Qayyim's : 32

3.1K 132 2
                                    

SENYUMAN tidak lepas dari wajah umi dengan ayah apabila dapat berita yang anak tunggal mereka sudah berbadan dua.

Tak sabar rasanya nak timang cucu!

“Dah berapa bulan?” soal umi kepada Melissa. Tak sangka yang anaknya ini betul-betul mengandung.

“Dah nak masuk enam minggu, umi.” Qayyim yang membalas soalan ibu itu. Melissa ketika itu sedang duduk disebelah ibu sambil meriba Guardian. Watson pula sudah hilang ke bilik lamanya.

Saja mereka bawa sekali dua makhluk berbulu itu, takut ayah rindu dekat Watson lagi pula selama ini ayahlah yang jaga Watson sepanjang Melissa berada di rumah Qayyim semasa awal perkahwinan mereka dahulu.

“Nanti Mel jangan duk buas sangatlah. Jaga sikit badan tu,” pesan umi dan dibalas dengan gelak tawa dari Qayyim dan ayah.

“Apa ni umi! Sejak bila pula Mel buas?” soal Melissa dengan tidak puas hati. Umi ni selalu nak kenakan dia saja. Merajuk baru tahu!

Tak nak kawan dengan umi!

“Iyalah. Kalau tak buas, tak adanya kamu pergi terajang si Uwais dengan Lekir masa kecil-kecil dulu,” balas umi sambil menjungkitkan kening kirinya. Senyum penuh kemenangan dia tayangkan pada Melissa.

“Ish, umi ni. Zaman bila tu? Mel baligh pun belum lagi masa tu!” cantas Melissa tak nak kalah. Umi selalu buka dark side dia depan Qayyim. Nasib baik Qayyim tak cerita dekat umi yang dia pernah terajang lelaki itu.

Kalau tak, siap-siap gali kuburlah jawabnya.

“Dahlah, malas umi layan kamu. Buat penat saja. Ni tidur sini ke balik rumah kamu terus?” soal umi lagi. Melissa senyap bagi Qayyim yang menjawab. Biar lelaki itu yang tentukan lagipula dia cuti esok tapi Qayyim dia tidak pasti.

“Maaf umi, hari ni tak boleh nak tidur sini. Pagi esok saya kerja,” jawab Qayyim. Umi dan ayah hanya tidak berkata apa. Kalau kerja, mereka tidak boleh kata apa la. Faham dengan kerja menantu mereka itu.

“Kalau macamtu nak buat macam mana kan? Mama dengan papa kamu dah tahu ke pasal ni?” kini ayah pula yang bersuara.

“Belum lagi. Balik dari check up tadi terus kami ke sini,” tambah Qayyim lagi. Memang mereka sudah rancang untuk jumpa umi dengan ayah.

“Nanti jangan lupa bagitahu papa dengan mama kamu. Nantikan terasa hati mereka. Ni, kamu berdua dah makan ke? Kalau tak tunggulah, makan tengah hari dekat sini,” kata umi sambil pergi menuju ke dapur untuk memasak. Ayah pula hanya kekal disitu, menonton tv.

“Baik umi,” balas Melissa lalu bangun dari duduknya. Guardian dilepaskan pergi. Qayyim juga turut bangun.

“Mel pergi la rehat. Nanti umi dah siap masak, abang panggil.” Melissa hanya menurut. Dia pun sudah mula mengantuk ni. Semalam tidur lewat dan pagi ini kena bangun awal.

Qayyim pergi ke dapur. Dia tersenyum tipis saat melihat wajah umi yang tidak lekang dari senyuman. Tampak bahagia sekali wajah itu.

“Umi nak masak apa? Biar Qayyim tolong sekali.” umi memandang sekilas kearah menantunya itu.

“Tak payah. Kamu pun pergi rehat sekali dengan Mel. Kamu penat kan, dah dua hari tak balik rumah. Dah pergi rehat.” terus umi menolak badan tegap itu keluar dari ruangan dapur.

Petang semalam Melissa ada menelefonnya bertanya khabar dan memberitahu yang Qayyim tak balik hampir dua hari sebab on-call.

Sudah tentu menantunya itu kepenatan.

“Tapi umi—”

“Tak ada tapi-tapi. Pergi rehat sana. Setakat memasak ni, tiap-tiap hari umi masak. Pergi sana, rehat.” belum sempat Qayyim menghabiskan ayat umi pantas memotong percakapannya.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now