33

834 12 0
                                    

"Dengan ini, mahkamah memutuskan untuk tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan gantung sampai mati,"

Umi dan walid kelihatan pasrah dengan keputusan yang telah dibuat mahkamah. Tidak menolak. Yang salah, tetap salah dna perlu dihukum setimpalnya.

Sungguh, dia rasa penat beberapa hari ini. Dengan urusan di pejabat yang semakin bertambah, naik turun mahkamah untuk hal kerja dan juga urusan Riyadh yang bermula sejak empat bulan yang lalu.

Sedar atau tidak, sudah genap empat bulan sejak peristiwa kebenaran itu terbongkar. Sejak daripada itu juga, dia tidak berhenti menjejak Safa dan anak mereka.

Pencariannya akhirnya berjaya. Pagi tadi sewakth keluar dari mahkamah, dia yang berjalan keluar dahulu sebelum umj dan walid menerima panggilan daripada penyiasat persendirian yang diupahnya.

Safa dan Hana dilaporkan sedang berada jauh di Johor Bharu. Adam masih belum melaporkan hal ini pada umi dan walid.

Dia malu dengan diri sendiri. Sikap bongkak dan zalim akhirnya memakan dirinya sendiri.

Dia merebahkan diri atas sofa di ruang tamu. Sebelah tangan dilipat lalu diletakkan ke atas dahi. Mata dip inejam untuk merehatkan diri.

 Mata dip inejam untuk merehatkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Babah, tolong Hana. Hana sakit!" jerit si kecil itu.

Mereka kini di sebuah taman yang hijau dan sangat menenangkan. Namun tidak pada situasinya.

Safa hanya melihat dan menangis teresak-esak. Dia seolah tidak berdaya untuk berbuat apa-apa.

"Babah, babah tak sayang ibu dengan Hana ke? Sini, tolong kami," panggil Hana lagi.

Dan dia, masih sama lagi seperti tadi. Serupa orang bodoh saja. Terkejut melihat Hana yang berlumuran darah di seluruh badan. Kanak-kanak itu seperti cedera teruk, tapi tidak tahu puncanya.

"Hana...," panggilnya yang baru sekarang mahu membuka mulut.

Dia bingkas bangun mahu menolong Hana dan Safa.

Safa juga berdiri lalu mengatur langkah laju ke arah Hana. Tangan anak itu dicapainya.

"Babah tak sayang kita, ibu," ujar anak itu sambil mengelap wajah yang basah dengan air mata.

Safa yang senyap dari tadi terus membelakanginya dan mula berjalan.

"Jangan tinggalkan abang, Safa. Hana, sini dekat babah," jerit dia memanggil mereka berdua yang sudah meninggalkannya.

"Jangan pergi!"

"Jangan!"

"Jangan pergi!"

"Adam, bangunlah!" bahunya digoncang kuat.

"Adam, bangun. Dah maghrib ni!" kali ni, pipinya ditampar sedikit kuat.

Matanya terpisat-pisat mahu dibuka.

Dia memandang ke hadapan. Ada Kak Auni dan umi.

"Umi dengan along bila sampai?"soalnya.

"Baru aje. Pintu rumah kamu tak berkunci, kami masuklah. Kamu tidur maghrib sampai mengigau. Mimpi apa yang teruk sangat sampai menangis bagai ni?" tanya umi.

"Adam mimpi Safa dan Hana, umi,"jawab dia.

Kak Auni dan umi saling berpandangan sebelum umi melepaskan keluhan.

"Orang yang kamu upah tu, masih belum berjaya jumpa mereka berdua ke?" tanya umi.

"Dah jumpa umi. Baru pagi tadi dia call. Safa dengan Hana ada di Johor Bharu,"

"Jauhnya. Jadi bila Adam nak jumpa dorang?"tanya Kak Auni pula.

"Adam ingat nak ambil cuti minggu depan untuk ke sana. Minggu ni ada tiga kerja penting yang Adam kena habiskan. Boleh tak kalau Adam nak minta walid uruskan firma kita sementara Adam cuti?"

"Insya Allah boleh Adam. Nanti umi cakapkan pada walid. Kami tak kisah nak bantu apa pun, yang penting kamu bawa Safa dan Hana balik ke sini semula, mulakan hidup baru," ujar umi.

Adam mengangguk. Mujur saja umi dan walid tidak mahu membesarkan hal lama kerana mereka melihat usaha Adam yang tidak putus mencari Safa dan cucu mereka.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now