Qayyim's : 20

3.6K 174 5
                                    

QAYYIM senyap mendengar soalan Melissa. Dania? Sudah lama dia tidak teringatkan pada bekas kekasihnya itu. Sejak makan malam itu, dia yakin bahawa wanita itu sudah bahagia dengan Uwais.

Wajah Dania mungkin nampak seperti segan dengan Uwais namun terserlah pada matanya yang Dania betul-betul mencintai Uwais, suaminya itu dan dia sudah menerima hakikat bahawa Dania bukan untuk dia.

Dania hanyalah masa silamnya.

Sejak itu dia sudah dapat menerima Melissa sebagai isterinya. Satu-satunya wanita yang tidak pernah menyakiti hatinya dan menghormati dia selayaknya. Mustahil untuk dia tidak jatuh hati pada isterinya yang cantik itu.

Wajah cemberut Melissa ketika membebel sangat comel dimatanya. Perwatakan yang selamba namun tidak kasar dan senyuman manis yang sentiasa menghiasi wajah cantik itu sentiasa memenuhi fikirannya.

Betul apa yang dikata orang, lama-kelamaan yang sentiasa ada dengan kita akan menang. Dan pemenang itu adalah Melissa. Wanita itu berjaya mencuri hatinya yang kononnya cinta mati pada Dania.

Dia yakin yang dia sudah jatuh hati pada isterinya sendiri. Tapi, dia sedar diri, perangai buruknya yang dulu buatkan dia rasa tidak layak untuk berdamping dengan wanita seperti Melissa.

Wajah Melissa ditenung dengan perasaan yang bercampur-baur. Dia mahu bagitahu bahawa Dania hanyalah masa lalunya dan Melissa satu-satunya perempuan yang dia cintai sekarang tapi kenapa mulut ini terkunci? Tidak mampu mengeluarkan sebarang bunyi mahupun kata-kata. Lidahnya jadi kelu.

"Kenapa tak balas soalan saya? Saya tak kisah kalau Tengku masih cintakan Dania, saya reda. Dan tolong jangan tipu diri sendiri, itu saja." Semakin kendur senyuman pada wajah Melissa.

Kenapa Qayyim perlu teragak-agak untuk menjawab? Jadi, betullah tekaannya yang Qayyim masih lagi ada hati pada Dania? Habis itu, untuk apa ungkapkan cinta pada dia sedangkan hati lelaki itu masih pada wanita lain?

Lama dia menunggu jawapan daripada lelaki itu. Lama sampaikan hatinya sudah mahu beralah. Penat dengan semua perkara ini. Setiap kali hubungan mereka ingin baik pasti ada perkara yang jadi penghalang.

Melissa senyum tawar. "Jadi, betullah yang Tengku masih cintakan Dania. Tak jawab pun saya dah tahu. Saya dah mengantuk ni, saya tidur dulu dan seperti yang Tengku minta, saya tidur atas katil ni. Maafkan semua salah silap saya dan saya maafkan Tengku juga. Selamat malam, Assalamualaikum." Badan dibaringkan dan selimut ditarik menutupi seluruh badannya.

Qayyim mengeluh perlahan. Lambatkah dia? Perlu ke dia berterus terang? Tapi, Melissa sepertinya sudah makan hati. Argh, dia tidak berniat untuk membuatkan keadaan tiba-tiba menjadi seperti ini.

"A—aku minta maaf, Mel." Melissa hanya senyap mendengar permohonan maaf itu. Untuk apa minta maaf? Dia dah kata yang dia reda. Dia terima seadanya, jadi jangan minta maaf.

Qayyim bangun dan menuju ke suis lampu untuk ditutup. Kaki terasa berat untuk bergerak ke arah katil itu semula. Dia tidak sanggup. Mesti Melissa akan menganggap dirinya ini teruk.

Mahu tidak mahu, dia terus gagahkan diri baring disebelah wanita itu. Tapi, betulkah apa yang dia buat ini?

Lama berperang dengan fikiran sendiri, akhirnya Qayyim bangkit semula dari baringan. Bantal diambil dan diletakkan di bawah. Nasib baik toto yang Melissa ambil tadi masih belum disimpan.

Rasa ruang di sebelahnya kosong, Melissa mencelikkan mata. Dia tidak tidur pun sebenarnya, cuma tidak mahu melihat wajah Qayyim sahaja, sakit hati mungkin?

Berkerut dahi licin Melissa apabila melihat sekujur tubuh sedang berbaring membelakanginya diatas lantai. Melissa ketap bibir. Rasa bersalah bertandang.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now