Qayyim's : 36

2.8K 134 2
                                    

PINGGANG yang mula berasa lenguh, dipicit lembut. Nafas dihela kasar. Dengan langkah penuh berjaga-jaga, Melissa menuruni tangga rumahnya itu untuk menuju ke dapur.

Dia haus. Tekak gatal rasa nak minum air bandung cincau yang sempat Qayyim buatkan untuk dia semalam.

Kelmarin bukan main dia mengidam nak minum tapi tertidur. Tak sempat pun nak minum.

Baru sahaja gelas yang berisi air bandung itu ingin menyentuh ulas bibir, terasa pinggangnya dipeluk dari belakang dan tapak tangan yang besar dan hangat menyentuh permukaan perutnya yang sudah membesar itu.

“Minum duduk, sayang,” ujar Qayyim lembut sambil mengambil gelas yang berada di tangan Melissa. Dia membantu isterinya yang agak sarat itu untuk duduk di kerusi pada meja makan.

“Bila abang balik? Mel tak perasan pun,” soal Melissa sambil meneguk air bandung tadi. Qayyim senyum tipis dan rambut lurus Melissa diusap lembut.

“Baru saja sampai.”

Melissa mengangguk kecil sebelum nafas dihembus perlahan. Pinggang yang mula lenguh kembali itu digosok lembut.

Qayyim yang sedar akan keadaan Melissa terus menarik kerusinya mendekati isterinya. Pinggang Melissi diurut lembut dari tepi. Sekadar cuba untuk menghilangkan rasa lenguh itu sekejap.

“Bila Mel start cuti?” soal Qayyim. Jemari kasar masih lagi melurut bahagian pinggang isterinya.

Melissa termangu seketika. Seakan berfikir.

“Em, cuti sem nanti Mel sambung terus. Lagipun Mel bukannya pensyarah tetap. Kalau nak berhenti kerja pun tak ada masalah. Lepastu Mel ingat lepas ini nak fokus study saja. Dah grad nanti baru nak apply untuk jadi pensyarah tetap,” ujar Melissa tenang. Dengan keadaan dia sekarang ini, lebih baik dia fokus pada kandungannya saja.

Pelajarannya pun boleh ditangguhkan. Nasib baik dia bukan pelajar sepemuh masa. Kalau tak mesti tak cukup tangan nanti. Sibuk dengan assignment, keluarga dan kerja. Jadi, sebaiknya dia berhenti dulu untuk seketika. Pasal kewangan dia tak risau sangat, duit tabung masih banyak dan dia sambung belajar pun dengan biasiswa. Tak perlu susah-susah fikir dah.

Alright. Berapa lama lagi semester ni nak habis?”

“Tak lama dah, dalam seminggu dua saja lagi.” Qayyim menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Mata tidak lepas merenung wajah isterinya. Makin berseri-seri pula Melissa sejak mengandung ni.

“Em, Mel pernah kata dulu yang Mel ada wish lists, kan? Jadi, apa lagi wishlists Mel yang belum tertunai?” soal Qayyim.

Melissa tarik senyum lebar. Tak sangka pula yang Qayyim masih ingat tentang wishlists dia tu. Rasa terharu pula.

“Mel nak pergi honeymoon dekat Prague.” Tatkala itu mulut Qayyim seakan terkunci. Rasa bersalah mula menyerang. Baru dia sedar yang sepanjang mereka berdua berkahwin, dia tidak pernah bawa Melissa pergi ke mana-mana untuk bulan madu.

Mesti isterinya itu banyak makan hati dengan sikap dia yang dulu. Haih, kalaulah dia boleh undurkan masa pasti dia akan layan Melissa betul-betul dari dulu lagi.

Alright, nanti Mel cuti sem kita pergi,” balas Qayyim ringkas sambil mengusap lembut puncak kepala Melissa.

“Eh, tapi abang kan kerja. Tak apa ke?”

“Tak apa. Lagipun abang dah minta cuti. Kerja-kerja abang pun abang dah minta kawan abang tolong handle. Nasib baik tak banyak sangat.”

Terus melopong mulut Melissa.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now