“FIYA dah fikir masak-masak. Fiya nak kita berpisah dengan cara baik.” kelu lidah Darwish tatkala Safiya meminta untuk mereka bercerai.
“Apa yang Fiya cakapkan ni? Abang salah dengar kan? Fiya?” tergagap-gagap Darwish menyoal kembali. Mana mungkin dia sanggup lepaskan Safiya. Dia sayang isterinya.
“Fiya minta abang pilih antara Fiya dengan Dania, kan? Abang pilih Fiya. Jadi, Fiya janganlah sebut pasal ni lagi, ya?” jemari Safiya yang berada di atas paha wanita itu disentuhnya namun Safiya menarik tangannya menjauh.
“Betul, semalam Fiya bagi abang pilih tapi bila Fiya fikir balik... Dari awal, Fiya hanyalah pilihan kedua bagi abang. Fiya ni hanyalah batu loncatan untuk abang dapatkan Dania balik.” Safiya memandang wajah Darwish.
“Abang, jujur dengan Fiya, kenapa abang kahwin dengan Fiya dulu? Adakah Fiya ni salah satu dari orang yang dipergunakan oleh abang untuk rancangan bodoh tu?” Darwish mati kata. Hatinya meronta-ronta ingin menafikan apa yang dilontarkan oleh Safiya namun lidahnya tidak mampu bergerak.
“Tak, abang—”
“Abang tahu tak, bila Fiya dapat tahu yang abang sentuh Dania, Fiya malu dengan abang. Fiya malu dengan diri sendiri, Fiya malu dengan abang Fawwaz dan Mel, Fiya malu dengan mama dan papa, Fiya malu dengan Dhia dan Dhawiy. Fiya rasa Fiya ni isteri dan ibu yang tak berguna. Fiya gagal jaga rumah tangga kita. Fiya gagal pertahankan hubungan kita. Cuba abang bagitahu, berbaloi ke semua ni? Berbaloi ke abang buat semua ni untuk kepuasan diri abang? Berjaya ke rancangan yang abang rancangkan tu? Apa yang abang dapat dengan buat semua benda tu? Bagitahu Fiya, apa yang abang dapat.” Darwish rasa seperti ingin meraung saat melihat wajah Safiya yang tidak berperasaan itu. Adakah Safiya betul-betul sudah tawar hati dengan dia?
“Kenapa abang sanggup buat semua ni? Bahagia ke abang bila buat semua ni? Tinggi sangat ke cinta abang pada Dania sampai sanggup gadaikan kebahagiaan rumah tangga kita? Kenapa abang tipu Fiya? Abang tipu Fiya hidup-hidup. Sejak bila abang berubah jadi macam ni? Abang suami yang baik, papa yang penyayang pada Dhia dengan Dhawiy. Jadi, untuk apa abang buat semua ni? Untuk apa?”
Bagaikan ditusuk dengan belati hati Safiya saat mengungkapkan itu semua. Dia tidak mahu ini semua namun dia terpaksa. Apa yang Darwish lakukan bukanlah sesuatu yang dapat dimaafkan dengan mudah.
“Fiya, abang minta maaf. Tolong jangan cakap macam ni lagi. Abang sayang Fiya. Please, abang merayu dengan Fiya, bagi abang satu lagi peluang. Abang mengaku yang abang bodoh sebab buat semua benda tu. Abang terlalu ikutkan nafsu dan dendam abang pada mereka. Abang bodoh. Tolong Fiya, abang minta satu lagi peluang untuk perbetulkan keadaan ni.”
Darwish jatuh melutut di hadapan Safiya. Tangan Safiya dicapai dan digenggam kemas. Air mata lelakinya jatuh.
“Abang janji akan berubah. Abang janji akan fokus pada Fiya dan anak-anak saja. Abang takkan buat benda yang Fiya tak suka lagi. Tolong Fiya, bagi abang satu peluang saja lagi. Abang merayu dengan Fiya.” Darwish menangis teresak-esak. Safiya hanya memandang wajah basah dan sembap suaminya itu tapi entah mengapa hatinya tidak rasa apa-apa.
Kalau dulu, mungkin dia akan berasa terharu dan dengan mudah memaafkan Darwish tapi kali ini, Darwish sudah betul-betul melampau.
Kerana dendam bodoh itu, orang yang tak bersalah turut terkena tempiasnya. Lagi pula dia tahu, kalau dia menerima balik Darwish, Dania akan berasa bersalah pada dia sampai bila-bila.
Walaupun dia tidak bertentang mata dengan wanita itu, Qayyim sentiasa memberitahunya tentang apa-apa yang berlaku. Abangnya tidak pernah membelakanginya tentang perkara ini.
Apabila Qayyim meminta kebenaran dengan dia untuk menyaman Darwish, dia hanya bersetuju. Apa yang Qayyim dan Melissa kena mungkin nampak biasa namun maruah mereka dua-dua tercalar.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...