Qayyim's : 03

4.1K 216 11
                                    

KAKI diatur menuruni tangga rumah milik Tengku Yusuf. Mata Melissa melilau mencari orang-orang di dalam rumah agam tersebut. Dia bosan berada di dalam rumah itu. Qayyim juga telah keluar entah ke mana.

Anak matanya menangkap dua figura kecil yang agak asing. Dua orang budak kecil yang berusia dalam lingkungan tiga tahun. Dia menghala ke arah mereka berdua.

“Hai. Awak main apa ni?” Melissa menegur budak-budak itu dengan suara yang ceria. Terkebil-kebil si kecil memandang Melissa. Comel! Dengan pipi tembamnya lagi.

Kitowang main macak-macak,” balas kanak-kanak perempuan itu. Seorang lagi budak lelaki, mungkin kembar sebab muka mereka sangat seiras. Yang membezakan mereka berdua adalah seorang rambut ikat ekor kuda, seorang lagi berambut pendek.

“Ooo, nama awak berdua apa? Nama akak Melissa. Bolek panggil Kak Mel.” Melissa cuba untuk berborak dengan dua orang si cilik ini. Dia suka budak-budak sebab baginya budak-budak ini bagaikan tempat dia menghilangkan tekanan.

“Nama caye... Mama!” Belum sempat memberitahu nama, mereka telah lari terkedek-kedek memeluk kaki seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari mereka.

My babies. Kamu berdua borak dengan siapa tu?” Melissa bangun dari duduknya untuk bersalaman dengan wanita di hadapannya. Muda, cantik, lembut pula tu.

“Awak Melissa, kan?” soal wanita itu. Melissa hanya mengangguk dan senyum.

“Saya Safiya. Adik Fawwaz. Panggil Fiya sahaja.” Safiya tersenyum manis kepada Melissa. Dia suka tengok isteri abangnya itu. Cantik, lemah lembut pula tu. Entah apa yang abangnya tak suka dengan Melissa.

“Oh, Saya Melissa, isteri Fawwaz,” balas Melissa. Sengihan pada wajahnya tidak memudar langsung.

“Rasanya kita sebaya. Kalau saya panggil awak Mel, boleh?” Safiya menyoal.

“Boleh, boleh. Saya pun tak selesa kalau orang panggil saya kakak.” Terangguk-angguk Melissa membalas pertanyaan Safiya.

Melissa langsung tidak terkejut bila Safiya kata yang mereka adalah sebaya. Tengok rupa Safiya juga dia sudah tahu. Memang pada usia mereka sekarang ini, tidak pelik jika mereka sudah mempunyai anak. Dia sahaja yang lambat berkahwin kerana ingin sambung belajar demi mengejar cita-citanya.

“Dua ketul ni kembar ke? Sebab tengok muka sama.” Melissa memulakan perbualan dengan Safiya. Masing-masing sudah mengambil tempat diatas sofa di ruang tamu.

“Iya, kembar. Bulan depan baru nak masuk tiga tahun. Yang perempuan nama dia, Dhia, lagi seorang tu nama dia Dhawiy.”

“Cantik nama. Dua-dua maksud cahaya.” Melissa tersenyum kecil apabila mendengar nama dua anak buahnya itu. Cantik sama seperti tuan empunya.

“Iya, sebab mereka berdualah penyuluh hidup kami.” Safiya memandang anak-anaknya yang leka bermain. Perbualan Melissa dengan Safiya terhenti apabila Darwish, suami Safiya datang ke ruang tamu untuk bermain dengan anak-anaknya.

Dear, borak pasal apa ni?”

“Oh, abang. Tak ada apa pun. Cakap pasal anak-anak saja.”

Darwish duduk disebelah isterinya. Tangan dibawa ke pinggang Safiya untuk dipeluk dan Safiya pula menarik lengan Darwish yang sebelah lagi lalu disulamkan bersama.

Melissa yang melihat gelagat pasangan didepannya dengan senyuman. Terdetik rasa cemburu pada Melissa apabila dia melihat Darwish memandang Safiya dengan tatapan penuh kasih sayang.

Dia tertanya-tanya adakah dia akan dapat tatapan seperti itu daripada Qayyim, suaminya. Senyuman Melissa mula pudar dari bibirnya.

Dia cuba untuk menerima Qayyim sebagai suaminya dan Alhamdulillah hatinya sudah sedikit terbuka. Mungkin ini adalah berkat doanya kepada Allah setiap hari. Meminta agar hatinya dapat menerima dan mencintai suaminya dengan dengan ikhlas penuh kasih sayang. Sedikit saja, tak banyak pun.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now