"Kau sematkan dalam otak kau yang aku benci kau dan kau akan menderita sampai kau mati. Jangan aku yang bunuh kau nanti, Safa. Kau perempuan paling busuk dan buruk aku pernah jumpa. Kau anak luar nikah, kau perempuan hina!"
Dari kecil, Adam sangat menyayangi Safa. Dia tidak mempunyai adik perempuan. Safa menjadi tempat dia meluahkan kasih sayang seorang abang kepada seorang adik.
Dia berusaha melindungi Safa. Safa sering kali diejek buruk kerana sebelah wajah yang berparut besar. Kelahirannya sebagai seorang anak luar nikah menambahkan lagi hinaan orang sekeliling.
Sungguh, dia benci dengan orang yang sering menghina Safa. Dia bersumpah, dia tidak akan membiarkan sesiapa pun mencaci dan menghina Safa lagi.
Namun, peristiwa silam mengubah sayangnya kepada Safa menjadi benci yang tak tertanggung. Angkara itu, hubungannya dengan Safa berubah 360 darjah.
Adam selalu meminta agar Safa mati cepat. Dia marah. Dia benci. Fikirnya, Safa telah memerangkap dia ke dalam perkahwinan yang tak pernah dia inginkan. Sehinggakan, Laila meninggalkannya lalu bernikah dengan adik bongsunya, Riyadh.
Sesekali, ada juga dia rasa bersalah atas perbuatannya terhadap Safa. Akan tetapi, manusia yang dirasuki hasutan syaitan tetap tak akan ke mana. Dia kalah dengan kebenciannya.
Kali ini, dia bersumpah. Hingga ke akhir nafas yang ada, dia tidak akan berhenti mencintai Safa. Dia mahu menjadikan Safa sebagai satu-satunya suri di hatinya.
Dia mahu membahagiakan Safa sebagai permaisuri dalam hidupnya. Dia hanya mahukan Safa sahaja, bukan yang lain lagi.
Tubuh Safa yang sedang terbaring seakan-akan lena dibuai mimpi berselirat penuh dengan tiub dan wayar mesin. Kepala wanita itu pula penuh dengan wayar dari mesin EEG bagi mengesan serangan epilepsi.
Setelah berbulan-bulan usahanya mencari isteri dan anaknya, pemandangan ini yang disajikan kepadanya. Dia percaya pada Safa apabila Safa mengatakan bahawa tubuh yang lesu, wajah yang pucat adalah kesan daripada alahan ibu hamil.
Malah, kening yang terlalu nipis yang turut menjadi persoalannya juga menerima jawapan yang sama. Kata Safa, alahan ibu hamil berbeza-beza.
Safa sering bertudung di rumah. Begitu juga waktu tidur. Safa memberi alasan bahawa dia tidak biasa lagi dengan kehadiran Adam sebagai lelaki di rumah itu. Adam bertolak ansur mengenai hal itu kerana tidak mahu memaksa Safa agar mendedahkan rambutnya.
Ternyata kini, kepala itu botak dan kening itu nipis kerana sakit yang dialami. Angkara merawat penyakit yang dihidapi.
Tangan Safa yang kurus ibarat tulang bersalutkan kulit itu Adam genggam erat. Kekura tangan itu dikucup menghirup haruman si isteri.
Tanpa sedar, air mata turut sama mengalir. Mengenangkan kezalimannya dulu membuang isteri dan anak sendiri, sedangkan selepas itu, isterinya menannmggung sakit seorang diri dan membesarkan serta mengandungkan zuriat mereka.
Doktor menjadualkan pembedahan Safa dalam masa dua hari lagi. Hana pula masih tidak diketahui berada di mana.
Sayang, abang minta maaf...
Hingga akhir nafasmu, sayang. Abang akan mencintaimu. Hati abang hanya milik Safa. Kembali pada abang, sayang.
"Adam...,"
"Adam...," umi cuba mengejutkan Adam yang terlena di tepi katil Safa. Adam yang sudah terjaga menggosok matanya perlahan.
"Kenapa umi?" tanya Adam.
Umi dan walid saling berpandangan. Umi jelas sedang menangis.
"Adam..umi harap kamu terima dengan hati yang redha, Adam," kata umi.
"Ada apa umi, cakap dekat Adam. Apa yang dah jadi?" desak Adam.
"Adam, pihak polis call tadi. Mereka suruh kita datang untuk pengecaman mayat Hana," kata walid sambil mengusap bahu umi disebelahnya.
"Walid tipu Adam ke?" tanya Adam sambil tersengih.
Walid menggeleng dan riak Adam mula berubah. Dia menggeleng kecil. Tak mungkin...
"Adam, biar walid aje yang drive ya. Kita ke balai polis sekarang. Safa, biar umi dan Kak Auni yang jaga buat sementara," ujar walid.
Adam mengangguk kecil. Walid dan dia terus berlalu keluar dari bilik wad Safa.
"Berdasarkan hasil siasatan, kami mendapati bahawa mangsa dirogol secara bergilir-gilir sebelum keempat-empat kaki dan tangan mangsa dipotong. Terdapat kesan koyakan dan air mani di kemaluan mangsa. Sekitar dada dan perut mangsa juga ada banyak kesan dicucuh rokok selain muka yang bengkak akibat dipukul berkali-kali," jelas polis yang berada dihadapannya.
Memang benar, mayat yang baru dilihatnya sebentar tadi adalah mayat Hana. Hana sudah tiada. Anaknya itu telah meninggalkan mereka semua untuk pergi ke alam abadi.
Kenapa mesti seteruk itu pengakhiran Hana? Anak itu masih kecil dan tidak berdosa. Kenapa mesti Hana diperkalukan sebegitu?
"Jenazah akan dihantar ke hospital. Encik dan keluarga akan berurusan dengan pihak hospital nanti. Suspek juga sudah dikenalpasti dan pihak polis sedang menjejak kesemua suspek,"
Belum sempat dia meminta maaf dan meluahkan kasih sayang kepada anak itu, Hana sudah kembali kepada pencipta-Nya.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...