"Abang keluar kejap ya. Safa jangan masak. Umi kata, dah sarat ni elok duduk berehat. Jangan buat kerja banyak. Abang keluar pergi bungkuskan makanan," kata Adam.
Adam menghulurkan tangannya. Aku memandangnya dengan dahi berkerut.
"Kenapa?" soalku.
"Tak nak salam abang?" tanya dia kembali.
Aku terpinga-pinga lalu tangannya dicapai dan aku mengucup kekura tangannya. Perkara yang tidak pernah aku buat sepanjang perkahwinan kami, melainkan satu-satunya saat sebelum aku keluar dari rumahnya beberapa bulan lepas.
Kepalaku yang sentiasa tersarung tudung diusap. Sudah banyak kali Adam bertanya
"Abang harap, bila kita balik KL nanti, Safa sudi tak bertudung depan abang," ujarnya kemudian melangkah keluar dari rumah.
Pintu tidak ditutup. Adam sudah terbiasa dengan adat kami di rumah ini. Pintu tidak ditutup di pagi hari untuk membiarkan udara bergerak bebas dari dalam ke ke luar rumah.
Umi, walid dan Kak Auni sudah keluar bersiar-siar. Mungkin mereka akan pulang lewat.
Aku masuk semula ke dalam bilik. Kelihatan Hana sedang menangis di atas katilnya.
"Hana, kenapa ni?" aku bertanya.
Di tangannya, ada dua helai kertas. Hana memandangku dengan wajah yang basah dengan air mata.
"Ibu tak sayang Hana dengan adik ke?" Hana menyoalku dengan bahasa isyaratnya.
"Kenapa Hana tanya macam tu? Mestilah ibu sayang Hana dengan adik," ujarku.
Dia menyerahkan kertas-kertas tadi kepadaku. Kertas-kertas tersebut aku baca.
BORANG KEMASUKAN KE RUMAH ANAK YATIM AN-NUR
Mana Hana dapat borang ni? Aku mencari borang ini sejak semalam kerana lupa di mana aku letak borang ini. Dan hari ini, Hana telah menjumpainya terlebih dahulu. Rahsia yang aku sembunyikan selama ini.
"Hana tak nak pergi rumah anak yatim. Kawan Hana pun duduk dekat rumah anak yatim. Mak ayah dia dah tak ada. Ibu nak pergi mana?" soal Hana teresak-esak.
Aku menggeleng. Tubir mataku sudah terasa panas.
"Ibu tak pergi mana-mana, sayang," kataku perlahan.
"Hana tak percaya! Ibu nak tinggalkan Hana dengan adik!" kata Hana.
"Tak Hana. Ibu tak akan tinggalkan Hana dengan adik," aku cuba memujuk Hana.
"Hana tak percaya!" kata Hana lalu bangun dari katil.
"Hana, Hana nak pergi mana tu?" aku cuba mencapai Hana, namun Hana lebih pantas menepis sentuhanku.
Kepala yang kian pusing memperlahankan langkahku. Aku berjalan mengejar Hana.
"Hana...," aku memanggil Hana merayu agar dia kembali kepadaku.
Saat tiba di hadapan pintu, aku batuk terkokol. Dada yang sakit aku cengkam. Batukku tidak berhenti sehingga keluar darah. Aku terduduk di hadapan pintu.
Hana yang melihat keadaanku tidak meneruskan langkahnya keluar dari rumah dan terus menghampiri aku yang hanya menunggu masa untuk rebah.
Penglihatanku gelap walaupun aku masih tersedar.
"Uuuuh....uuuuuh," Hana menggoncang bahuku. Dia cuba memanggil aku agar aku memberi respons.
Malang sekali, aku tidak mampu untuk bersuara lagi. Seketika kemudian, aku tidak lagi menyedarkan diri.
"Aaaak...aaaak," Hana mengetuk pintu rumah Kak Nor.
Ibu pengsan. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. Satu sahaja yang sedang bermain di fikirannya, dia perlu mendapatkan bantuan.
Pintu rumah Kak Nor masih lagi diketuk. Sayangnya, tiada seorang pun menyahut atau membuka pintu rumah itu.
Hana berjalan di sekitar situ. Puas dia meminta pertolongan dari orang kampung itu, tiada siapa pun sudi mendengarnya.
"Apa anak haram ni buat dekat sini?"
"Janda murahan tu tak jaga anak dia ke apa?"
Orang kampung mula menyoal sesama sendiri apabila kelibat Hana berlegar-legar di kampung mereka. Apabila Hana cuba memegang mereka, semuanya menepis. Jijik dengan Hana yang mereka ketahui sebagai anak luar nikah.
Ibu...Hana minta maaf. Hana janji Hana akan tolong ibu.
Lama dia berjalan di dalam kampung itu. Tiada satu pun pertolongan yang dia dapat. Sekarang, Hana sudah tidak tahu dia berada di mana dan bagaimana cara untuk dia pulang ke rumah semula.
Kawasan sekeliling di kiri dan kanannya penuh dengan pokok kelapa sawit. Jalan yang berpasir. Penuh dengan lori-lori besar.
Ada sebuah pondok kecil di tepi jalan yang sedang diduduki beberapa orang lelaki dan perempuan dewasa. Mereka bersiul-siul memandang Hana.
Hana yang merasakan dirinya seolah-olah diperhatikan orang- orang itu terus berjalan laju. Dia takut dengan mereka semua dan mahu meninggalkan tempat itu dengan segera.
"Adik, adik nak pergi mana?" ada seorang perempuan dari kumpulan itu memanggil Hana.
Dia menghentikan langkahnya dan kembali memandang mereka. Wanita tadi terus berjalan menghampirinya. Rakan-rakan wanita itu tergelak-gelak dan menjerit.
"Mak adik pergi mana? Kenapa adik jalan sorang-sorang ni?" tanya perempuan itu lagi.
"Ibu sakit, Hana nak balik rumah," Hana memberi isyarat pada perempuan itu.
"Hahahaha bisu rupanya! Kalau kita kerjakan dia, memang selamat ni. Tak ada bunyi," kata mereka yang sedang duduk di belakang. Mereka ketawa terbahak-bahak.
Perempuan yang sedang berdiri di hadapan Hana tersengih sinis. Hidungnya yang seperti berair dikesat kuat.
"Kakak dengan abang-abang tu tolong adik nak?"tanya dia lagi.
Hana teragak-agak untuk mengikut perempuan itu.
"Bawa je la dia datang sini. Tak payah tanya lagi. Kejap lagi lari, melepas pula!" kata lelaki yang dari tadi bersuara dari belakang.
Perempuan tadi terus memimpin Hana ke arah pondok tadi. Hana didudukkan ke atas di atas pondok itu.
Mereka ketawa seperti orang gila. Hana hanya mengecilkan dirinya.
"Kenduri besarlah kita hari ni," kata salah seorang lelaki daripada mereka.
"Bagi kami yang perempuan dulu la," kata perempuan-perempuan tadi.
"Okay, hari ni aku bagi chance dekat korang. Lepas dah siap, panggil aku dengan Acap," kata lelaki tadi.
"Beres,"
Lelaki-lelaki tadi mula turun dari pondok itu. Keliling pondok itu mula dilitupi dengan kain besar yang buruk.
"Adik, meh la sini dekat kakak. Nanti kakak hantar balik rumah," kata perempuan-perempuan di pondok itu.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...