KELIBAT suaminya yang dari tadi tidak kelihatan dicari. Kemanakah pula lelaki itu? Pagi tadi elok saja ada tengah tengok TV. Ni dah hilang ke mana pula?
"Uwais!" Nama suaminya itu diseru lembut. Dengan langkah yang perlahan, dia menuruni tangga rumah itu.
Belakang rumah dituju. Bau bunga ros yang wangi mula mencucuk hidung. Tersengih seorang diri Dania apabila melihat suaminya yang sedang menyiram pokok-pokok bunga ros itu.
"Awak!" Belakang lelaki itu dipeluk mengejut. Kejung sekejap Uwais apabila dipeluk oleh Dania seperti itu. Badan dipusing menghadap wanita itu. Rambut panjang milik Dania diusap lembut.
"Kenapa? Awak ada nak apa-apa ke?" soal Uwais apabila Dania masih lagi membenamkan wajah pada dadanya. Hose yang digunakan untuk menyiram pokok bunga itu tadi dilepaskan dari pegangan.
"Taklah. Saja tiba-tiba rindu dekat suami saya seorang ni." Kepala didongak memandang wajah tampan milik suaminya
"Awak ni kan. Kan saya dah kata jangan banyak gerak, nanti kalau jadi apa-apa dekat baby ni macam mana?" Tubuh kecil Dania dipeluk kemas. Bauan wangi rambut isterinya dihidu. Namun, tatkala perkataan anak keluar dari mulut Uwais, hati Dania bagaikan disiat-siat dengan pisau.
"I'm sorry, Uwais. Saya betul-betul minta maaf. Saya tahu awak mesti sedih bila tahu saya mengandung tapi saya tak sanggup gugurkan dia." Uwais hembus nafas lemah. Kenapa Dania perlu ungkit tentang perkara itu.
Entah sudah berapa kali wanita itu meminta maaf kepadanya tentang kehamilannya itu. Banyak kali sampaikan tidak terkira!
Badan kecil isterinya itu diangkat gaya bridal style. Terjerit kecil Dania dengan tingkah Uwais.
"Awak... Letak balik." Meleret suara wanita itu diselangangi dengan tangisan. Makin kerek dia sejak disahkan mengandung ini.
Permintaan isterinya itu dibuat endah. Kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Sofa yang terletak di ruang tamu didudukinya. Dania masih lagi didalam pelukan.
Apabila wanita itu ingin bangun, dia mengetatkan lagi pelukan pada pinggang ramping isterinya. Kepala disandarkan pada bahu Dania.
"Please, Dania. Stop saying that you're sorry. You're not wrong. Awak mangsa keadaan sama dengan Fawwaz dan Umaira. Saya dah kata yang saya akan jaga anak awak itu macam anak saya sendiri. Dia anak kita. Setelah terlafaznya akad semasa kita kahwin dulu, itu bermaksud saya terima baik buruk awak. Saya juga kahwin dengan awak sebab saya nak jaga awak. So, please. No more apologizing words. I don't want to hear it." Rambut halus milik isterinya dikucup sekilas.
"I'm not seeking for a perfect wife. I just want a wife that can be with me and be a good mother to our children. Your past is something that should be kept as a lessons. Our future is more important than our past."
"But, I can't. Perasaan bersalah ini tak akan hilang. Saya rasa seperti saya mempergunakan awak, Uwais. Saya rasa macam saya jadikan awak pak sanggup. Kambing hitam. Sumpah, sampai sekarang saya tak faham kenapa awak masuk meminang saya. Kenapa Uwais? Kenapa?" Lemah tutur kata Dania. Dia tahu kata-katanya ini seperti menolak takdir Allah namun, dia tidak mahu orang fikir yang tidak elok pada suaminya itu.
Ahmad Uwais, lelaki itu terlalu baik untuk wanita sepertinya.
"Astaghfirullah, Dania. Kenapa awak fikir macam tu? You know that I've love you since we're in highschool. Saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak. I fucking love you, Dania. Tak kisahlah walaupun masa tu awak anak dara ke, janda ke saya tetap akan pilih awak." Bersungguh-sungguh Uwais melawan balik kata-kata Dania.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...