Qayyim's : 34

3.7K 155 6
                                    

DANIA mendengus geram saat melihat wajah Darwish yang sedang elok berdiri di hadapan rumahnya.

“Siapa yang datang?” soal Uwais yang mula datang mendekat kearah Dania yang hanya statik di hadapan pintu. Tidak dibuka namun hanya ditenung pintu itu.

Dania kalihkan wajah memandang ke arah Uwais. Nafas dihela lembut.

“Darwish,” balas Dania sepatah.

“Lah, kenapa tak buka pintu panggil dia masuk?” soal Uwais kembali sambil membuka pintu rumah itu dan menjemput Darwish masuk. Berkerut dahi Dania melihat tingkah Uwais itu.

Bukan ke selama ini Uwais tidak suka akan Darwish? Siap halau lagi. Ini dah kenapa siap bersalam dan membalas pelukan? Mahu sahaja mulutnya itu ingin bertanya namun terus dimatikan niatnya saat melihat wajah Darwish.

“Darwish, kau okay tak ni?” Ayat pertama yang Dania lontarkan saat melihat wajah Darwish yang bagaikan mayat hidup itu. Apa dah jadi ni? Dia benci akan Darwish namun berdendam dan benci tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

“Aku baik-baik saja. Kau tak perlu risau.” Darwish senyum lemah pada Dania. Mata sempat melirik pada perut Dania yang sudah menampakkan bentuk. Senyum tipis terukir pada wajah kusut itu.

“Hmm, kau masuklah dulu. Awak, saya pergi buatkan air dulu.” Usai itu, Dania terus bergerak ke dapur meninggalkan Uwais dan Darwish berdua di ruang tamu rumah mereka.

“Kau okay ke tak ni? Tiba-tiba saja chat aku kata nak jumpa.” Saat menerima mesej daripada Darwish pagi tadi, dia agak ragu dengan tujuan lelaki itu tapi dia benarkan jua Darwish untuk berjumpa dengan Dania. Mungkin ada hal penting yang lelaki itu ingin sampaikan.

“Aku datang nak—” Terhenti percakapan Darwish apabila Dania datang bersama dengan dulang. Air dihidangkan buat suaninya dan Darwish.

So, ada apa kau datang sini? Kalau kau nak cakap benda pelik-pelik, lebih baik kau angkat kaki sekarang. Aku tak nak dengar kau merapu.” Tegas Dania menyoal Darwish yang hanya senyap dan tidak lepas memandang lantai rumah.

“Tak, aku datang untuk minta maaf dekat kau berdua.” Darwish mula bersuara manakala Uwais dan Dania hanya senyap menunggu apa lagi yang ingin diucapkan oleh Darwish itu.

“Aku... Aku tak kisah pun kalau kau tak nak maafkan aku dan aku faham sebab apa yang aku dah buat pada kau sangat teruk, Dania. Aku minta maaf. Andai kata aku boleh putar balik masa, aku takkan buat benda tu. Aku betul-betul minta maaf.”

Saat melepaskan kata-kata itu, hati Darwish terasa sedikit lapang. Betullah kata orang, reda itu indah.

“Minggu depan aku akan bercerai dengan Safiya. Dan permintaan dia adalah supaya aku berdamai dan minta maaf dengan semua orang termasuk kau berdua.” Dania ketap bibir. Tiba-tiba rasa berbelah bahagi. Kerana dia ke Darwish dan Safiya ambil keputusan untuk bercerai. Adakah dia sudah menjadi perosak rumah tangga orang?

“Kau jangan salahkan diri sendiri, kami bercerai bukan sebab kau. Jangan risau. Ini jalan yang kami pilih,” tambah Darwish lagi saat melihat air muka Dania yang mula keruh itu.

“Tapi, kenapa sampai bercerai? Tak bincang dulu ke?” Uwais mula menyampuk. Benar apa yang Darwish lakukan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimaafkan orang tapi, takkanlah Darwish dan Safiya tak fikirkan tentang anak kembar mereka? Masih kecil dan terlalu mentah untuk menghadap masalah keluarga yang berpecah-belah.

“Bukan tak nak bincang tapi aku tak nampak masa depan untuk kami berdua. Makin lama aku tangguh benda ni, makin lama Safiya makan hati.”

“Habistu, macam mana dengan Dhia dan Dhawiy? Kau orang tak kesian ke dekat budak berdua tu?” Terkeluar juga soalan ini daripada mulut Dania. Setiap kali memikirkan benda ini dia pasti akan berbelah bahagi. Sangat bercelaru dan memeningkan.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang