ANAK mata Melissa melilau mencari sosok badan suami dan anaknya. Jam tangan ditilik beberapa kali. Dah lewat. Mana Qayyim dengan Qasyaf ni?
Skrin telefon itu ditenung lama sebelum dia membuat keputusan untuk call sahaja suaminya itu sekali lagi. Walaupun dia dah call tadi dan Qayyim kata dia dalam perjalanan, dia tak kisah.
Baru sahaja telefon ingin ditekapkan pada telinga kanan, suara nyaring seseorang menjengah telinganya.
"Mommy!"
Pantas badannya dipusingkan kebelakang, mencari suara nyaring Qasyaf itu. Tak semena wajahnya itu dihiasi dengan senyuman lebar. Kornea matanya saat itu dipenuhi dengan sosok badan Qayyim yang sedang mendukung Qasyaf pada sebelah tangan kirinya manakala sebelah tangannya lagi membawa sejambak bunga ros merah.
"Happy graduation, darling." Tanpa kata, badan tegap milik Qayyim itu terus dipeluk kemas. Nasib baik Qayyim sempat turunkan Qasyaf terlebih dahulu tadi, kalau tak mahu jatuh anak dia seorang itu.
"I did it, abang. I finally did it!" ujar Melissa dengan nada sebak. Qayyim turut membalas pelukan itu. Belakang Melissa diusap lembut dan sisi kepala isterinya dikucup lama.
"Yes, you did it, darling. Thank you for not giving up on me, on Qasy, and on your study. Your sweat and tears have finally paid off. That's why you shouldn't cry. Today is your day. You're the main character. So, smile!" Terhambur jua tawa Melissa dalam tangisnya. Kenapa dia pula watak utama. Bukan dia seorang saja yang grad harini. Ramai lagi.
"Alright. Thank you, abang," balas Melissa lalu mengucup pipi Qayyim. Sekejap saja tak lama pun.
"Ish, mommy dengan daddy ni! Nak cweet-cweet jangan buat depan Qasy la! Nak macamtu bagi Qasy adik dulu!" Omelan Qasyaf menyebabkan Qayyim dan Melissa keduanya ketawa geli hati. Mesti Qasyaf penat tengok mommy dengan daddy dia sweet memanjang. Dekat rumah pun macamtu, dekat luar pun sama juga.
Melissa membongkokkan sedikit badannya untuk menyamai ketinggiannya dengan Qasyaf. Pipi tembam anaknya itu ditekup dengan kedua belah tangan menyebabkan mulut Qasyaf jadi memuncung.
"Amboi, pandai eh minta adik. Siapa yang ajar? Cepat, baik Qasy mengaku dengan mommy! Siapa yang ajar?" Mata dicerlungkan kearah anaknya itu. Qasyaf tarik sengih, kepala yang tidak gatal itu digaru.
"Papa..." balas Qasyaf sambil menggoyangkan badannya kekiri dan kanan. Melissa sekali lagi tergelak. Alahai, apa yang si Uwais ajar dekat anak dia ni? Mentang-mentang Dania mengandung anak kedua, pandai-pandai je ajar anak dia benda pelik-pelik.
"Papa cakap apa?"
"Papa marah Qasy main masak-masak dengan Naura! Dia kata macamni, 'Qasy, kalau nak main masak-masak, minta dengan mommy adik girl. Baru boleh main masak-masak tiap hari'. Ha, papa cakap macamtu." Lancar sahaja Qasyaf bercerita pada Melissa tentang Uwais. Nasib baik si Qasyaf ni tak tanya benda yang pelik-pelik lagi. Tak ke naya dia dengan Qayyim nak jawab kalau anak dia tu tiba-tiba tanya macam mana mommy dengan daddy buat adik?
"Tapi Qasy kena ingat, rezeki tu datang daripada Allah. Kalau Allah tak bagi lagi, maksudnya lambat lagilah Qasy nak boleh adik." Lembut sahaja suara Melissa menegur Qasyaf.
Terbuka sedikit mulut Qasyaf, cuba untuk memahami apa yang mommy dia cakapkan itu.
"Habistu, kalau nak adik cepat-cepat juga macam mana?" soal Qasyaf lagi. Terjengil mata Melissa mendengar soalan balasan dari anak lelakinya itu. Haih, banyak soal betul.
"Kalau macamtu, Qasy kenalah minta dengan Allah, minta dengan Dia Qasy nak adik perempuan. Minta selalu dengan Allah. In Shaa Allah, Allah akan makbulkan permintaan Qasy tu." Terangguk-angguk kepala Qasyaf, mendengar apa yang diberitahu oleh Melissa.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...