40

1K 20 0
                                    

"Nasi lemak kamu makin lama makin tak laku. Bawalah balik. Lepas ni jangan hantar lagi. Rugi dekat aku aje. Kalau tak letak nasi lemak ni, aku boleh jual benda lain tahu tak?"

Mak Siah, peniaga kuih-muih di tepi jalan tempat aku menumpangkan nasi lemak aku untuk dijual sudah tidak mahu lagi menjualkan nasi lemak ini. Alasannya, nasi lemak itu tidak laku.

Memang benar, pulangan yang aku dapat setiap hari hasil daripada menjual nasi lemak semakin lama semakin berkurang.

Aku buntu. Satu-satunya sumber pendapatan yang aku ada sudah hilang begitu sahaja. Di mana lagi tempat yang aku ada untuk mencari pendapatan?

Dengan keadaan aku begini, sudah tentu tiada tempat yang mahu menerima aku bekerja. Orang sakit macam aku ni hanya menyusahkan.

"Eh, kau dengar tak ni? Termenung pula. Bawa balik nasi busuk kau ni!" jerit Mak Siah. Nasi lemak yang elok tersusun di dalam bakul dia tolak hingga terjatuh atas rumput.

Aku hanya menelan air liur melihat tingkahnya. Mahu melawan, sungguh tidak larat.

Aku mengangguk lalu mengutip nasi yang tumpah tadi. Mahu mengemas agar tiada sampah berterabur di sekitar tempat Mak Siah mahu berniaga.

"Safa, Safa buat apa ni?" tanya Adam yang muncul entah dari mana. Aku menoleh ke arahnya seketika.

Aku hanya mendiamkan diri dan terus mengemas nasi tadi. Saat bahuku dipegang kemas oleh Adam, aku kembali menoleh ke arah dia.

"Safa, abang tanya ni. Safa buat apa?" tanya Adam sekali lagi.

"Saya tengah...," belum sempat aku mahu menjawab soalan Adam, Mak Siah terlebih dahulu bersuara.

"Kau ni pula siapa? Jantan simpanan janda ni? Dasar perempuan kotor! Patutlah nasi lemak aku tak laku. Kau memang bawa bala! Hah, kau ni tak tahu ke janda ni anak haram? Dia bawa bala aje dalam kampung ni. Tak tahu malu berdampingan dengan lelaki. Bukannya orang kampung tak tahu kau ni dah banyak kali keluar masuk rumah janda ni!" kata Mak Siah.

Sesak dada aku mendengar hinaan Mak Siah. Perlukah dia menghina aku sampai begitu sekali. Tubir mata terasa hangat saat ini.

"Mak cik jangan tuduh sebarangan. Safa ni isteri saya!" balas Adam pada Mak Siah.

Tubuhku terus ditarik lalu aku ditolak perlahan agar masuk ke dalam kereta. Aku hanya menurut kerana terlalu lelah dengan semua ini.

"Kenapa Safa sanggup kotorkan tangan Safa macam tu sekali? Abang ada, abang boleh bagi Safa duit!" kata Adam dengan suara yang meninggi.

Tisu di atas dashboard dikeluarkan lalu tanganku yang kotor dilapnya. Aku menatap wajah Adam.

Perkara yang paling aku kesalkan sekali, sejauh mana pun aku pergi, aku tetap mencintai Adam. Sedalam mana pun luka yang pernah dia tinggalkan dalam hati aku, aku tetap sayang pada Adam.

"Abang minta maaf, Safa. Semua ni salah abang. Kalau abang tak suruh Safa dengan Hana keluar dari rumah kita, isteri dan anak abang tak akan hidup susah macam ni," kata Adam.

Sayang seribu sayang, semuanya dah terlambat, abang. Kalau boleh diputarkan masa, Safa tak nak muncul sekali pun dalam hidup abang.

"Kita pergi ambil Hana dekat tadika ya. Hari ni, kita makan dekat luar. Lepas tu, kita cari keperluan Safa, Hana dengan baby," ujarnya. Aku menggeleng.

"Tak perlu, kita ambil Hana je," aku berkata lemah. Kepalaku terasa sangat sakit sehingga penglihatanku sedikit kabur. Kaki kanan aku juga sakit yang tak mampu aku jelaskan.

"Okay, kita ambil Hana je. Nanti drive-thru mana-mana restaurant,"

Sebelah pipi yang terasa seperti dikucup membuat aku terjaga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebelah pipi yang terasa seperti dikucup membuat aku terjaga. Hana sedang ketawa terkikih-kikih melihat aku yang seakan mamai.

Aku tertidur dalam kereta? Adam tidak mengejutkan aku. Dia juga tidak berada dalam kereta ini.

"Babah mana?" soalku pada Hana.

"Babah beli makanan,"

Aku sekadar mengangguk. Mungkin Adam nampak wajahku yang lesu. Jadi dia hanya membungkuskan makanan.

Separuh dari hatiku sangat yakin Adam sudah berubah kepada Adam yang dulu. Yang membuat aku merasa disayangi dan melayan aku dengan penuh kelembutan.

Separuh lagi hatiku tidak yakin untuk meluahkan cinta aku padanya. Aku takut jika semua ini hanya penipuan Adam.

Mendengarkan kata-katanya malam semalam, aku tidak tahu bagaimana untuk bereaksi. Aku sungguh berharap yang Adam ikhlas dengan kata-katanya.

Bunyi pintu kereta di buka mengalihkan pandanganku. Ada banyak bungkusan makanan di tangan Adam.

Adam tersengih melihat aku yang jelas terpinga melihat makanan yang banyak. Yang nak makan hanya tiga orang, tapi makanannya macam nak bagi sepuluh orang makan.

"Umi, walid dengan Kak Auni nak sampai," ujar Adam.

"Dorang nak datang?" tanya aku kembali. Adam mengangguk.

"Dorang semua rindu dengan Safa dan Hana. Nak bawa ke KL macam tak boleh sebab Safa dah sarat. Bahaya kalau abang drive laju. Jadi umi, walid dengan Kak Auni datang sini tiga hari dua malam," kata Adam.

Tiga hari dua malam bukan masa yang kejap. Rumahku sangat kecil. Mereka mahu tidur di mana?

"Bab tidur semua jangan risau, dorang sewa homestay area situ juga," kata Adam kembali. Mungkin dia memahami keresahan aku.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now