WAJAH anaknya itu dipandang tanpa berkelip. Sengihan tidak lari dari wajah Qayyim. Melissa yang sedang menidurkan anaknya itu sampaikan menggeleng kepala melihat Qayyim.
"Abang nak pegang ke?" soal Melissa. Pantas Qayyim mengangguk setuju. Dari tadi dia tunggu Melissa bagi dia pegang pula. Anaknya itu diambil dengan penuh hati-hati. Risau pula takut terjadi apa-apa.
Dah nak dekat seminggu Melissa ditahan di wad dan dua hari lepas, wanita itu selamat melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Melissa dan anaknya juga sihat sahaja.
Semua ahli keluarga dia dan Melissa datang, termasuk Uwais. Dania pula tak dapat datang sebab Naura tak berapa sihat dan agak berisiko untuk bawa bayi ke hospital.
"Em, umi datang balik bila?" Melissa kembali menyoal. Sepanjang dia kena tahan dekat wad, umi lah yang jaga dia tapi pagi tadi dah balik. Nak bersihkan diri apa semua dulu katanya.
"Umi tak datang dah. Abang suruh umi rehat, biar abang saja yang jaga Mel," balas Qayyim tenang. Wajah anaknya dikucup bertubi-tubi. Tak semena, bayi kecil itu tersenyum dalam tidurnya.
Melissa hanya mengangguk tanda faham. Mama pula sibuk jaga Dhia dan Dhawiy memandangkan Safiya dah mula kerja sejak bercerai dengan Darwish dulu.
Walaupun mereka berdua telah bercerai dengan cara baik, Melissa boleh nampak yang Safiya masih belum dapat lupakan Darwish begitu juga dengan Darwish.
Dah hampir enam bulan mereka berdua berpisah dan masing-masing nampaknya masih cuba untuk membiasakan diri hidup yang kembali membujang.
Lamunan Melissa mati tatkala mendengar alunan selawat yang keluar dari ulas bibir Qayyim. Sejuk hati Melissa melihat Qayyim yang sekarang.
"Abang dah fikir ke nak bagi nama apa?" Qayyim mengangkat wajah menilik wajah isterinya sebelum menarik senyum. Kepala dijatuhkan sekali bagi menjawab pertanyaan Melissa.
"Dah, tapi kalau Mel ada nama lain, bagitahu je abang," tambah Qayyim lagi. Dia sebenarnya teragak-agak nak bagitahu nama yang dia pilih itu. Panjang dah satu hal, takut tak kena pula satu hal.
"Apa dia?" Melissa kembali menyoal. Kenapa susah sangat Qayyim nak bagitahu ni. Nama je pun. Ke suami dia pilih nama anak pelik-pelik? Karang tiba keluar nama berbelit lidah dia nak sebut, susah.
"Tengku Qasyaf Al-Mateen."
"Abang sebenarnya tak tahu lah sesuai ke tak. Sebab macam panjang sangatlah nama ni. Mesti susah dia nak tulis nama besar-besar nanti. Pastu kalau sakit bila dah besar nanti, doktor nak bagi MC pun penat nak tulis nama dia. Cikgu nak isi nama nanti pun susah. Kalau gabung dengan nama abang tu lagi la—" Tidak sempat Qayyim menghabiskan omelannya itu, cepat-cepat Melissa memotong.
"Abang! Calm down," tegur Melissa. Terus terkatup mulut Qayyim saat ditegur oleh Melissa. Sedaya upaya wanita itu tahan diri dari ketawa dengar omelan Qayyim tadi. Jauh sangat lelaki itu fikirkan. Anak umur tak sampai seminggu pun lagi.
"Mel suka nama tu," ujar Melissa. Jujur. Iya, dia sukakan nama itu. Maksud pun cantik. Qasyaf bermaksud pengetahuan yang tersembunyi dan Mateen pulak bermaksud Yang Teguh.
Terus naik senyuman pada wajah Qayyim. Melissa dah bagi green light!
"Betul ni? Tapi tak panjang sangat ke nama tu?" soal Qayyim lagi. Itu yang mengganggu dia dua tiga minggu lepas. Nama yang dia pilih panjang sangat. Haih, kalau boleh nak buang je nama Tengku dekat depan tu tapi tak boleh sebab keturunan.
"Tak apa. Dah lah, abang ni overthinking tu kalah perempuan. Mel okey je dengan nama tu. Cantik!" balas Melissa dengan tawa yang tertahan. Muka Qayyim sekarang ni macam duda yang stres kena jaga anak tau!

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...