Urusan rumah kebanyakkannya sudah siap dengan bantuan Kak Nor. Tidak banyak yang aku sediakan, cuma yang penting untuk digunakan buat sementara ni.
"Hana, mulai hari ni ibu akan ambil Hana dekat tadika lambat sikit tau. Ibu kerja, tak boleh ambil Hana macam dulu. Nanti acik Nor ambil Hana dan Hana tinggal dngan dia sampai ibu balik kerja ya," pesan aku pada Hana.
Hana yang sedang bersarapan mengangguk kepala. Mujur saja Kak Nor memberitahu yang dia mengasuh kanak-kanak. Aku pula mengambil peluang itu untuk mencari pengasuh buat Hana sementara aku di tempat kerja.
Aku melihat telefon. Sejak dua hari lepas, umi, walid dan Kak Auni tak berhenti menghubungi aku. Namun, satu pun panggilan mereka aku tidak jawab.
Untuk apa lagi aku berhubung dengan mereka? Cukuplah dengan keadaan selama aku bersama mereka. Keluarga itu tidak pernah bahagia, terutamanya Adam.
Mungkin dengan pemergian aku, Adam akan bersatu dengan wanita yang paling dicintai dan tak akan lagi bertengkar dengan umi dan walid seperti bersama aku dahulu.
Pada umi, walid dan Kak Auni, aku sangat berterima lasih kepada mereka. Mereka sangat berjasa pada aku dan Hana. Jasa besar mereka tak mampu aku balas.
Selesai Hana bersarapan, aku dan Hana keluar dari rumah. Pintu aku kunci.
Kami berjalan kaki ke tadika Hana. Syukurlah jarak perjalanan antara rumah, tempat kerja aku dan tadika Hana tidak jauh.
Sampai ke tadika, Hana melambai pada aku. Aku membalasnya dengan senyuman.
Sekarang, aku perlu pergi ke tempat kerja aku pula.
Di tempat kerja, aku diperkenalkan dengan pekerja-pekerja yang akan bertugas bersama aku.
Kebanyakan mereka sudah berusia, tetapi terap meneruskan pekerjaan demi sesuap nasi.
Jadual bertugas juga diberi. Untuk hari ini, aku akan bertugas membersihkan tandas dari tingkat satu hingga tingkat 4.
Sedang aku membersihkan tandas yang terakhir, tekak terasa mual. Aku terus masuk ke dalam tandas lalu memuntahkan isi perut.
Aku kemudiannya berkumur dan melihat cermin di luar tandas. Wajah aku sangat pucat. Aku asyik muntah saja sejak dua minggu lepas.
Mungkin kesan daripada rawatan kemoterapi yang aku jalani. Ya, betul. Aku menyedapkan hati walaupun ada perkara lain yang mengganggu aku.
Alat ujian kehamilan aku lihat. Ada dua garisan pada alat tersebut. Terduduk aku di atas katil.
Apa yang aku sedang takutkan darinsiang tadi sudah terjadi. Aku sedang hamil. Wajah aku raup. Tubuhku menggigil memikirkan situasi ini.
Bukan aku tidak mahu menerima anak ini. Sudah tentu aku mahu menjaganya. Tapi sudah tentu aku perlu menghentikan rawatan kemoterapi sepanjang kehamilan.
Malah, doktor sendiri berkata yang sel kanser aku merebak secara aktif. Dan jika aku menghentikan rawatan pula...
Ya Allah, adakah ini ujian sebenar untukku?
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomantizmDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...