Qayyim's : 12

3.9K 193 3
                                    

KEPALA yang tidak gatal digaru perlahan. Almari pakaian Melissa ditenung dengan perasaan berbelah bahagi. Sekarang dia mengakui kata-kata Melissa. Rasa macam melakukan pelecehan seksual.

Dengan terpaksa, dia mengambil pakaian milik isterinya itu. Tudung sarung yang terlipat elok juga diambilnya. Mesti lebih selesa pakai tudung sarung dari selendang. Nak ambil wuduk pun mudah.

Kain telekung dan sejadah juga dibawa sekali. Kaki melangkah pula kearah meja solek. Segala keperluan untuk wanita dibawa sekali. Apabila berpuas hati, dia kembali turun ke ruang tamu rumahnya itu. Kelibat Luthfi dicari. Entah hilang kemana pula mamat itu seorang.

"Luthfi." Kawannya yang ralit berada di meja makan itu dipanggil dan dihampiri. Berkerut dahinya melihat Luthfi sedang berselera makan nasi goreng yang masih lagi didalam kuali.

"Kau masak nasi goreng ke?" Hampir saja tercekik ikan bilis Luthfi dibuatnya
apabila Qayyim tiba-tiba menyergah dia dari tepi. Air yang diambil sekali sebelum makan tadi diminum rakus.

"Abe, nok tegur tu tegur molek gak. Lekat ike bilih doh kito tadi. Mati anok ore ni nok buat gano?" Qayyim hanya membuat muka tak bersalah. Tahu sangat yang Luthfi tu tengah geram, itu yang keluar dialek Kelantan dia tu. Siapa suruh makan tak tegok kiri kanan sangat.

"Kalau kau mati, masuk kuburlah. Tak, sekarang ni kau dapat dari mana nasi goreng ni? Aku tak rasa kau ni rajin sangat nak memasak malam-malam buta macam ni." Sekali lagi kawannya itu disoal.

"Nasi ni memang dah ada atas meja. Aku cuba rasa, boleh makan lagi. Itu yang aku panaskan balik ni ha." Nasi goreng yang masih panas itu dipandang. Sarapan yang Melissa masakkan untuk dia ke? Pagi tadi dia tak sempat nak sarapan sebab tiba-tiba ada emergency call dari hospital.

"Dah, kau tepi. Aku nak makan, lapar. Kalau kau nak makan, pergi buat maggie cup. Ada dalam kabinet." Badan Luthfi ditolak dan tempat lelaki itu diambilnya. Nasi goreng kampung yang dimasak oleh Melissa itu dimakan dengan penuh selera. Sedap! Pandai isterinya masak.

Luthfi melihat Qayyim kecil besar-kecil besar sahaja ketika itu. Sedap dia sahaja ambil nasi goreng itu, dah lah dia yang penat-penat panaskan. Lelaki itu hanya makan sahaja. Kaki menuju ke kabinet dan maggie cup tomyam diambil.

Nak mengamuk pun tak ada guna. Bukannya dia tidak kenal dengan Encik Tengku ini seorang. Mana makan saman, kalau dia kata A, A lah jawapannya.  Daripada dia makan hati, lebih baik dia makan maggie. Perut kenyang, hati pun senang. 

MELISSA merenung suaminya itu dengan wajah cemberut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MELISSA merenung suaminya itu dengan wajah cemberut . Lelaki itu pula hanya membuat tidak endah. Tahu sangat kenapa wanita itu marah. Mesti kes tukar wad tapi, ada dia kisah? Tak. Beg pakaian Melissa diletakkan diatas sofa yang telah tersedia di dalam wad itu. Bungkusan McDonald diletakkan diatas meja makan pesakit. 

"Nah McD. Aku beli bubur dengan ayam goreng. Makan." Melissa hanya menjeling suaminya sebelum bungkusan itu dibuka. Nak marah pun tak ada guna. Benda dah jadi. Takkanlah dia nak memberontak suruh tukar wad balik. Benda dan boleh duduk wad private, terima sajalah. Bubur yang masih panas itu dimakan dengan penuh selera.

𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞 Where stories live. Discover now