48

1.2K 18 0
                                    

5 hari kemudian...

"Safa, abang ada beli jersi Manchester untuk adik. Nanti, bila adik dah besar sikit,  Safa pakaikan untuk adik ya," kata Adam ceria pada tubuh Safa yang sedang berbaring di katil wad.

Keadaan Safa tidak menunjukkan sebarabg perkembangan pun sejak lima hari lepas. Hari ini, doktor memasangkan alat bantuan pernafasan. Safa sudah tidak mampu bernafas sendiri.

Sejak semalam, Safa tidak menyedarkan diri. Kadar fungsi otak juga semakin rendah. Doktor ada berpesan agar bersedia dengan segala kemungkinan. Adam pula tetap bersabar menanti agar Safa kembali sembuh.

Bayi pra-matang yang dilahirkan minggu lepas juga tidak berada dalam keadaan stabil. Komplikasi jantung berlubang.

"Sayang, abang lupa nak bagitahu. Anak kita anak lelaki tau. Abang bagi nama Muhaimin Yusuf,"

"Anak kita tak sihat, sayang. Doktor kata, adik ada jantung berlubang," luah Adam.

"Safa bangun cepat, sayang. Mana tahu, kalau Safa ada dengan adik, adik akan sihat," kata Adam lagi.

"Abang...,"

"Safa cintakan abang...,"

Bip

Bip

Bip

Bunyi mesin ECG yang kuat dan berterusan bergema di dalam wad itu. Dada Safa berombak laju.

"Doktor! Tolong isteri saya doktor!" Adam menjerit di pintu bilik meminta bantuan.

Beberapa orang doktor dan jururawat bergegas ke dalam wad yang menempatkan Safa. Adam menunggu dengan resah diluar wad.

"Ya Allah, selamatkanlah isteriku, Ya Allah," Adam berdoa.

"Doktor, isteri saya macam mana?" tanya Adam pada doktor yang baru sahaja keluar dari wad Safa.

Doktor itu menggeleng.

Safa... Kenapa Safa tinggalkan abang? Abang dah janji untuk berubah demi Safa dan anak kita. Kenapa, Safa?

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now