MELISSA memandang wajah tenang Damia yang sedang duduk bertentangan dengan dia ketika itu. Suasana kafe yang tenang itu tidak mampu menenangkan hatinya yang sedang menahan pelbagai rasa.
Sudah lama dia tidak berjumpa dengan perempuan itu. Terakhir dia berjumpa dengan wanita itu rasanya sebelum wanita itu bertolak ke Hatyai tujuh bulan lepas. Tiga bulan sebelum dia berkahwin dengan Qayyim dan wanita itu telah kembali dua bulan lepas namun dia sahaja yang tidak ingin berjumpa dengan Damia sebab sibuk dengan kerja dan kelas.
“Macam mana kerja?” tersentak Melissa apabila Damia tiba-tiba menyoalnya sambil menyedut iced coffee yang diorder. Melissa senyum tipis.
“Macam biasa lah, Mia. Tak ada yang menarik.” Damia menganggukkan kepalanya sahaja, setuju dengan jawapan Melissa.
“Macam mana dengan Tengku Fawwaz? Dia layan kau... okay?” Pada pandangan Melissa, Damia nampak teragak-agak ingin menyoal soalan itu kepadanya. Kenapa? Takut dia tidak bahagia ke? Eh, tak. Takut dia bahagia ke?
Melissa tarik senyum lebar. Orang tanya dengan penuh prihatin, kita kenalah jawab dengan penuh perasaan!
“Well...Terlalu okay. Aku sampaikan rasa bersyukur artikel itu wujud tau! Suami aku layan aku baik gila! Like, aku tak menyesal langsung bila umi dengan ayah minta aku kahwin dengan dia dulu. Kalau boleh, aku nak jumpa dengan pembuat dan penyebar artikel tu dan berterima kasih pada dia sebab dah jumpakan aku dengan Qayyim.” bersemangat Melissa bercerita kepada Damia. Melissa sedaya upaya menahan tawanya apabila nampak muka terkejut Damia.
“Dia layan aku baik gila. Bila dia cuti, dia mesti akan hantar dan jemput aku dari tempat kerja. Kadang-kadang masak pun dia yang tolong masakkan sebab aku penat balik kerja,” tambah Melissa lagi. Iced Latte dicapai dan disedut perlahan.
Kenapa? Terkejut sebab tak berjaya hancurkan dia? Bodoh. Kalau Qayyim layan dia tak elok pun, tak mungkin dia akan biarkan lelaki itu sakiti dia. Lagipun dia lebih rela sakit fizikal dari sakit mental dan hati.
Luka di badan dapat dirawat dan jelas di mata kasar orang lain tapi sakit di hati tidak mampu dirawat dan ghaib di mata orang. Hanya kita sahaja yang tahu apa yang kita rasa.
“Oh, baguslah kalau macam itu. Aku just risaukan kau. Mana tahu kalau dia apa-apakan kau ke, kan?”
“Kalau dia apa-apakan aku, aku lawan balik sajalah. Apa yang susah? Aku belajar self defense dulu bukan untuk dibual kosong semata-mata.” sarkastik balasan Melissa pada Damia. Tapi, betullah apa yang dia cakap, kan? Dia belajar taekwondo dulu bukan untuk saja-saja nak show off apa yang dia dapat.
“Tak baik Mel kau kata macam tu. Takkanlah kau nak pukul suami kau?” dahi Melissa berkerut. Dah kenapa pula Damia ini? Macam nak cari salah dia pula saja.
“Aku kata lawan tu bukan bermaksud aku pukul dia balik. Boleh saja aku elak dia dari terus sakiti aku. Contohnya, dia nak tampar muka aku, aku boleh tahan tangan dia dari sentuh muka aku yang cantik ni. Lagipun kalau dia apa-apakan aku, kau ingat aku akan jadi isteri solehah yang reda saja apa yang suami aku buat dekat aku? Come on, negara kita ada undang-undang lah. Aku belajar tinggi-tinggi bukan semata-mata untuk ditindas.” pantas Melissa membidas olahan Damia.
Melissa mendengus halus. Susah cakap dengan orang seperti Damia. Tidak mahu nampak dia yang salah.
“By the way, Mia. Kau memang tak tahu ke siapa yang sebarkan artikel tak masuk akal tu? Nasib baik tau benda tu tak sampai ke telinga-telinga dekat tempat aku kerja. Kalau tak, mati aku.” Melissa memandang tepat ke dalam anak mata Damia. Mencari kebenaran di sebalik anak mata hitam itu.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...