DANIA tidak lepas memandang suaminya yang sedang menggubah bunga itu. Tadi ada pelanggan minta untuk Uwais hantarkan bunga kepada kekasih.
Uwais yang sedang fokus itu sangat mengancam. Rambut yang agak panjang milik Uwais yang diikat malas itu menambahkan lagi kekacakan suaminya. Dah berapa lama ya Uwais tak potong rambut?
Bunyi ringtone telefon mematikan lamunan Dania. Ish, siapa yang kacau daun pula ini! Orang nak usya suami pun tidak tenang.
Terjongket kening Dania apabila nama Qayyim yang tertera. Dah kenapa tiba-tiba call dia ni?
“Hi, Fawwaz. Kenapa call?” terus dijawabnya tanpa lengah. Dengar sahaja nama Qayyim disebut, kini tumpuan Uwais sepenuhnya pada Dania.
“Oh, boleh-boleh. Nak jumpa dekat mana?” Dania melirikkan anak matanya pada Uwais. Isyarat meminta izin untuk berjumpa dengan Qayyim. Uwais hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda setuju.
“Kalau sekarang tu boleh saja tapi you datang kedai Uwais, boleh ke?”
“Alright, see you.” Dania meletakkan telefonnya kembali. Mata tertumpu kepada Uwais dengan pandangan redup.
“Kenapa? Ada masalah ke?” soal Uwais tanpa melihat kearah Dania. Tangan masih lagi lincah menghias bunga-bunga di hadapannya.
“Saya rasa Fawwaz dah tahu tentang perkara sebenar...” ujar Dania lemah. Macam-macam perkara sudah bermain di fikirannya itu. And she hate it.
“Like, know the whole things?” tembakan Uwais itu hanya dibalas dengan anggukan oleh Dania. Lelaki itu senyap untuk seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk dilontarkan pada isterinya itu.
“I guess this is better. At least awak tak akan rasa terbeban lagi sebab dah tipu Fawwaz, right?”
Dania hembus nafas lemah. Mungkin apa yang Uwais kata itu betul. Maybe it's better like this. Berbulan dia senyap tentang perkara ini, tidak pernah sedetik pun hidup dia rasa tenang. Dia dah tipu ramai orang termasuklah diri dia sendiri.
Mungkin juga selepas ini dia dapat tutup kisah lama dan buka buku yang baru bersama dengan Uwais. Everything happened for a reason. There's no mistakes in Allah's arrangement.
Semuanya akan baik-baik saja.
“KENAPA YOU TAK BAGITAHU I, DANIA?” sedaya upaya Qayyim cuba untuk tidak menaikkan suaranya pada wanita yang berada dihadapan dia ketika itu. Dania hanya menunduk memandang permukaan meja. Jemarinya bermain dengan hujung baju blouse yang dipakai.
“I minta maaf, Fawwaz. Itakut kalau I bagitahu you, Darwish akan apa-apakan you dulu.” lemah suara wanita itu membalas. Mungkin kerana hormon ibu mengandung, matanya terasa hangat. Hati dia mudah terasa.
“Allah, Dania. Apalah sangat si Darwish boleh buat dekat I? Kalau you bagitahu I pasal benda ni awal-awal, at least I can protect you.” Qayyim betul-betul tidak faham dengan Dania. Apa yang wanita itu ingin jaga sampaikan sanggup buat macam tu sekali?
Sampaikan sanggup...
Sakit hatinya apabila dapat tahu wanita yang dia pernah sayang sepenuh hati disentuh oleh adik ipar sendiri tanpa rela. Apa yang Darwish mahukan sebenarnya? Sungguh dia tidak faham.
Apa yang tak cukup pada Safiya sampaikan lelaki itu sanggup letakkan maruah Dania serendah-rendahnya?
“Betul, you mungkin dapat lindungi I, Fawwaz tapi you terlalu sibuk dengan kerja you. On call kadang-kadang sampai berhari tak balik rumah langsung. Macam mana you nak jaga I, Fawwaz? Tell me.” Dania tahu, apa yang dia luahkan ini tidak berkait pun dengan topik perbualan mereka yang sebenar namun lebih kepada meluahkan apa yang terbuku selama ini. Ketika mereka masih lagi bercinta.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...