Aku berkira-kira duit yang ada di hadapan pekerja kedai telefon ini. Zaman sekarang, bukan semua benda murah. Lagi-lagi nak beli sebuah telefon pintar. Kalau aku keluarkan duit beli telefon untuk Ikram, sudah tentu simpanan yang ada akan berkurang.
Tapi kalau tak beli, ibu akan marah. Nak tak nak, kena belikan juga. Sejumlah duit bernilai RM 1000 aku hulurkan kepada pekerja itu. Beg kertas berisikan kotak telefon diserahkan kepadaku.
Keluar sahaja dari kedai tersebut, aku memesan Grab. Dalam menunggu Grab tiba, aku teringat akan Kak Laila. Berbaki 3 hari sahaja sebelum Kak Laila pulang.
Beberapa hari lepas, Kak Laila ada menghantar mesej kepadaku. Dalam mesej itu, dia cakap akam ada berita gembira yang dia akan umumkan kepada semua. Aku tertanya-tanya apa berita gembira itu. Cara Kak Laila macam orang nak kahwin pun ada.
Dan kalau betul Kak Laila bakal berkahwin, aku tumpang gembira untuknya. Lagipun Kak Laila akan memasuki usia 30 tahun beberapa tahun sahaja lagi.
Selepas itu, ingatanku menjengah tentang Abang Adam. Kali terakhir kami berjumpa sewaktu dia mahu menyerahkan jersi Manchester kepadaku beberapa hari lepas. Sewaktu kami berbual, Abang Adam juga memberitahu bahawa akan ada berita gembira buat seluruh keluarga kami.
Eh, jangan cakap Abang Adam pun nak kahwin. Selama 25 tahun ini, aku sedar bahawa aku amat mencintai Abang Adam. Aku yakin aku tak terperangkap dengan layanan dan belas Abang Adam tetapi cinta yang datang sendiri. Tapi kalau dia tak berjodoh dengan aku, mampukah aku terima?
Aku harap aku bersedia dengan takdir yang Tuhan tetapkan.
Hey guys, korang berminat ke dengan cerita ni? Saya baru nak berkecimpung menulis cerita kat wattpad, so takut boring. If korang berminat untuk next chapter, pls say yes:)
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...