43

919 14 0
                                    

"Assalamualaikum,"

Adam memberi salam sebaik saja turun dari kereta. Di tangannya terdapat banyak bungkusan makanan. Adam terus berjalan ke rumah.

"Sa...Safa!" jerit Adam apabila terkejut melihat Safa yang terbaring dihadapan pintu rumah. Mulut, baju dan tangan Safa dilumuri darah hanyir. Ada darah yang sudah kering.

"Safa, Safa kenapa ni sayang? Ya Allah apa dah jadi ni?" soal Adam sendiri.

Pipi Safa ditepuk perlahan namun Safa tidak menyedarkan diri. Adam segera menghubungi ambulans.

"Hana, Hana pergi mana?" jerit Adam memanggil Hana. Sejak dari tadi, kelibat Hana tidak muncul. Mustahil Hana tidak tahu tentang keadaan Safa sedangkan dari tadi, Safa dan Hana memang ada berdua di rumah ini.

Dia meninggalkan Safa buat seketika. Adam berjalan ke bilik. Namun, Hana tetap tiada di pandangannya.

Mana perginya Hana? Adam meraup wajahnya. Dia kemudian terus menghubungi Kak Auni untuk meminta pertolongan.

Mujur saja Kak Auni, umi dan walid tidak keluar bersiar jauh dari rumah ini. Jika tidak, lebih susah untuk dia meminta pertolongan.

"Encik tolong tunggu di luar sementara kami buat pemeriksaan ke atas isteri encik. Kejap lagi nurse akan datang dan encik perlu isi beberapa borang," kata nurse yang bertugas di wad kecemasan saat mereka tiba di hospital.

Adam berasa resah saat ini. Melihatkan keadaan Safa sebentar tadi. Hana pula tiada di rumah. Dia tahu Hana tidak berada di rumah Kak Nor memandangkan Kak Nor memberitahunya yang dia akan pulang ke Alor Setar bersama suami dan anak-anak mereka.

Dia sedang menunggu Kak Auni, umi dan walid pulang daripada balai polis selepas membuat laporan atas kehilangan Hana. Walau dimanapun Hana berada, Adam cuma berharap Hana selamat sahaja sebelum pulang ke pangkuan mereka.

"Adam," panggil walid.

"Walid...Safa dengan Hana...," Adam tidak dapat meneruskan kata-katanya.

"Tak apa Adam. Duduk dulu," kata umi pula.

"Safa sakit ke umi? Dia tak pernah bagitahu Adam apa-apa pun. Adam takut umi kalau apa-apa jadi dekat Safa. Adam banyak dosa dengan dia," luah Adam.

"Sabar, Adam. Kita tunggu apa yang doktor cakap nanti. Doa banyak-banyak," kata umi.

"Auni  balik dulu boleh? Tunggu dekat rumah. Mungkin Hana balik kejap lagi?" tanya Auni.

"Elok juga tu, Auni. Kamu balik dulu. Nanti apa-apa, call kami," kata walid.

Adam menyerahkan kunci rumah kepada Auni. Dia kembali duduk di kerusi lalu meraup wajahnya.

Doktor yang merawat Safa dari tadi keluar dari bilik rawatan. Adam segera bangun lalu menghampiri doktor itu.

"Macam mana keadaan isteri saya, doktor?" tanya Adam.

"Sebelum saya jelaskan, boleh saya tahu hubungan encik dengan pesakit?" tanya doktor itu kembali.

"Saya suami dia,"

"Jom, encik. Ikut saya ke bilik," kata doktor itu.

"Begini, encik. Dari hasil pemeriksaan dan rekod lama rawatan Puan Safa di hospital ini, Puan Safa sebenarnya menghidap kanser otak dan kini kanser yang dihidapinya sudah berada di tahap empat,"

"K..Kanser?" tanya Adam yang jelas tidak percaya tentang keadaan Safa.

"Ya, betul. Kanser otak. Dari rekod kesihatan sebelum ni, sel kanser pesakit merebak aktif dan pesakit sendiri pernah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali. Tapi, Puan Safa sendiri menghentikan rawatan kemoterapi memandangkan rawatan tersebut boleh membahayakan kandungannya. Doktor juga ada bagi cadangan untuk Puan Safa menggugurkan kandungannya dan teruskan rawatan selepas selesai berpantang. Tapi, Puan Safa tetap tidak mahu," jelas doktor itu.

"Jadi, macam mana dengan isteri saya sekarang? Dia akan sembuh kan?"

"Susah saya nak cakap. Sel kanser dah merebak ke tulang dan paru-paru. Malah, Puan Safa sudah kehilangan keupayaan fungsi mata akibat kanser otak itu sendiri,"

"Maksud doktor, isteri saya b..bu..buta?" soal Adam lagi.

Doktor itu menghela nafas berat lalu mengangguk.

"Kami akan lakukan pembedahan kecemasan untuk kandungan pesakit. Bayi akan lahir pra-matang. Saya perlu ingatkan encik bahawa kelahiran pra-matang ada banyak risiko. Kita dah tak banyak masa lagi encik. Encik perlu terima sebarang kemungkinan. Saya dan yang lain akan cuba sedaya upaya kami," kata doktor itu.

Adam berjalan keluar dari bilik doktor tadi. Umi dan walidnya bangun lalu menghampiri Adam.

"Adam, apa doktor kata?" tanya walid.

"Safa sakit, umi, walid. Safa ada kanser dan sekarang kanser dah masuk tahap empat. Doktor kata, Safa dah tak boleh melihat macam dulu lagi. Sel kanser dah merebak dan doktor akan buat pembedahan untuk keluarkan baby dulu," ujar Adam. Matanya merah menahan tangis.

"Astaghfirullah," keluh umi.

Sungguh Adam tidak sangka, ini khabar yang akan dia terima sewaktu hatinya menjadi milik Safa. Dia betul-betul mahu membuka lembaran baru bersama Safa dan anak-anak mereka.

Masih adakah kesempatan buat mereka kembali bersama?

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now