Qayyim's : 18

3.4K 173 6
                                    

SUASANA rumah umi dengan ayahnya bingit dengan suara Melissa yang tidak henti membebel. Puan Mardhiah hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Pasrah dengan sikap anak perempuannya seorang itu.

"Watson! Kenapa pergi lenyek anak ayam ayah! Adoi, kalau kurus tak apalah juga," bebel Melissa tak henti. Naik angin Melissa apabila ayahnya bagitahu Watson pergi landing atas anak ayam yang baru menetas empat hari lepas dan si Watson obesiti itu tak sedar diri duduk di atasnya. Memang meninggal di tempat kejadian!

Tak cukup pergi lenyek, dia pergi kejar pula anak-anak ayam yang lain sampaikan hilang entah ke mana. Apalah Watson ni, anak ayam itu ayah dia baru beli. Katanya nak cuba ternak ayam, tapi entah jadi ke tidak sebab ayah yang nak jaga, bukan umi. 

Ayah tak ada bakat dalam bab-bab cucuk tanam dan pelihara haiwan ni. Lagi pelik adalah kerana mereka tinggal di bandar dan memang tak ada orang yang ternak ayam di bandar. Kalau jumpa pun ayam yang dah siap dimasak.

"Sudah-sudah lah Mel. Bukan rezeki ayah nak ternak ayam. Kamu marah Watson tu pun bukannya dia faham," bela ayah apabila nampak perubahan air muka Watson. Ayah ni, dah kenapa nak lebih-lebihkan Watson gendut ni?

"Huh, sebagai hukuman Watson kena diet satu hari. Padan muka!"

Muktamad. Keputusan yang tidak boleh dibangkang lagi oleh sesiapa. Watson terpaksa makan hanya dua kali sahaja untuk hari esok. Selalunya dia makan lima kali sehari, itu yang terlebih besar.

Kaki dibawa menuju ke biliknya. Badan dihempaskan keatas katil. Argh, penatnya. Tak sangka Watson tu laju bila lari. Disebabkan Watson mengejar anak ayam dia pula yang jadi tukang kejar Watson.

Walaupun tak jauh dia berlari namun untuk spesies manusia yang liat bergerak seperti dia ini perkara itu sangat memenatkan. Tak sampai dua minit pun dah semput.

Mata dipejam rapat. Dia ingin rehat sekejap sebelum masuk waktu Maghrib. Tangan didepa dan kaki dibiarkan melunjur memijak lantai. Gayanya setiap kali ingin berehat.

Bunyi pintu tandas dibuka diabaikan. Siapa lagi kalau bukan Qayyim. Tudung yang masih tersarung juga masih lagi tidak dilepaskan.

"Tak panas ke dalam rumah pun pakai tudung?" soal Qayyim apabila melihat Melissa yang berbaring diatas katil dengan keadaan masih bertudung.

Rambut yang basah dilap menggunakan tuala. Melihat tiada respon dari Melissa lelaki itu bertindak mencuit pinggang ramping itu.

"Aduh! Ish, apa ni Tengku!" berkerut dahi Melissa menahan rasa sakit. Badan terus bangkit dari terus berbaring. Tak geli tapi sakit! Tenaga apa yang lelaki itu guna sampaikan rasa sakit macam ni sekali.

"Tak baik tidur waktu macam ni," sindir Qayyim. Melissa hanya membuat tidak endah dan kembali baring diatas katil empuk itu. Mata juga turut dipejamkan kembali.

"Melissa," panggil Qayyim lagi. Dia takut jika wanita itu tertidur sahaja. Dah nak masuk waktu Maghrib ni. Tak elok tidur.

"Ish, saya penatlah Tengku. Tolonglah jangan kacau saya," rungut Melissa. Nada sudah berubah seperti mahu menangis. Baiklah, sebenarnya dia penat sebab lain. Period pain dia datang menyapa ketika ini dan pinggang dia sekarang ini rasa macam akan patah bila-bila masa sahaja. Emosi juga sudah mula tidak menentu. Tambah pula dia kejar Watson tadi memang dah macam orang ada skoliosis rasanya sekarang ni.

"Tak, janganlah nangis. Nak rehat, rehatlah tapi jangan tidur. Itu saja," balas Qayyim cepat-cepat apabila melihat air muka Melissa yang sudah mula berubah. Kalau nangis ni tak tahu nak pujuk macam mana pula.

"Hmm," Melissa menyambung rehatnya yang terganggu. Dia nak rehat sekejap saja bukannya lama pun. Nanti dia nak hidang makan malam pula.

"Tengku."

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now