Qayyim's : 37

2.8K 132 0
                                    

MELISSA memandang Damia yang berada di hadapannya itu dengan tatapan kosong. Dia tidak tahu harus membalas macam mana kata-kata perempuan di hadapannya itu.

"Aku minta maaf, Mel." Sekali lagi Damia meminta maaf pada Melissa dengan harapan kawannya menerima kata-kata maaf itu.

"Aku sebenarnya dari dulu lagi tertanya-tanya, kenapa kau buat aku macam ni, Mia? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni? Sebab apa? Dah macam-macam alasan aku fikir tapi aku tak jumpa jawapan dia. Semuanya macam tak masuk akal," lirih sahaja suara Melissa menyoal pada kawannya itu. Dia sudah tak boleh fikirkan lagi apa sebab Damia perangkap dia dahulu.

Memang betul, mungkin itu adalah cara Allah mempertemukan dia dengan Qayyim. Tapi, bukankah kalau dah jodoh tu tak kemana? Pasti jumpa juga mereka cepat atau lambat, bukan?

Mungkin juga pertemuan mereka lebih indah dan tiada perselisihan faham antara mereka. Qayyim akan layan dia dengan baik dari awal lagi.

Ah, biarlah. Yang lepas biarkan berlalu. Yang penting dia dan Qayyim sudah bahagia sekarang. Ya! Itu yang penting!

Wajah Damia kembali memenuhi ruas matanya. Wajah wanita itu tampak sedikit cekung. Mahu bertanya tapi mulutnya tidak pula terbuka untuk bersuara. Rasanya tidak perlu. Dia juga sudah tidak menganggap Damia sebagai kawan baiknya. Cukuplah sekadar berteman.

Kejamkah dia? Kalau iya, dia tidak mampu berbuat apa. Yang sakit rasakan tikaman itu dia, bukan orang lain. Yang sedih sebab ditipu itu dia, bukan orang lain.

"Why Damia? Just one reason. That's all I need," ujar Melissa lagi. Mata redup memandang wajah sugul Damia. Wanita itu sepertinya teragak-agak untuk menjawab.

"A—aku..." Damia tidak dapat menyambung kata-katanya malah menitiskan air mata  namun Melissa hanya buat tidak endah. Kenapa perlu menangis sekarang? Menyesal ke? Macam dah terlambat saja.

"Kau menangis air mata darah sekali pun tak akan selesaikan apa-apa masalah, Damia. Kenapa? Kau menyesal ke? Dah terlambat lah," bidas Melissa tajam. Damia ketap bibir. Dia terlupa akan sikap Melissa yang satu ini.

Benar, Melissa sangatlah baik tapi dalam baik ada jahatnya. Mulut kawannya itu sangat tajam. Melissa boleh berkata manis namun menyentapkan dalam masa yang sama.

"Aku... aku..."

"Aku apa! Aku... Aku. Hah, kau apa?!" Naik seoktaf suara Melissa. Dari tadi lagi keluar aku saja, siapa tak naik angin?

"Sabar, sayang. Terkejut anak abang tu nanti," bisik Qayyim yang berada di sebelahnya. Tangan kasar Qayyim naik mengusap bahu isterinya itu, cuba menenangkan Melissa yang tampak seperti sedang menahan diri dari terus marah.

Hampir tercabut jantung Qayyim bila Melissa tiba-tiba saja meninggikan suara. Marah sangat tu.

"Boleh tak kalau Tengku biar kami berdua cakap secara personal?" pintaan daripada Damia itu Qayyim hanya turutkan sahaja. Dia ikut ni pun sebab risaukan Melissa sahaja. Takut berlaku apa-apa yang tak diingini.

Baru sahaja Qayyim ingin berlalu dan pergi ke meja lain, tangan Melissa pantas menyekatnya dari terus pergi.

"No, abang stay. Dia dah aniaya kita berdua, bukan Mel seorang. Jadi, abang pun berhak ada kat sini." Tegas suara Melissa berkata. Betullah apa yang dia cakapkan, yang menjadi mangsa adalah dia dan Qayyim. Bukan dia seorang mahupun Qayyim seorang.

"Fine. If you insist."

Damia yang melihat Qayyim kembali duduk itu mula tidak senang duduk. Dia sebenarnya takut pada Tengku Fawwaz Qayyim dan bukanlah pada Melissa. Dia kenal Melissa, setajam mana pun lidah wanita itu, Melissa tidak akan pernah menyakitinya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Melissa yang tengah mengandung itu.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now