Qayyim's : 23

3.1K 150 1
                                    

MASUK sahaja ke dalam kafe itu, mata Qayyim meliar mencari sosok tubuh seseorang. Tidak mengambil masa yang lama, dia menghampiri wanita yang sedang menghirup kopi itu.

"Caffein are not good for mother-to-be," ujarnya sambil mengambil tempat di hadapan wanita itu. Dania tersenyum manis memandang wajah bekas kekasihnya itu.

"Tolong tambah dekat hadapan tu, 'too much', okay. Lagipun I tengah mengidam," balas Dania kembali. Qayyim ketawa pelan.

"Fine. You menang." Dania senyum bangga. Matanya tidak lepas memandang wajah Qayyim.

"Kenapa you nak jumpa I ni? And Uwais tahu ke?" soal Qayyim apabila Dania tiada gaya untuk memulakan perbualan.

"Iya, I dah bagitahu Uwais, nanti sekejap lagi dia datang jemput I dan I nak jumpa you untuk cerita tentang you dengan Melissa," balas Dania tenang.

Qayyim ingatkan Dania nak berjumpa untuk bincang tentang mereka. Maksud dia, berbincang cara baik dan bagitahu sebab dan musabab.

Dia dah betul-betul move on dengan Dania, okay!

"Kenapa pula pasal I dengan Melissa?" Dania senyum tawar. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dihembus perlahan.

"I tahu siapa dalang tentang fitnah you dengan Melissa. Sebelum you berdua kahwin lagi, I dah tahu," terus-terang Dania berkata tanpa berfikir panjang. Dia yakin dengan keputusan dia ini.

Dulu dia takut untuk beritahu perkara sebenar kerana dia masih trauma dengan apa yang Darwish dah buat pada dia. Tapi, sekarang dia sudah ada Uwais.

Lelaki yang sanggup menerima baik buruk dia dan yang sanggup berkorban demi dia.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Dania, Qayyim hanya tenang kerana dia sudah tahu tentang itu. Lekir dah pernah bagitahu dulu.

Dia juga tak nak mempersoalkan akan keputusan Dania yang hanya mengunci mulut ketika itu. Wanita itu pasti ada sebabnya sendiri.

"You dah tahu siapa orang tu?" soal Dania teragak-agak pada Qayyim. Qayyim hanya senyum tipis.

"Iya, I dah tahu. Sebabtu I tak nak besarkan perkara ni. Banyak hati yang perlu I jaga. Cukuplah I dah malukan dia orang dahulu," balas Qayyim tenang. Dia sudah bersepakat dengan Melissa untuk biarkan sahaja perkara ini.

Mereka perlu jaga hati mama, papa dan juga Safiya.

"Tapi, awak tak kesian ke dekat Fiya? Ditipu oleh suami sendiri? Darwish tak layak untuk dia!" naik seoktaf suara Dania. Kenapa Qayyim tak nak ambil tindakan pada Darwish?

Tak kesian ke lelaki itu pada adiknya yang telah ditipu hidup-hidup oleh suami sendiri?

"Iya, saya tahu. Tapi saya perlu fikirkan tentang Dhia dan Dhawiy juga. Dua tu masih kecil. Terlalu kecil untuk hadap masalah ni." Dania ketap bibir. Mendengar nama kembar sepasang itu, rasa bersalah menampar diri.

Perutnya yang sudah menunjukkan bentuk sedikit itu disentuh. Kerana kembar itulah, fikirannya sentiasa menjadi bercelaru.

Mata yang tadi luas terbuka terasa menghangat. Air mata yang jatuh sedaya upaya ditahan. Liur yang ditelan juga terasa kesat untuk ditelan.

"Dania? Are you okay? Dania!" Qayyim mula cemas apabila melihat perubahan pada Dania yang sangat tiba-tiba. Dia ada salah cakap ke?

Aduh, dia tidak tahu pula yang Dania sensitif dengan perkara macam ni. Kepala yang tidak gatal itu digaru.

"Dania!"

Suara yang tidak asing buat Dania itu mula menyapa gegendang telinga mereka berdua. Qayyim mula melepaskan nafas lega apabila melihat Uwais yang sedang berjalan ke arah mereka.

Wajah cemas lelaki itu dipandang sahaja.

"Er, aku tak tahu kenapa dia jadi macam ni. Aku minta maaf. Sumpah aku tak tahu dia sensitif kalau aku sebut pasal Dhawiy dengan Dhia," ujar Qayyim apabila melihat wajah Uwais yang seperti meminta penerangan daripadanya.

Apabila nama kembar itu disebut, Uwais terus faham. Tiap-tiap hari isterinya akan berkelakuan seperti ini apabila mendengar nama Safiya dan anak-anaknya.

Walaupun Dania sendiri yang menyebut nama tiga beranak itu.

"Tak apa, aku faham, thanks. Aku balik dulu, ya. Aku tak rasa Dania boleh sambung apa yang dia nak bagitahu dekat kau." Qayyim hanya menganggukkan kepalanya.

"Tak apa. Hati-hati drive."

"Okey, aku pergi dulu. Kirim salam dekat Umaira. Assalamualaikum." 

Qayyim membalas salam dari Uwais dan hanya menghantar pasangan itu dari ekor mata. Dia kembali duduk di tempatnya. Banyak persoalan yang mula timbul dari fikirannya sekarang ini.

Entah mengapa sampai sekarang dia musykil dengan kandungan Dania. Dia tidak rasa anak yang Dania kandungkan itu adalah anak Uwais dan anaknya juga.

"Mesti kau tertanya-tanya siapa bapa kepada anak Dania, kan?"

Terbuntang mata Qayyim apabila melihat Lekir yang tiba-tiba duduk di hadapannya itu. Dari mana pula mamat ni muncul? Siap bawa minuman sekali untuk mereka berdua.

"Ini kafe aku," balas Lekir singkat apabila melihat muka Qayyim yang terpinga-pinga itu.

Mendapat jawapan daripada Lekir, Qayyim mengangguk tanda faham. Patutlah boleh muncul macam pelesit pun. Tauke kat sini rupanya.

"Untuk soalan kau tadi, iya. Aku tertanya-tanya siapa bapa kepada anak Dania. Mustahil itu anak Uwais sedangkan mereka kahwin lebih kurang sama dengan aku tapi kandungan dia dah nak masuk 4 bulan. Pelik." panjang lebar Qayyim melontarkan persoalan yang dia rasakan itu.

"Kau rasa siapa?" soal Lekir. Qayyim mendengus pelan. Nak main teka-teki dah pula mamat ni. Kening yang terasa gatal itu digaru sekejap.

"Darwish...?" lemah sahaja jawapan Qayyim. Dia juga tidak yakin kerana takut dijatuhkan fitnah pula. Tapi entah mengapa hati dia kuat mengatakan itu adalah anak Darwish.

Lekir senyum sinis. Bijak juga suami kawan dia ni.

"Tapi... aku tak pasti betul ke tak. Entahlah, kalau betul itu anak dia, aku tak percaya Dania perempuan yang jenis macam tu. Kau tahu ke siapa?" tambah Qayyim lagi. Dia percaya Dania bukan macam tu.

Apa yang berlaku antara mereka berdua dulu pun hanyalah satu kesilapan. Terasa seram sejuk pula bila mengingatkan perbuatan lamanya. Terlalu teruk. Macam manalah dia boleh kahwin dengan perempuan sebaik Melissa?

Lekir kekal senyap buat seketika apabila soalan itu tadi berbalik kepadanya.

"Aku tak rasa aku layak cerita semua ni lagipula ini boleh dikira aib Dania. Jadi, aku tak berani nak kata apa-apa. Tapi, kau tak marah ke bila Darwish buat macam tu dekat adik kau? Adik kau kut," balas Adzriel tenang.

Naik pelik juga dia apabila Qayyim hanya senyap setelah mendengar nama Darwish di hospital tempoh hari. Tak sayang adik ke?

"Sebab aku sayang adik aku lah aku tak nak buat apa-apa. Nanti arwah si Darwish tu kena dengan dia," ujar Qayyim bersahaja sambil menghirup latte panas yang dibawa Adzriel tadi.

"Baguslah kalau arwah si Darwish tu nanti. Tak banyak sangat dosa kena hisab," Qayyim ketawa mendengar balasan Lekir. Amboi, sedap betul mulut mamat ni.

"Tapi, kau perlu juga bagitahu adik kau. Dia berhak tahu. Lebih-lebih lagi bila dia orang dah ada anak. Perkara akan jadi lebih rumit kalau kau heret benda ni lama sangat," sambung Lekir lagi dengan tenang.

Dia tidak rasa apa yang dia bagitahu ini salah. Safiya perlu tahu benda ini lagi pula dia yakin keadaan akan jadi lebih mudah kalau perempuan itu tahu tentang perkara sebenar.

"Tengoklah macam mana nanti."


—TBC—

Published on : 1/09/2023

Thanks for reading! Jangan lupa vote dan komen. Maaf lambat update, saya tak berapa sihat baru-baru ni. Bye!

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now