Qayyim's : 06

3.8K 188 5
                                    

SUASANA di meja makan itu sunyi. Hanya bunyi pinggan dan sudu garfu sahaja yang berlaga. Melissa rasa nak berdiri dan menjerit saja disebabkan suasana yang maha janggal itu.

Kalau tertanya-tanya siapa yang mengeluarkan idea bernas ini, sudah tentu Tengku Fawwaz Qayyim. Kalau tidak, siapa lagi, bukan?

Dia yang beria ajak Dania dan Uwais untuk datang makan malam bersama. Tapi sekarang dia yang paling senyap tak layan tetamu. Tolong Melissa supaya dapat kekalkan kesabaran dia seperti hari-hari yang lepas.  Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu.

"Ehem, tak sangka pula kau isteri Tengku, Mai." Uwais menyoal Melissa sekadar ingin menghilangkan suasana cengkerik itu.

"O-oh, kau lah yang tak datang. Aku pun terkejut juga yang Cik Dania ni orang rumah kau. Sorry aku pun tak pergi kenduri kau baru ni. Kau pun tahu kan, kalau budak cuti aku pula yang ganti tempat dia orang." Melissa  tahu yang sepupunya itu akan akan berkahwin tapi tidak sangka pula dengan Dania.

Jika difikirkan balik, Uwais ini forever alone. Tak pernah ada kekasih pun. Sibuk sahaja memanjang. Memang pelik macam mana Dania boleh berkahwin dengan Uwais. Satu lagi misteri yang perlu dikorek di kemudian hari.

Eh sekejap, kiranya hari dia terajang Qayyim sebab Dania kahwin itu semua sebab Uwais lah! Tak pasal-pasal dia jadi isteri derhaka sebab sakiti suami sendiri. Semua sebab Ahmad Uwais!

"Jangan paggil saya Cik. Panggil Dania saja. Rasa kekok pula bila awak panggil saya macam tu," balas Dania. Terkejut dia apabila Melissa memanggil dia dengan gelaran Cik. Rasa macam dihormati pula, sedangkan dia tidak patut dilayan seperti itu. Wanita sepertinya ini tidak patut dihormati.

"Oh, alright Dania. Awak boleh panggil saya Melissa, Mel, Lisa, Umaira, Umai, Mai, Maira atau mana-manalah yang awak suka," jawab Melissa selamba. Memang dia jenis mudah bergaul dengan orang. Ekstrovert.

Tersengih Dania melihat tingkah laku Melissa. Bukan seorang yang pemalu dan petah bercakap. Very attractive.

Matanya menjeling kearah Qayyim yang sedari tadi hanya jadi pemerhati. Hampir luruh jantung Dania apabila lelaki itu tidak lepas memandangnya. Debaran di dada sudah menjadi-jadi. Sudu garfu yang dipegang turut digenggam kemas.

Mata lelaki itu. Mata hitam pekat itu tajam memandang anak matanya. Bawah bibir digigit lembut. Kalau dia tahu Qayyim akan berkelakuan seperti ini, dia tidak akan datang namun kerana Uwais, dia beranikan diri juga.

Banyak perkara yang berlaku dalam satu masa membuatkan dia hampir menjadi hilang akal. Kepala ditundukkan memandang makanan di hadapan mata. Tidak lama, tangan Uwais naik menggenggam jemari halusnya. Jari mereka bertaut dan Dania tersenyum kecil. Kepala didongakkan memandang Melissa. Wanita cantik itu sedang ralit menjamah selera.

"So, how's your life Fawwaz? Better than before? Any goods new or anything?" Melissa yang sedang meneguk air itu tersedak mendengar soalan Dania. Cik Dania oi, jangan tanya soalan yang jawapannya sudah terang lagi bersuluh. Uwais pula sedaya upaya menahan diri dari tergelak apabila melihat wajah Melissa yang menahan perit akibat tersedak itu tadi.

"What do you mean, Dania? You're asking for something that's openly obvious!" Tinggi suara Qayyim membalas soalan Dania. Dia sakit hati tengok kemesraan Dania dan Uwais. Macam mana wanita itu boleh lupakan tentang mereka berdua. Bertahun mereka bercinta, mengikat tali pertunangan dah hampir menikah juga namun wanita memutuskan semua itu begitu sahaja. Dania buatkan semua benda itu nampak tidak berguna dan perkara yang sia-sia.

Qayyim bangun dari duduknya dan pergi dari ruangan itu. Dia sesak melihat kemesraan yang baginya memang betul-betul benar, bukan lakonan semata-mata. Melissa dan Uwais kelu di meja makan manakala Dania menekur memandang jarinya yang masih bertaut dengan Uwais.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now