak cukup kasih sayang ke? Dah lah, malas saya layan Tengku. Kalau saya layan sampai ke esok pun tak sudah. Lagi satu, belikan saya makanan. Saya lapar. Nak Mekdi." Pantas badan dibaringkan dan membelakangi suaminya itu. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badannya. Nak merajuk!

Qayyim pula makin galak ketawa. Comelnya isteri dia merajuk. Selimut yang digunakan Melissa itu dibetulkan sedikit. Kaki melangkah ke kaunter dan dia sempat meminta pada jururawat yang bertugas untuk memindahkan Melissa ke wad berseorangan agar wanita itu lebih selesa dan tak perlu bertudung apabila tiada orang. Mesti rimas kalau nak tidur pun pakai tudung.

Telefon pula dibuka dan nombor Luthfi didail. Entah kemana pula mamat seorang ni hilang. Tadi elok saja ada dengan dia. Tapi bagus juga tak ada lelaki itu, tak adalah malu sangat dia nak bercakap dengan Melissa.

"Luth, teman aku balik. Aku nak kena bawa balik kereta Melissa lepastu aku nak balik rumah nak ambil barang. Nanti kau bawa balik kereta aku."

"Okey, aku tunggu kau dekat bawah." Panggilan dimatikan dan kakinya melangkah keluar dari wad itu. Jam tangan dikerling sekilas. Pukul 9.46, masih awal. Jalan juga sudah tentu belum sunyi.

—TBC—

Published on : 15/07/2023

Thanks for reading! Jangan lupa vote dan comment. Bye!

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now