PANG!
Wajah aku ditampar Kak Laila sekuat hatinya. Aku menangis meratapi nasib aku sekarang. Ya Allah, kuatkanlah hamba-Mu ini, aku merayu Ya Allah.
"Tergamak kau buat aku macam ni, Safa. Aku anggap kau macam adik kandung selama ni. Tak sangka perangai kau dengan mak kau sama aje. Dua-dua pelacur," jeritnya. Ibu memeluk bahu Kak Laila untuk menenangkan anaknya.
"Safa minta maa, Kak Laila. Safa tak sedar apa yang jadi semalam. Safa tak bersalah," aku merayu pada Kak Laila.
"Jadi kau nak salahkan aku pula, Safa!?" kali ini giliran Abang Adam pula yang menjerkah aku. Aku hanya menggeleng. Tiada siapa yang akan percaya dengan apa yang aku cakap.
Malam semalam adalah episod hitam yang tak akan aku lupa sampai aku mati. Dari nak hantar baju pengantin, semuanya bertukar menjadi perbuatan terkutuk yang dosanya tak mampu aku gambarkan.
Aku mabuk malam tadi. Nafsu wanita yang tak pernah muncul secara tiba-tiba menjelma. Aku dan Abang Adam telah melakukan perkara terkutuk dalam pejabat dia malam tadi.
Aku kata pada mereka bahawa aku hanya mengikut arahan Abang Adam untuk menunggunya dalam pejabat. Abang Adam pula memarahi aku kononnya aku yang mengambil kesempatan ke atas dirinya.
"Sudah! Jangan berbalah lagi. Walid nak kamu nikah dengan Safa hujung minggu ni. Batalkan perkahwinan kamu dengan Laila. Kamu kena bertanggungjawab dengan apa yang dah jadi," aku terkedu mendengar kata-kata Pak Long.
Aku pandang Mak Long dan dia juga mengangguk perlahan kepadaku. Sekarang aku tak dapat lari lagi dari semua masalah ini. Mereka semua tak mahu aku mengandung anak luar nikah hasil daripada kejadian semalam.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...