12

604 10 0
                                    

Sejak kami berkahwin, Abang Adam telah membawa aku pindah ke rumahnya. Umi dan Walid melarang dia membawa aku berpindah kerana risau melihat cara layanannya padaku.

Tapi, Abang Adam lebih bijak memberi helah. Katanya, aku dan dua memerlukan ruang supaya masing-masing boleh berdamai untuk jadi seperti pasangan suami isteri yang lain.

Hakikatnya, tiada siapa yang tahu kejadian sebenar di rumah ini. Abang Adam jarang sekali balik. Makanan yang aku masak juga tidak dijamah. Esoknya sudah basi, lalu dibuang begitu sahaja.

Aku pula tidak dibenarkan sama sekali memasuki biliknya. Dia menyuruh aku tidur di bilik tetamu.

Minggu lepas, aku juga dah hantar surat berhenti kerja kepada majikan. Itu pun atas desakan Abang Adam kerana dia malu dengan aku yang cuma bekerja di kilang. Dia risau kalau ada rakan sekerja yang terjumpa aku di luar. Abang Adam dah berubah sepenuhnya.

Dua tiga hari ini, badan aku terasa tak sedap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dua tiga hari ini, badan aku terasa tak sedap. Aku mengalami sakit kepala yang tak terkawal. Dah makan ubat pun, masih tak hilang sakitnya.

Ting!
Ting!

Siapa pula yang datang ni? Aku bangun dengan lemah sekali berjalan ke pintu rumah.

Saat aku buka pintu, terpampang wajah Umi dan anak sulungnya, Kak Amni. Aku tersenyum lalu menyalam tangan mereka.

"Masuklah umi, Kak Amni. Abang Adam bekum balik kerja lagi. Safa baru habis masak, kejap lagi Abang Adam balik, kita boleh makan sama-sama,"

"Umu datang sebab rasa tak sedap hati. Kebetulan Kak Amni kamu baru sampai dari Perlis hari ni, umi ajak dia temankan umi datang sini. Kamu sihat tak ni, Safa? Pucat sangat umi tengok," tanya umi.

Kata-kata umi seperti kosong sahaja. Aku merebahkan diri sebelum mata ini terpejam rapat.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now