Memandangkan hari ini adalah hujung minggu dan hari Ahad, Adam membuat keputusan untuk pulang ke rumah umi dan walidnya bersama-sama Yusuf. Awalnya, dia hanya mahu berehat di rumah. Tapi, bila Yusuf beria-ria memujuknya dengan alasan bosan duduk di rumah, Adam ikutkan saja kehendak Yusuf.
Dia tidak pulang dengan tangan kosong. Diari Safa dibawa sekali. Dia dan Yusuf akan bermalam di di sini malam ini.
"Assalamualaikum, nenek!" ucap Yusuf ceria. Tubuh neneknya dipeluk erat. Rindu sangatlah tu!
"Waalaikumussalam, Yusuf. Laju je cari nenek. Rindu sangat ke?" Adam melihat umi yang mengusik Yusuf.
"Rindulah, nenek. Duduk rumah bosan. Babah asyik kerja je. Yusuf tak ada kawan," luah Yusuf dengan wajah yang muram. Adam yang memerhati daribtadi sudah ternganga.
"Ooo, mengadu dengan nenek pula. Kesian, babah tau," kata Adam. Yusuf yang serba salah terus mendekati Adam lalu memeluk erat bapanya itu.
"Amboi, tak nak jumpa atok ke?" soal walid yang baru muncul di ruang tamu.
"Hehehe, atok!" Yusuf memang peramah. Salah satu sikap Safa yang diwarisi Yusuf. Peramah dan tidak kekok dengan orang tua.
"Atok, babah, hari ni kita pergi fishing boleh? Yusuf teringin," kata Yusuf dengan mata yang membulat. Walid yang masih merangkul Yusuf cuma mengangguk pada Adam. Kasihan juga bila tengok Yusuf.
Cucunya itu selalu bersendirian. Adam sibuk bekerja. Pagi, anak itu dihantar ke tadika sehingga tengah hari. Jam 1 petang, Adam akan menghantar Yusuf ke taska. Itulah rutin harian si kecil Yusuf.
"Okay, boleh. Tapi, malam ni mesti kena habiskan story book yang babah belikan bulan lepas. Janji?" Yusuf mengangguk teruja.
Lampu di siling dimatikan sebelum Adam dudul bersandar di kepala katil dan menghidupkan suis lampu tidur. Diari milik Safa dicapai. Dia tidak boleh menghentikan pembacaannya. Adam mahu mengetahui isi hati Safa. Baik suka mahupun duka.
29 Januari 2018
Abang Adam mesti dah benci aku sangat-sangat. Kak Laila pun sama. Aku berani bersumpah dengan nama Tuhan yang aku tak pernah perangkap Abang Adam.
Kak Laila yang suruh aku hantar baju abang Adam ke pejabat dia. Aku cuma menurutkan saja. Aku tak sangka yang malam itu bertukar kepada episod hitam dalam hidup aku.
Semua orang menyalahkan aku seolah-olah aku perempuan gagal yang menggunakan cara kotor untuk mendapatkan lelaki. Tapi aku bukan macam tu. Jadi, apa pula nasib aku? Aku juga mangsa. Aku dirogol. Satu-satunya maruah yang ada telah dipijak.
Sebabkan asal usul aku, semua orang layan aku macam ni. Memang aku anak luar nikah, tapi aku tak pernah terfikir untuk berzina.
Adam menelan air liur yang terasa kesat di tekak sendiri. Melihatkan helaian yang sedikit ronyok, menambahkan rasa bersalah. Dia membayangkan Safa yang menangis dan menahan rasa di dada gara-gara tuduhan yang dia lemparkan pada Safa dulu.
31 Januari 2018
Aku dinikahkan dengan Abang Adam siang tadi. Abang Adam sedikit pun tidak memandang aku. Malah, dia juga berjanji untuk membuat hidup aku menderita.
Satu yang tak pernah orang lain tahu melainkan aku, hidup aku sebelum disatukan dengan suamiku itu sendiri sudah cukup menderita.
Abang Adam hanya datang sekarang untuk menambahkan lagi luka. Bodoh sekali, aku tetap cintakan dia walau apa pun yang berlaku.
4 Mac 2018
Aku disahkan hamil. Satu-satunya perkara yang aku takutkan adalah hamil. Kalau aku hamil, bermakna anak ini adalah hasil daripada kejadian aku dirogol.
Abang Adam tak terima anak ini. Aku tak sanggup untuk biarkan anak aku lahir sama dengan cara kelahiranku. Anak tak sah taraf. Anak haram. Gelaran yang akan membunuh hati anak aku, dan juga aku sebagai si ibu.
Adam teringatkan Hana. Belum sempat dia mencurahkan kasih sayangnya pada Hana, anak itu sudah pergi meninggalkannya. Anak yang dia pernah benci sedalam-dalamnya. Yang pernah dia doakan agar mati. Hakikatnya, anak itu punya darah dia secara biologinya.
9 November 2018
Aku selamat melahirkan Hana. Cahaya mataku yang pertama.
Hana Afiyyah binti Abdullah.
Nama yang aku pilih untuk zuriatku ini. Wajahnya sangat seiras dengan Abang Adam. Abang, hati abang akan luluh tak bila tengok anak kita ni?
Safa harap sangat yang abang sanggup terima Hana walaupun abang masih benci pada Safa. Hana tak bersalah. Anak tu tak tahu apa-apa pun.
10 Oktober 2019
Anak aku disahkan mengalami masalah bisu. Aku fikir, Hana masih bayi dan suaranya memang perlahan. Rupanya, anak aku tidak dilahirkan sempurna seperti bayi yang lain.
Abang Adam semakin benci pada Hana. Dia semakin tidak menerima kehadiran Hana yang disahkan bisu.
Hana, jangan sedih ya. Ibu tetap sayangkan Hana. Ibu akan lindungi Hana dengan nyawa ibu sendiri. Ibu janji, tak ada sesiapa akan sakiti Hana selagi ibu hidup.
Adam teringat dengan jelas saat dia mencaci Hana dan Safa usai saja mereka pulang dari klinik untuk pemeriksaan bulanan Hana. Betapa panasnya hati dia dirasuk amarah melihatkan Hana yang baru saja disahkan bisu menangis teresak-esak dihadapannya dengan esakan yang halus.
Tidak cukup dengan itu, dia melepaskan kemarahannya pada Safa dan Hana dihadapan walid dan umi. Berang gara-gara Safa masih mempertahankan si kecil yang dia panggil cacat.
"Aku berdosa besar...,"
Diari tebal itu ditutup lalu diletakkan di meja lampu. Adam meraup wajahnya perlahan. Dia sudah tidak sanggup lagi mahu meneruskan bacaannya. Cukuplah untuk hari ini.
Bagaimana Safa begitu kuat menanggung derita hidup bersama lelaki yang tak guna seperti dia dulu? Sedangkan dia, baru baca diari Safa sedikit sahaja pun tak tertanggung rasa sakitnya.
"Hah, Adam. Kamu tak pergi kerja ke hari ni?" soal umi sewaktu Adam tiba di meja makan.
"Babah tak kerja ke?" soal Yusuf yang sudah siap berpakaian untuk ke sekolah. Adam menggeleng.
"Babah cuti hari ni. Yusuf makanlah. Babah hantar pergi sekolah," kata Adam lalu mengusap kepala Yusuf.
Yusuf menyambung makan. Riak wajahnya sentiasa ceria seperti selalu. Sama seperti Safa. Safa sentiasa ceria apabila dengannya. Gelagat Safa yang lincah sangat comel di matanya. Melihatkan Yusuf, sama seperti melihat Safa di depan mata.
Hana pula, lebih mengikut sikapnya yang pendiam. Bercakap bila perlu saja. Itupun dengan orang yang dia selesa. Hana lebih banyak meluangkan masa membaca, sama seperti dia.
"Kenapa tiba-tiba cuti hari ni, Adam? soal walid yang mula menyuap nasi goreng. Bukankah Adam gila bekerja?
"Saja, walid. Kerja Adam pun dah siap. Adam rasa nak berehat dekat rumah hari ni. Lama tak spend time dengan Yusuf," jawab Adam. Walid cuma mengangguk.
"Baguslah tu, Adam. Umi kesian tengok Yusuf ni. Sunyi aje. Nak main dengan anak-anak Auni, kakak kamu tu duduk jauh pula. Nak main dengan kami, dia bosan pula. Kamu aje yang dia ada untuk bermain," ujar umi. Adam menguntum senyuman tipis lalu memandang wajah Yusuf yang sedang berselera menjamu selera.
"Kalau Kak Hana ada, mesti seronokkan, babah?" soal Yusuf muram. Dia tidak pernah berjumpa dengan Hana melainkan melihat wajah comel kanak-kanak wanita itu di dalam gambar. Itu pun sudah cukup buat dia rindu pada kakaknya itu.
Adam, umi dan walid sudah memandang sesam sendiri. Tidak tahu apa nak dijawab pada Yusuf.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomansaDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...