MELISSA kulum senyum apabila melihat kereta Qayyim yang elok berada di tempat parking itu. Nasib baik lelaki itu dah tukar kereta, kalau tak bising kawan-kawan sekerjanya nanti.
Lagi pula tidak ramai yang tahu tentang perkahwinannya. Hanya kawan sepejabatnya sahaja yang tahu. Itu pun mereka dah bising kenapa mereka tidak dijemput ke majlis kahwin.
Laju Melissa melangkah menuju ke kereta milik Qayyim.
“Assalamualaikum.”
Pintu kereta ditutup apabila badan genitnya sudah elok duduk di atas kerusi itu. Senyuman tidak lekang dari wajah cantik itu. Qayyim hanya senyum dan membalas salam.
“How's your day?” soal Qayyim sambil memulakan pemanduannya. Melissa diam sejenak melihat riak wajah suaminya yang nampak agak kusut itu.
“Saya baik-baik saja. Tapi, awak ni okay tak? Kenapa nampak macam ada masalah ni?” tembak Melissa tanpa berdalih. Berbulan tinggal dengan Qayyim buat dia tahu perangai sebenar lelaki itu.
Kalau ada masalah riak muka memang tak boleh nak tutup langsung. Tapi bila dengan dia sahaja sebab kalau masa mereka balik jumpa keluarga, lelaki itu boleh sahaja mengekalkan muka selambanya itu.
Mungkin Qayyim selesa dengannya? Kalau betul, Alhamdulillah.
“Nanti la orang bagitahu dekat rumah. Tak selesa kalau cerita dalam kereta ni.” Melissa hanya mengiyakan sahaja balasan lelaki itu.
Sah, mesti ada benda yang jadi.
MATA bulat itu tidak lepas memandang belakang suaminya yang sedang memasak di dapur. Sekali sekala keluhan keluar dari dua ulas bibir itu.
“Uwais, awak marah ke?”
Jemarinya disulam bersama. Gementar menunggu balasan daripada lelaki itu.
Uwais memalingkan badannya menghadap kearah Dania yang hanya menunduk memandang permukaan meja makan. Satu senyuman tawar melorek pada wajahnya. Dapur ditutup buat seketika membiarkan makanan yang masih lagi belum masak itu.
Kaki perlahan bergerak mendekati Dania lalu dia berdiri di belakang wanita itu yang sedang duduk di atas kerusi. Bahu kecil itu dipeluknya dari arah belakang.
Dania agak terkejut pada awalnya namun dibiarkan sahaja. Uwais merehatkan kepalanya pada bahu wanita itu.
“Saya tak marah pun. Janganlah tanya soalan sama, nanti kan tak pasal-pasal saya marah betul-betul.” Dania ketawa kecil mendengar usikan Uwais itu namun dia faham, lelaki itu bukan sekadar bergurau sahaja.
“Okay, sorry awak. Sejak dua menjak ni saya selalu sangat overthinking,” balas Dania tanpa berpaling memandang suaminya itu. Anak mata hanya kekal memandang permukaan meja yang kosong.
“Tak apa. Saya faham.” Dania senyum tipis. Kepala disandarkan pada tangan Uwais yang masih lagi memeluk bahunya itu.
“Em, awak sempat ke bagitahu Fawwaz tadi?” soalan Uwais itu dibiarkan sepi buat seketika. Lama Dania mendiamkan diri sebelum membuka mulut.
“50-50? Saya sempat bagitahu separuh sahaja sebab Fawwaz sebut nama Dhia dengan Dhawiy,” ujar Dania dengan nada kosong. Mendengarkan nama kembar itu, Uwais mengeratkan lagi pelukannya.
Tahu sangat yang Dania agak sensitif dengan dua nama itu.
“Tak apa, kita masih ada masa. Awak jangan risau.” Dania senyum tawar. Beribu kali Uwais ulang perkataan itu pun, rasa risau dan bersalah ini tak akan hilang sampai bila-bila.
Mungkin dia menjadi sensitif apabila nama Dhawiy dan Dhia disebut tapi dia rasa seperti perempuan tidak berguna apabila nama Safiya meniti di fikirannya.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...