1

846 26 0
                                    

"Safa, mana baju Ikmal? Dia nak pergi sekolah ni. Kau tak gosok baju dia ke?" soal ibu.

Alamak, mati la. Aku penat balik kerja ni, shift malam pula. Subuh tadi baru balik rumah. Tak teringat kena gosok baju Ikram, adik angkat aku.

"Maaf, ibu. Safa baru balik kerja. Safa terlupa nak gosok baju Ikram. Safa buat sekarang ye," jawab aku kepada ibu.

Ibu menjeling aku. Aku tahu itu tandanya ibu marah. Lebih baik aku pergi buat apa yang patut agar kemarahan ibu tak menjadi-jadi.

Inilah rutin harian aku. Siapkan kerja rumah, pergi kerja di kilang makanan berhampiran rumah kami. Waktu kerja yang tak menentu membuatkan aku penat dan sering terlupa tentang kerja yang perlu aku siapkan di rumah.

Ibu dan ayah sudah lama berhenti bekerja sejak anak-anak mereka sudah bekerja. Kak Maira, Kak Anis dan Kak Laila masing-masing sudah bekerja ni Kuala Lumpur. Hanya tinggal Ikran yang masih bersekolah di Tingkatan 3.

Aku? Aku hanya mampu melanjutkan pelajaran sehingga Tingkatan 6. Sewaktu aku teruja untuk melanjutkan pelajaran demi menggenggam segulung ijazah, ayah ditimpa strok dan tidak berupaya seperti biasa. Ibu pula terpaksa berhenti kerja kerana tiada siapa boleh menjaga ayah memandangkan pada waktu itu, anak-anak mereka ada yang sudah bekerja dan ada juga yang masih belajar.

Ibu melarang aku melanjutkan pelajaran kerana sudah tentu akan memakan kos yang besar. Aku kecewa, tetapi mengenangkan jasa ibu dan ayah, aku terima.

"Nasib kau la Safa, ayah kau tu sibuk nak kutip kau dulu. Aku dah cakap kat dia, hantar pergi rumah anak yatim ke apa..Dia nak juga bela kau. Sekarang, kau tak nak balas jasa kami?" ibu mula menyoal.

Aku tak mampu menolak kata-kata ibu. 25 tahun yang lalu, ibu dan ayah menjumpai aku di luar rumah. Aku ditinggalkan bersama sebuah beg. Ibu tak mahu menjaga aku, tetapinayah berkeras mahu menjaga aku. Dalam rumah ini pun, hanya ayah dan Kak Laila yang melayan aku dengan baik.

Jam di dinding menunjukkan pukul 6.30 pagi. Aku menyudahkan gosokan di baju sekolah Ikram lalu menggantungkan baju tersebut di hadapan pintu bilik Ikram.

Ada banyak lagi kerja kat rumah nak kena siapkan ni. Redah je la, Safa.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now