6 tahun kemudian...
Adam dan Yusuf duduk di antara pusara Hana dan Safa. Kedua-dua wanita kesayangannya.
"Babah, Kak Hana mesti celonok main dekat cuga kan?(Babah, Kak Hana mesti seronok main dekat syurga kan?)" tanya Yusuf sambil memeluk Adam erat.
"Ya, Yusuf. Ibu pun. Ibu dan Kak Hana orang yang baik. Orang yang baik, tempat dia di syurga,"
"Cop pun nak macuk cuga. Babah, Cop indu dengan ibu dengan kakak...(Yusuf pun nak masuk syurga. Babah, Yusuf rindu dengan ibu dengan kakak...)" luah anak kecil itu. Membesar tanpa ibu, bukan mudah. Hanya mampu melihat gambar dan mendengar nama sahaja.
"Babah pun rindu juga. Kan babah pesan, kalau rindu nak buat apa?" soal Adam sambil tersenyum. Mahu menguji anak ini masih lagi ingat pesanannya atau tidak.
"Baca Al-Fatihah!" jawab Yusuf.
Mereka menadah tangan. Surah Al-Fatihah dibaca. Mahu disedekahkan kepada Safa dan juga Hana.
Seusai itu, kedua-dua batu nisan itu disuap.
"Babah sayangkan Hana..."
"Abang cintakan Safa...,"
"Cop pun cayang dua-dua jugak," celah Yusuf.
Adam kini lebih tenang. Dia banyak mendekatkan diri dengan Islam. Kelahiran Yusuf menguatkan dirinya. Sedikit sebanyak merawat kesedihan di hatinya.
Semennjak pemergian Safa dan Hana, Adam fokus membesarkan Yusuf. Yusuf akhirnya bebas dari sebarang komplikasi sejak lahir. Anaknya yang banyak keletah ini menjadi penghibur dirinya.
Setelah bertahun dia berusaha, Adam akhirnya berjumpa dengan ibu kandung Hana. Seorang wanita yang bekerjaya. Telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli korporat dan mempunyai tiga orang anak.
Adam sendiri telah bertindak menghubungi wanita itu dan menceritakan semuanya tentang Safa. Selebihnya, dia menyerahkan kepada wanita itu sendiri.
Dan, cintanya hanya pada Safa. Hingga ke akhirn nafasnya. Tak akan terganti walaupun hadir yang lain.
TAMAT
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...