“AKU TERIMA NIKAHNYA Melissa Umaira binti Uzair dengan mas kahwin RM1000 tunai.”
“Sah?”
“Sah.”
“Sah.”
“Alhamdulillah.”
Dengan sekali lafaz, Melissa Umaira telah sah menjadi seorang isteri bagi Tengku Fawwaz Qayyim. Jika gadis lain mesti sudah tersenyum bahagia sekarang namun tidak bagi Melissa. Perkahwinan ini bukan kehendak dia mahupun Qayyim.
Perkahwinan ini hanyalah percaturan oleh kedua ibu bapa mereka.
Sepanjang majlis akad nikah berlangsung, Melissa tidak mampu mengukirkan senyuman langsung walaupun secalit. Kepalanya kusut dengan pelbagai persoalan yang bermain di benak fikiran.
Dia takut kalau dia tidak mampu menjadi seorang isteri yang baik. Dapatkah dia menjaga hati suaminya itu lebih-lebih lagi bila dia sedar dan tahu bahawa Qayyim telah mempunyai seseorang dihatinya.
Melissa juga tahu yang Qayyim membencinya. Bagaimana dia boleh tahu? Semuanya jelas dari dulu lagi, cuma dia sahaja yang buat tidak endah. Dia fikir dia boleh tahan dengan sikap Qayyim tapi... Tipulah kalau Melissa kata dia tidak terasa dengan tingkah laku Qayyim. Dia faham yang Qayyim marah dengan dia kerana tidak membantah langsung dengan perkahwinan ini tapi, apakan daya. Dia tidak boleh melawan kata-kata ibu bapanya.
Berdosa.
Melissa memandang tetamu yang hadir. Tidak ramai kerana hanya orang terdekat sahaja yang dijemput. Hanya majlis kecil-kecilan yang dilakukan. Itu merupakan permintaan dari Melissa sendiri. Dia tidak mahu tentang majlis perkahwinannya tersebar. Damia juga tidak dapat datang kerana sahabatnya itu sedang bekerja di Thailand sekarang ini.
Dia mengusap lembut cincin perkahwinannya yang terletak elok di jari manis. Satu senyuman kecil melakar pada wajah cantik Melissa. Walaupun hatinya tidak rela dengan perkahwinan ini, namun dia tetap bersyukur kerana majlis telah berjalan dengan lancar.
“Kau tak apa ke dengan semua ni?” lamunan Melissa terhenti apabila suara milik Qayyim datang menjengah.
“Entahlah, Tengku. Saya pun tak tahu nak kata macam mana. Sekarang ni saya hanya serahkan takdir ini kepada Allah,” balas Melissa lembut dan tenang.
Qayyim hanya memerhati Melissa, menilik seluruh raut wajah isterinya. Bermula dari mata Melissa yang bulat dan bundar, turun ke hidungnya yang terbentuk elok dan akhir sekali bibir merah kecil milik Melissa.
Cantik.
Itu sahaja yang mampu dia katakan. Memang tidak boleh dinafikan Melissa seorang yang cantik.
Boleh dikatakan Melissa itu cukup pakej sebagai seorang isteri yang baik, kecuali mulutnya yang tak bertapis. Qayyim menjadi tertanya-tanya dengan dirinya sendiri. Kenapa rasa bencinya kepada Melissa tidak berkurang malah bertambah.
Mungkin...
Mungkin kerana tiada orang yang boleh dia salahkan.
Betullah, Qayyim membenci Melissa kerana dia tidak tahu ingin menyalahkan siapa lagi. Hidupnya musnah. Angan-angannya untuk hidup dengan gadis yang dia cintai hancur dalam sekelip mata disebabkan oleh sebuah artikel yang tidak diketahui angkara siapa.
Dia berada di sebelah Melissa sekarang ini juga kerana dipaksa oleh rakannya, Luthfi. Satu-satunya kawan yang dia panggil ke majlis itu.
“Tengku, saya tak rasa saya mampu jadi isteri yang baik untuk Tengku tapi saya akan cuba buat yang terbaik tapi...” bicara Melissa membuatkan Qayyim kembali tersedar dari lamunan.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...