PROLOG

1.7K 31 0
                                    

Wajah bayi perempuan yang baru berusia tiga hari aku tatap. Wajahnya tidak seperti anak lain dek kerana parut yang besar di sekitar mata dan pipi sebelah kiri.

Beg keperluan anak ini aku pandang silih berganti. Di dalam beg tersebut, aku telah sediakan keperluan anak ini, termasuk sekeping surat yang mempunyai nama anak ini. Rasa sayu menyelinap dalam hati tetapi aku tak mampu berbuat apa-apa.

Atas desakan mak dan ayah, aku terpaksa membuang anak ini dari hidupku hanya kerana kedua-dua orang tuaku tidak mahu menanggung malu membela anak tidak sah taraf ini.

Ya, bayi ini adalah anak yang pernah aku kandungkan selama sembilan bulan sepuluh hari . Anak yang lahir akibat daripada perbuatan terkutuk aku dan ayahnya yang hilang entah ke mana.

Aku terlalu lalai dalam menikmati keseronokan duniawi hingga terlupa akan dosa dan pahala. Mak dan ayah yang bekerja sebagai ahli perniagaan sering kali sibuk hingga mengabaikan diriku. Aku mula rasa kesunyian memandangkan aku tiada sesiapa lagi selain diriku sendiri dan orang gaji yang sudah memasuki usia lewat 50-an, Mak Yam.

Pada tahun kedua di universiti, aku berkenalan dengan seorang pelajar lelaki dari tahun akhir yang bernama Kamal. Kamal selalu membuatkan aku berasa tenang dan aku pula, terus melupakan masalah aku dan ibu bapaku.

Kamal itu, Kamal ini. Segala-galanya ada  Kamal. Pernah juga sesekali, rakan-rakan sekuliah memberi pesanan agar tidak terlalu mengikut jejak langkah Kamal yang suka bersosial. Tapi satu pun nasihat mereka tidak aku endahkan. Lagi pula, kami tidak pernah mengabaikan pelajaran walaupun bebas bergaul di luar.

Semua perbuatan aku akhirnya memakan diri apabila Kamal telah memperkosa aku pada satu hari itu. Aku dipukul semahunya kerana menolak perbuatannya lalu terkulai layu tak mampu menepis perbuatan Kamal. Selesai Kamal dengan perbuatan terkutuknya, aku ditinggalkan berseorangan.

Selepas dua bulan kejadian tersebut berlaku, perkara yang paling aku takuti berlaku. Aku mulaa berasa mual dan kerap muntah-muntah. Hinggalah pada suatu hari, aku dijumpai tidak menyedarkan diri di ruang tamu rumahku. Mak dan ayah membawa aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor mengesahkan aku hamil.

Pulang dari klinik, mak dan ayah memarahi aku sepuas hati. Pipiku ditampar ayah sekuatnya hingga terduduk aku di atas lantai.

"Lepas aje kau beranak, kau buang anak tu. Aku tak nak tengok budak tu dalam rumah aku. Kalau kau tak buang dia, kau yang keluar dari rumah aku!" jerkah ayah.

Sekarang, aku berada di hadapan sebuah rumah.  Ayah menyuruh aku agar meninggalkan anak ini di luar rumah ini. Hari masih subuh, tiada siapa yang akan nampak apa yang aku akan lakukan.

"Anak ibu, ibu doakan agar anak ibu bahagia hingga ke akhir hayat. Maafkan ibu sebab tak dapat membesarkan anak ibu. Tolong jangan cari ibu lagi, ibu berdosa,sayang," rintih aku di hadapan anak ini.

Sejak daripada itu, bermulalah kisah seorang Safa. Semoga Safa menjadi seorang wanita yang bersih, suci sesuai dengan maksud namanya.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now