Hari ini, cukup lapan bulan aku hamil. Aku akan pergi ke klinik untuk melakukan pemeriksaan bulanan. Umi akan menemaniku setiap kali aku akan menjalani pemeriksaan.
Abang Adam sudah pasti tidak akan menemaniku. Dia sendiri pernah cakap pada Umi dan Walid yang dia tak boleh terima aku dan anak ini. Malah, dia anak ini juga akan lahir tanpa berbin atau berbintikan namanya. Dia hanya akan memberi duit kepadaku untuk membesarkan anak ini. Lain-lain hal, dia tak mahu ambil tahu sikit pun.
Sepanjang kehamilanku ini, dia juga tak pernah ambil peduli. Aku sakit atau apa sekali pun, dia tak endahkan. Pernah sekali aku berasa sakit kepala yang teramat pada waktu malam. Aku meminta bantuannya untuk membawa aku ke klinik. Namun, apa yang aku terima hanyalah jerkahan darinya.
Aku juga dipaksa memuaskan kehendaknya. Apabila selesai, dia akan memberi aku duit sebagai upah melayan dia.
“Baby dan ibu dia sihat je. Puan nak tengok jantina baby?”
“Boleh tengok dah ke?”
“Boleh, puan. Wah, lepas ni puan ada teman memasak dekat rumah,”
“Baby girl ke doctor?”
“Ya, puan,”
Aku keluar dari bilik pemeriksaan itu dengan senyuman melebar.
“Doktor cakap apa Safa?”
“Anak Safa baby girl, umi!”
“Alhamdulillah, syukur. Jom ikut umi, umi nak belanja cucu umi baju,”
Baju yang umi belikan siang tadi aku kemas. Comel sangat baju baby ni semuanya. Banyak umi beli. Bukannya aku tak beli langsung, tapi umi terlalu teruja dengan kelahiran baby ni.
Baju ni semua aku dah siap basuh. Tinggal mahu lipat saja. Haruman dari baju-baju itu aku hidu. Rasa tenang sekali.
Aku teringatkan Abang Adam. Abang Adam pernah kata yang dia sangat suka dengan baby girl. Kalau boleh, dia mahu anaknya semua perempuan.
Tapi itu semua kisah lalu. Sekarang, dia takkan kisah dengan anak yang aku kandungkan ini walaupun ia anak perempuan. Perutku yang besar aku usap.
“Ibu doakan anak ibu lahir dengan sihat. Ibu akan jaga anak ibu sebaik mungkin sayang. Ibu tak mampu mewahkan anak ibu dengan harta tapi ibu janjikan kasih sayang ibu sampai ibu mati,”ucapku pada anak ini.
Anak ini menendang perutku. Aku tertawa perlahan. Mesti dia dengar apa yang aku cakap tadi.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomantizmDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...