Qayyim's : 09

4.2K 198 6
                                    

SEMINGGU telah berlalu sejak kejadian itu. Masing-masing kembali tidak bertegur seperti awal perkahwinan mereka dulu. Baru sahaja mereka ingin menjadi rapat, namun perkara itu hanya kekal selama dua hari.

Melissa pasrah. Salah dia juga kerana tiba-tiba mengelak dari suaminya itu. Bukan apa, dia hanya malu kerana dia tahu Qayyim pasti sudah melihat keadaannya yang tidak bertudung dan menutup aurat.

Pernah Qayyim cuba untuk menegurnya pada keesokan paginya itu namun dia yang lari. Sekarang, dialah yang mula menyesal dengan keputusan sendiri.

Sebab itulah, hari ini Melissa bertekad untuk menegur Qayyim dahulu dan cuba untuk menghilangkan kejanggalan antara mereka berdua. Dia juga bertekad untuk lebih terbuka dengan suaminya.

Mungkin sudah tiba masanya untuk dia memikirkan masa hadapan perkahwinan mereka. Tiada guna hidup dengan dibayangi ketidakrelaan masa lalu. Remember that Allah is the best planner. Percaya dengan takdir Allah.

Kaki menuju ke bilik kerja milik Qayyim. Pintu bilik tidak tertutup rapat. Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu ingim meminta izin untuk masuk, dia terdengar perbualan antara Qayyim dengan kawannya, Luthfi melalui telefon suaminya itu. Apalah si Qayyim ni suka guna loud speaker. Tak jaga privacy sendiri langsung.

"Okey, berita baik lah kiranya kan, kalau Dania mengandung? Jadi apa yang kau bimbang sangat ni?" Melissa cuba untuk mencuri-curi dengar perbualan itu. Macam menarik saja.

"Tak, aku takut..."

"Takut apa? Kau jangan cakap yang kau rasa anak Dania tengah kandungkan tu anak kau. Benda ni tak lawak, Yim."

"Sebab tu lah aku kata aku takut. Macam mana kalau anak itu anak aku? Aduh, macam mana ni Luth..." Luruh jantung Melissa mendengar setiap baris ayat Qayyim. Sakit hati dia tidak mampu diungkapkan bagaimana.

Air matanya jatuh setitis demi setitis. Kenapa hatinya ini rasa sakit sangat? Ah, dia tidak tahu dan tidak mahu tahu. Telinga kembali mendengar perbualan dua sahabat itu.

"Sabar. Antara kau dengan Dania dulu kau orang terbuat kan? Bukan rancang nak buat, kan? Yang penting, kau pakai protection tak? Kalau tak, memang esok aku hantar kau masuk lokap terus, Yim."

"Pakai. Tapi entahlah Luth, separuh dari hati aku ni dah boleh terima yang Dania tu bukan untuk aku tapi..." Jeda. Qayyim bagaikan hanyut dengan perasaan sendiri.

"Tapi hati aku sakit bila setiap kali aku fikir bahawa anak dalam perut Dania itu bukan anak aku." Melissa yang mendengar itu hanya tersenyum pahit. Wahai suami, berdosa apabila awak cakap macam itu. Haram bagi awak untuk mengingati isteri orang.

"Ingat Qayyim, kau dah ada isteri. Jaga hati dia sebagaimana dia jaga hati kau. Kau jangan gatal mulut nak bagitahu dia. Cuba untuk terima dia. Layan dia selayaknya seorang isteri patut dapat. Lagipun kau dah kata kan yang antara kau dengan Dania dulu tu silap masing-masing. Kau pun dah tak terjebak dengan benda-benda haram tu. Teruskan, jangan kalah dengan hasutan syaitan." Qayyim mengetap bibir. Wahai hati, kuatlah.

"Aku tahu dan aku cuba. Dah lah. Aku ada kerja yang kena siapkan ni. Assalamualaikum." Panggilan ditutup. Dia mengeluh perlahan dan pelipis diusap lembut. Dia tidak tahu dengan apa yang dia rasakan sekarang ini. Malas berfikir panjang, dia keluar dari bilik itu.

Buka sahaja pintu, pucat lesi muka lelaki itu tatkala mata sembap Melissa memenuhi pandangannya. Melissa juga turut terkejut namun cepat-cepat dia sembunyikan wajahnya dengan senyum tawar.

Terasa kesat liur yang ditelan Qayyim apabila melihat wajah Melissa. Pasti wanita itu dengar apa yang dia borakkan dengan Luthfi tadi. Rasa kesal mula menyapa diri. Dia tidak sanggup lagi menyakiti Melissa, wanita itu terlalu baik untuk disakiti oleh lelaki seperti dia.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now