Qayyim's : 38

2.7K 131 1
                                    

SENYUMAN tidak lekang dari wajah Melissa saat melihat wajah comel anak Dania dan Uwais. Sebiji muka macam Dania!

"Boy ke girl?" soal Melissa pada Dania yang sedang menidurkan anaknya itu. Dania sedang berpantang di rumah umi Uwais sebab mommy Dania tak ada di rumah, balik kampung.

"Girl," balas Dania sambil tersenyum kelat. Lihat saja riak wajah Dania yang suram itu, Melissa terus faham kenapa. Tapi dia tidak mahu masuk campur. Bukan hak dia untuk berlebih.

"Patutlah cantik macam mama dia. Muka dia sebiji macam awak, Dania. Dari kening sampai mulut," ujar Melissa ceria. Pipi montel milik anak Dania itu disentuh dengan penuh kelembutan. Comel sangat-sangat.

"Terima kasih," Dania membalas dengan senyuman kecil. Puncak hidung bayinya itu dikucup sayang. Tak semena anak kecil itu tersenyum dalam lenanya.

Mata Dania beralih pula pada perut Melissa yang sudah berupa bentuk. Sepatutnya dah tahu jantina anak apa.

"Awak dah check ke gender?"

"Tak, Qayyim kata dia nak surprise. Saya ikutkan saja bila tengok muka dia yang terlebih excited haritu," balas Melissa seraya itu mengusap pelan perutnya itu.

Dia pernah tanya Qayyim dulu, kalau boleh lelaki itu mahu anak lelaki atau perempuan namun jawapan suaminya itu sangat menenangkan hatinya yang risau kalau Qayyim tidak suka dengan jantina anak mereka nanti.

"Lelaki ke perempuan sama saja. Kalau lelaki, keluar Qayyim's junior. Kalau perempuan keluarlah Melissa's junior. Lagipun yang keluar nanti tetap anak abang. Bukannya tiba-tiba keluar anak Pak Dollah pak guard dekat hospital tu."

Tertawa seorang diri Melissa apabila teringat akan jawapan selamba Qayyim itu. Kesian Pak Dollah tiba-tiba saja nama kena petik dengan suami dia.

Dania yang memerhati sedari tadi turut tersenyum melihat wajah ceria Melissa itu.

"He really changed, right?" Kata-kata Dania itu tidak mampu Melissa nafikan. Benar, Qayyim berubah. Suaminya telah menjadi lebih baik, memahami, sabar dengan sikap dia dan tak pernah sekali pun lelaki itu merungut tentang kehidupan berkahwin mereka. Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah permudahkan semuanya.

"He does."

"Are you happy now?"

"I am. Too happy that it makes me scared." Berkerut dahi Dania saat mendengar jawapan Melissa itu. Kenapa perlu takut?

"Takut? Kenapa?"

"Saya takut Allah ambil kebahagiaan yang Dia bagi pada saya sekarang. I don't think that I'm strong enough to face that when it happens," ujar Melissa. Dania angguk kecil. Faham akan apa yang dirasai oleh isteri kawannya itu.

Sama seperti Melissa, dia juga takut jika Allah tarik nikmat dia yang sekarang ini. Kuatkah dia untuk hadapinya nanti?

"Tapi, selagi kita diberi peluang itu, gunakan sebaiknya. Jangan sia-siakan. Betul tak?" Dania mengangguk laju dengan kata-kata Melissa itu. Betul, jangan sesekali sia-siakan peluang yang kita ada. Menyesal dikemudian hari tidak ada guna.

"Awak nak cuba dukung?" soal Dania pada Melissa yang dari tadi tidak lepas memandang wajah anaknya. Sengihan tidak pernah pudar dari wajah bersih Melissa.

Terbuntang mata Melissa mendengar soalan Dania itu namun berkali dia mengaggukkan kepala tanda mahu.

"Boleh ke?" soal Melissa, agak ragu untuk menyambut anak kecil itu ke dalam dakapannya. Dania tergelak halus. Pantas kepala dijatuhkan beberapa kali.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now