Qayyim's : 17

3.6K 190 7
                                    

BAU nasi minyak menenuhi ruangan dapur di rumah milik Encik Uzair. Kaki dilangkah menuju kearah uminya yang sedang menyiapkan makan malam. Pinggang uminya dipeluk dari belakang.

"Umi masak nasi minyak ke?" Dagu direhatkan pada bahu uminya yang sedang memotong bawang besar untuk dimasukkan ke dalam lauk ayam masak merah diatas dapur.

"Iya la. Anak manja dengan menantu umi dah balik, takkan lah umi nak masak yang biasa-biasa saja. Alang-alang dah ada bahan, umi masaklah." Pelukan Melissa itu dibiarkan sahaja, sudah masak dengan perangai anak dia seorang ini. Manja tapi keras kepala.

"Umi pergilah solat lepastu rehat, biar Mel yang sambung masak." Pisau yang dipegang oleh uminya itu dirampas sebelum menyambung memotong bawang itu.

"Iyalah, kalau ada apa-apa panggil umi." Puan Mardhiah membawa diri kebiliknya. Nasib baik ada Melissa, dia memang penat pun sekarang ini. Balik sahaja dari tempat kenduri tadi terus dia masuk dapur. Melissa seorang yang boleh diharap. Semua benda dia boleh buat sendiri. Seorang anak yang berdikari tapi manjanya akan tetap ada.

Melissa menyambung memasak untuk makan makan malam itu. Dia tidak risau sebab dia sudah belajar memasak dengan uminya dari dia kecil lagi. Setiap kali umi ada di dapur, pasti ada dia sekali yang menjadi tukang sibuk.

Bawang yang dipotong, dimasukkan kedalam kuali yang berisi ayam masak merah. Siap memasak ayam masak merah, dia duduk di meja dapur. Timun, lobak merah, bawang merah dan cili merah pula dipotong untuk dibuat acar. Ayam masak merah memang kena kalau dimakan dengan acar.

"Kau buat apa tu?" Kerusi yang berhadapan dengan Melissa ditarik dan diduduk selamba. Wanita itu hanya memandang sekilas sebelum menyambung membuar kerjanya.

"Potong sayur. Nak buat acar untuk makan malam nanti." Bahan yang sudah siap dipotong itu dimasukkan ke dalam bekas. Garam, gula dan cuka dicampur sekali sebelum digaul agar perasa itu sebati.

"Cuba awak rasa, okey ke tak? Ke kena tambah apa-apa lagi?" Timun disuakan ke mulut Qayyim. Lelaki itu tanpa banyak mulut hanya menerima suapan daripada Melissa. Ibu jari diangkat, sebagai tanda sudah lulus untuk dibuat makan.

"Tak payah tambah apa-apa. Yang ni dah okey."

Melissa bangun dari duduk. Singki dituju untuk mencuci pinggan-mangkuk yang kotor. Qayyim turut bangun dan berdiri di sebelah Melissa. Wajah bersih isterinya itu ditenung.

"Melissa." Melissa memandang Qayyim yang berdiri di sebelahnya. Dah kenapa tiba-tiba panggil nama dia ni?

"Iya, kenapa?" Pili air ditutup dan tangan yang basah dilap menggunakan sapu tangan yang tergantung di dinding. Kini badannya betul-betul menghadap suaminya.

"Kenapa bila depan orang lain kau panggil aku awak tapi bila dengan aku kau panggil aku Tengku." Iris hitam pekat itu memandang dalam ke arah anak mata yang berwarna hitam kecoklatan milik Melissa. Wanita itu tersenyun tipis.

"Sebab saya takut Tengku tak selesa." Kaki melangkah ke arah peti sejuk. Buah tembikai yang sudah siap dipotong dibawa keluar.

"Tapi aku lagi tak selesa kalau kau panggil aku macam tu. Kau buat aku rasa macam kedudukan aku ni lebih tinggi dari kau sedangkan tempat kau di sebelah aku." Langkah kaki menjadi kaku buat seketika. Cuba mencerna balik ayat lelaki itu.

"Tengku, saya ada satu soalan." Kaki perlahan mendekati Qayyim yang dari tadi tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Siapa saya pada Tengku?" Anak mata lelaki itu ditilik dalam. Cuba untuk mencari jawapan. Jawapan yang ingin dia dengari selama ini.

"Kau..."

"Saya?"

"Kau isteri aku. Satu-satunya isteri aku. Wanita yang aku lafazkan akad untuk dia. Wanita yang aku ambil untuk dijadikan pendamping aku. Wanita yang aku diamanahkan dan wanita yang berjaya mjatuhkan ego aku." Liur terasa susah untuk ditelan. Mata juga tiba-tiba terasa panas. Betulkah apa yang dia dengari sebentar tadi?

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now