MATA Melissa tidak berkelip memandang kucing baharunya yang dibeli oleh Qayyim tadi. Ketika mereka singgah di kedai haiwan untuk membeli sarang baru Watson, seekor kucing putih menarik minatnya.
Tanpa banyak kata, Qayyim terus membeli kucing itu. Katanya hadiah untuk dia dan sebagai menepati janji untuk namakan kucing baru nama Guardian.
Iya, kucing baru mereka ini diberi nama Guardian. Watson dan Guardian, Qayyim suka nama tu. Dia juga malas berfikir jadinya dia hanya setuju sahaja.
Comel juga nama Guardian. Macam Guardian Angel. Angel kan warna putih.
Rasa bahunya disentuh menyedarkan Melissa dari lamunannya. Tangan Qayyim itu disentuh kembali. Wajah dipalingkan dan wajah dia sekali lagi terukir dengan senyuman. Suami dia.
"Kuat tengok kucing baru sampaikan suami sendiri ni terabai," perli Qayyim. Hampir sejam Melissa tenung kucing-kucing dia tu, dia pula yang rasa menyesal beli kucing baru.
"Hehe, sorry awak. Guardian ni ha comel sangat." perut buncit kucing putih itu digosok lembut.
"Hmm, lapar tak?" soal Qayyim lagi. Dari tadi lagi dia menahan rasa lapar ni, tadi hajatnya nak tapau makanan sekali tapi tak sempat sebab hujan lebat bila mereka keluar dari kedai haiwan.
"Oh, awak nak makan apa? Saya pun rasa lapar juga ni, saya masakkan." seraya itu Melissa bangun untuk pergi ke dapur. Melihat Melissa yang sudah bergerak ke dapur, dia hanya mengikut dari belakang.
"Hari ni kau tak payah masak. Biar aku yang masakkan." ucapan Qayyim menarik minat Melissa. Qayyim pandai masak? Wow, baru dia tahu. Menarik!
"Tak apa ke? Nanti susahkan awak pula," balas Melissa. Rasa bersalah pula membiarkan suaminya sahaja yang memasak. Qayyim senyum tipis.
"Tak ada apalah, aku memang selalu masak sendiri selamani masa tinggal seorang dulu," ujar Qayyim. Melissa mencebik, dia tidak selesa kalau biarkan lelaki itu seorang saja yang buat kerja.
"Kalau kau nak tolong pun tak ada masalah," tambah Qayyim lagi. Senyum manis terukir pada wajah lelaki itu. Faham dengan sikap Melissa yang tidak suka duduk diam. Lebih baik dia biarkan saja. Kalau dilarang lagi, lain pula jadinya.
Mendengar kata putus Qayyim, Melissa tersenyum girang.
"Okay, boleh-boleh," seraya itu dia bergerak mendekati Qayyim. Lelaki itu masih lagi memilih bahan untuk dimasak.
"Awak nak masak apa ni?" soal Melissa lagi. Qayyim mengerling kearah Melissa sekilas.
"Kau nak makan apa? Cakap saja nak makan apa, aku masakkan." Melissa simpul senyum. Nampak sangat si Qayyim ni acah-acah nak tunjuk bakat dia.
"Yakin nampak. Betul ni apa saja?" Qayyim melengguk yakin. Nampak gayanya Melissa ragu-ragu dengan dia. Setakat memasak, benda kecil je. Dia pernah buat benda yang lagi mencabar dari memasak. Hafal resepi makanan sepuluh kali lebih senang daripada menghafal cara-cara untuk membedah orang.
"Kau tak percaya dekat aku ke?" tembak Qayyim menyebabkan Melissa ligat menafikan ujaran lelaki itu. Ke situ pula suaminya berfikir. Dia risau jika lelaki itu rasa terbeban sahaja.
"Tak adalah, saya percaya. Pernah ke saya tak percayakan awak?" Qayyim kuntum senyum. Betul, Melissa selalu percayakan dia. Itu dia tidak dapat nafikan.
"Saya nak makan apa yang awak nak masak. Saya betul-betul tak tahu nak makan apa sekarang ni. But, I want something light and not too greasy. Boleh?"
"Sure, anything for you."
BUNYI jam penggera dari telefon sayup-sayup memasuki gegendang telinga Melissa. Mata yang masih lagi mengantuk cuba untuk dicelik paksa. Mata yang terbuka tidak lepas memandang siling bilik yang agak asing itu.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...