BUNYI azan dari telefon menyedarkan Melissa dari lenanya. Dia bingkas bangun dari baringan. Badan diregangkan kekiri dan kekanan. Mata melilau memerhati setiap ruangan di biliknya.
Sudah hampir dua minggu dia tinggal di rumah Qayyim. Dan selama dua minggu itu jugalah dia tidak bercakap dengan suaminya.
Kenapa? Jangan tanya dia kerana dia juga tertanya-tanya akan perkara itu. Qayyim sendiri yang tiba-tiba isytihar perang dingin seusai mereka melangkah masuk ke dalam bilik masing-masing.
Nasib baik dia sempat bertanya tentang bilik tidur, kalau tidak, sudah tentu dia bagaikan orang yang tiada hala tuju di dalam rumah besar ini.
Melissa bersiap untuk ke tempat kerjanya memandangkan cuti sudah habis. Sarapan ringkas disediakan untuk Qayyim walaupun dia tahu lelaki itu tidak menyentuh langsung makanan yang dia sediakan.
Dia tidak kisah, asalkan dia laksanakan tugas sahaja sudah cukup. Teh panas yang telah suam-suam kuku dihirup sehingga habis sebelum dia bangun dari kerusi untuk mencuci pinggan dan cawan yang telah diguna tadi.
Kunci kereta yang berada diatas meja digapai sebelum dia berlari anak menuju ke kereta miliknya, Perodua Myvi yang diparkir elok disebelah Honda CR-V milik Qayyim.
Baru sahaja Melissa mengundurkan kereta, dia nampak Qayyim yang baru keluar dari rumah dan menuju ke kereta. Melissa berhentikan kereta. Qayyim yang sudah berada di dalam kereta dituju. Cermin tingkap kereta lelaki itu diketuk perlahan.
"Tengku, harini saya dah mula kerja. Saya minta izin keluar sampai petang kalau tak ada angin melintang." Permintaan Melissa hanya dibalas dengan anggukan sebelum kereta milik Qayyim pergi meninggalkan perkarangan rumah.
Melissa hanya membuat muka selamba apabila Qayyim meninggalkan dia seorang diri. Bukannya dia tidak biasa dengan layanan seperti itu. Tanpa menunggu lama, kereta Melissa pula yang bergerak meninggalkan perkarangan rumah Qayyim.
Melissa hanya memandang kosong pelajar-pelajarnya di depan mata. Entah mengapa dia rasa malas untuk mengajar hari ini. Lagi pula hari ini merupakan hari pertama untuk semester baru di tempat dia mengajar, memang tiada apa yang perlu diajar.
"Miss, kenapa monyok je ni?" Teguran daripada salah seorang pelajarnya menarik perhatian Melissa. Dia tersenyum kecil. "Awak semua dah tak boleh panggil saya Miss lah. Kena panggil Madam dah sekarang." Mendengar pengakuan daripada Melissa itu, riuh satu kelas. Siap ada yang kata,
'Tak boleh dah nak try Miss Melissa.'
'Kau rasa suami Miss handsome tak?'
Nak tergelak Melissa mendengar celoteh-celoteh pelajarnya. Ada-ada sajalah. Dia mengemas barang-barangnya sebelum bangun dan bergerak keluar dari bilik kuliah itu.
"Disebabkan awak semua buat mood saya baik kembali, saya lepas awak semua awal. Have a good semester everyone." Sekali lagi kelas itu diriuhi dengan sorakan pelajar. Kelas habis awal, siapa saja yang tidak suka bukan?
Melissa berjalan menuju ke pejabatnya, telefon tidak lepas dari tangan, risau jika ada emergency call dari sesiapa tidaklah kalut untuk dia mencari telefonnya nanti.
Notifikasi Whatsapp mencuri minat Melissa apabila nama Qayyim yang tertera pada skrin. Terjungkit kening belah kiri Melissa. Mulut tersenyum sumbing membaca pesanan dari suaminya itu.
"Apa dia ingat aku bibik dia ke nak tolong masakkan untuk makwe dia. Eh tak, bekas makwe." Melissa tergelak sendiri. Kepala digeleng beberapa kali. Astaghfirullah Melissa, tak baik!
Kaki cepat-cepat diatur menuju ke tempat parkir kereta. Dia kena cepat, nak kena masak pula balik nanti. Sebelum itu kenalah beli bahan basah dahulu, makanan dirumah pun sudah berkurang.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...