23

632 12 0
                                    

Aku mengusap perlahan ubun-ubun Hana.   Kepala si comel ni bengkak sedikit kerana jatuh terlentang. Tak cukup jatuh, kepala terhentak pula atas lantai.

Sampai bila suamiku akan berkelakuan begini? Aku melepaskan keluhan apabila teringatkan kejadian semalam. Seandainya Hana tidak dilahirkan sebagai anak yang bisu, adakah Adam mahu menerima kehadiran Hana?

Bagi aku, cukuplah dia terima Hana seadanya walaupun dia membenci aku sebagai isteri dia. Tapi aku sedar, kalau sudah nama anak yang lahirnya dari rahim aku, pasti turut sama dibenci Adam.

Hana masih kecil. Sudah tentu dia tidak mengerti kenapa lelaki itu sangat membencinya. Pasti juga Hana tidak faham kenapa aku melarang dia mendekati lelaki itu.

Aku pernah terfikir untuk membawa diriku dan Hana jauh dari Adam dan yang lain. Tetapi apa yang membuatkan aku sabar sehingga ke hari ini cuma ingatan aku kepada Allah. Kalau tak fikir Tuhan itu Maha Menyayangi, aku tak akan teragak-agak untuk keluar dari rumah ini.

Sejujurnya, aku menanggung terlalu banyak perasaan. Dulu, ada Kak Laila dan Adam yang menjadi  tempat aku meluahkan rasa. Sekarang, seluruh keluarga angkatku telah membenci aku hingga mak tak membenarkan aku pulang ke rumahnya lagi.

Adam yang telah menjadi suamiku pula, buat aku rasa ibarat ada suami tapi hanya atas kertas.

Puas merenung nasib diri, aku menoleh semula ke arah Hana. Anak mata coklat cair yang diwarisi oleh Adam ini terkebil-kebil melihat wajahku. Hana lalu senyum menampakkan dua batang gigi atas dan dua batang gigi bawah yang sudah tumbuh.

Aku tersenyum melihat kecomelan Hana. Wajahnya aku kucup bertalu-talu lalu dicuit hidung mancung terletak.

"Sabar sayang ibu. Allah Maha Adil. Satu hari nanti, Allah akan tarik semula ujian ni. Ibu akan lindungi Hana sampai nafas terakhir ibu,"

 Ibu akan lindungi Hana sampai nafas terakhir ibu,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now