PINTU bilik ditutup rapat. Dada yang menghasilkan debaran yang kian menjadi-jadi itu disentuh. Ah, kenapa dengan dia ni? Tidak pernah terjadi pun selama ini. Kenapa tiba-tiba pula?
Dengan langkah yang lemah, Melissa menuju ke katil. Badan direbahkan keatas tilam yang empuk itu. Ya Allah, penatnya. Seharian dia bergerak tidak henti. Pagi tadi sudah tiga kelas yang dia masuk, walaupun hanya sekadar membebel ala kadar namun tetap melelahkan bagi seseorang dengan metabolisme yang tak berapa nak tinggi seperti dia ini.
Nasib baik kelas hari ini waktu pagi sahaja, kalau ada kelas petang mahu patah pinggang slim dia ini. Huh, sudahlah balik selepas membeli barang tadi, dapur pula jadi medan perang. Mata dipejam rapat. Dia mahu mandi, badan rasa melekit sangat-sangat sekarang ini tapi dia malas!
Bantal golek yang ada disebelah diambil dan dipeluk erat. Siling bilik ditenung. Lama Melissa mengelamun dan lamunan dia terhenti apabila bunyi kaca pecah memasuki gegendang telinganya.
PRANG
Laju kaki dia menuju ke arah dapur, risau jika ada perkara yang tidak diingini berlaku. Sampai sahaja di dapur, hampir luruh jantung Melissa apabila melihat titisan-titisan merah gelap pada lantai marmar dapur itu. Darah!
"Ya Allah, Tengku. Kenapa ni?" Apabila melihat Qayyim, mahu luruh jantung saat melihat keadaan suami sendiri. Lelaki itu sedang bersila diatas lantai, tengah membuang serpihan kaca yang tercucuk masuk kedalam tapak kakinya.
Melissa boleh bayangkan betapa sakitnya kaki Qayyim sekarang ini, rasa mahu menangis pun ada juga. Sudah memang tabiat dia, jadi mudah rasa kasihan dekat orang yang tengah sakit namun kenapa lelaki itu dengan selambanya membuang serpihan-serpihan itu dengan muka datar?
Tak sakit ke? Malas berfikir panjang, dia mengambil aid kit yang disimpan di dalam bilik stor rumah itu. Melissa mendekati Qayyim yang tampak seperti dalam kesusahan untuk membuang serpihan kaca itu.
Melissa duduk bersimpuh di hadapan Qayyim. Kaki suaminya itu dicapai dan dilap dengan kapas basah untuk mencuci darah yang ada. Qayyim hanya senyap dan membiarkan sahaja Melissa membuat kerja. Tweezer yang ada Melissa guna, cuba untuk mengepit serpihan kaca yang tercucuk pada tapak kaki lelaki itu. Agak dalam tusukan itu dia tengok.
"Macam mana lah Tengku boleh terpijak kaca ni? Cuai!" Melissa sudah mula membebel. Dia agak geram sebenarnya. Macam mana boleh terpijak kaca sampai macam ini sekali? Kalau benda dah jatuh, pecah pula tu pandai-pandailah jaga diri.
"Aku..." Belum sempat Qayyim membalas, Melissa sambung bebelannya.
"Nama saja doktor, tahulah Tengku ni kerja Pediatrician, rawat budak-budak tapi janganlah sampaikan Tengku pun jadi macam dia orang, cuai!" Bergetar bibirnya menahan rasa. Tidak tahu mengapa tiba-tiba jadi emotional.
"Kau tahu?" Melissa memandang Qayyim dan membuat muka pelik.
"Tahu apa?" Perlahan sahaja suaranys menyoal kembali. Mood swing betul dia hari ini.
"Lembab lah kau ni. Macam mana kau tahu yang aku ni doktor? Sampaikan bidang mana pun kau tahu." Melissa hanya tersenyum tipis. Aduhai, Encik Suami main tanya-tanya pula.
"Mestilah saya tahu, Tengku kan suami saya. Macam mana pun, saya kena ambil tahu." Melissa memandang suaminya itu. Lelaki itu hanya menganggukkan kepala sahaja.
"Dah siap." Betis Qayyim ditepuk sekali sebelum dia bangkit dari simpuhan. Penyapu dan penyodok yang ada di dalam stor dia ambil dan mengemas sisa-sisa serpihan kaca yang masih berterabur.
"Tengku duduk dulu, bagi saya siap kemas dulu apa semua, kejap lagi saya tolong Tengku." Melissa memberi arahan kepada Qayyim apabila melihat lelaki itu seperti sedang berura-ura untuk bangun. Dah tahu kaki tu sakit, tak payahlah gatal sangat nak bangun jalan sendiri. Memang tak boleh jawabnya.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...