14

603 7 0
                                    

"Sampai bila you nak buat macam tak ada benda yang jadi, Laila?"

"You senanglah cakap. I tak boleh lupakan Adam. Kami dah lama bersama!"

"Bukan you juga yang setuju dengan rancangan I? You rasa, Adam nak terima you ke? Dalam keadaan you macam ni. You bukan anak dara lagi, you akan jadi mak budak?" lelaki ini ketawa sinis.

"You ni memang tak guna la! Pergi mati dengan rancangan you. I nak gugurkan anak ni!" kata Laila lalu bangun untuk pergi dari tempat itu.

"I ada video kotor kita, Laila. You tak ikut rancangan I, semua orang akan tahu aib you ni. I cakap dan I akan buat. Fikir elok-elok, Laila. Either this weekend kita bincang dengan umi dan walid I untuk wedding kita or I sebarkan this video,"

Lelaki itu memasang video yang dimaksudkan dengan kadar yang kuat. Suara desahan dia mula kedengaran. Laila menekup telinganya kerana rasa jijik dengan bunyi-bunyian yang keluar dari video tersebut.

Tak guna! Ni semua sebab Adam selalu melayan Safa lebih dari dia. Mereka berdua dah lama bercinta. Memanglah dua-dua sepakat tak nak hebahkan hal ni dari mula lagi, tapi takkanlah Adam tak boleh fikir sendiri entah dia cemburu ke tidak bila melihat layanan Adam pada Safa.

Safa itu, Safa ini. Semua Safa. Habis tu, dia ni siapa? Laila mula rasa sunyi. Riyadh pula pernah datang bercuti ke UK dua bulan lepas dan terserempak dengan Laila di sana.

Dah nama pun Riyadh, tahu-tahu je la. Kaki mabuk, kaki perempuan. Riyadh suka tabur kata-kata manis pada Laila, sampailah ke satu tahap, Laila termakan pujuk rayu Riyadh sampai ke bilik tidur. Puncanya, Adam sibuk bercerita tentang Safa menerusi Whatsapp dan Safa tertekan sebab bergaduh dengan Adam kerana perbualan tentang Safa sahaja.

Seminggu sebelum tarikh dia dan Adam sepatutnya bernikah, doktor sahkan dia hamil. Riyadh tahu hal tu. Riyadh rancang sesuatu supaya mereka boleh kahwin tanpa syak wasangka keluarga dan Safa akan menderita sebab mengganggu hidup dia dengan Adam sebelum ni.

 Riyadh rancang sesuatu supaya mereka boleh kahwin tanpa syak wasangka keluarga dan Safa akan menderita sebab mengganggu hidup dia dengan Adam sebelum ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laila
-Tolong jangan ganggu I lagi. I bosan dengan you. You sentiasa utamakan Safa dalam setiap perkara dan disebabkan itulah, I selalu makan hati. I tak sangka, you sanggup buat benda tak elok dengan dia. Patutlah selama ni, you sibuk sangat dengan dia.

Adam meraup kasar wajahnya selepas membaca ayat terakhir Laila di Whatsapp sebelum Laila block dia. Selama ni, dia ingat isu Safa antara dia dan Laila hanya perkara kecil. Tak sangka ini pengakhiran hubungan mereka berdua.

Adam keluar dari biliknya untuk menuju ke pantri. Sewaktu hampir dengan pantri, dia terdengar perbualan staf-stafnya di pantri itu.

"Kau tengok ni, tak sangka bos kita tu kahwin dengan perempuan macam ni. Eh kalau aku la kan, tak ingin aku dengan perempuan macam ni. Orang handsome, cari la yang elok sikit rupa. Ni dengan parut besar berkeladak macam tu, geli aku tengok,"

" Tak baik cakap macam tu. Itu namanya jodoh. Kau pula suka hati hina fizikal isteri bos,"

"Benda semua orang nampak. Ni, berita dah tersebar dengan gambar sekali. Dalam artikel ni, siap tulis perempuan ni anak luar nikah lagi,"

Berita? Artikel? Pasal apa? Adam terus mencapai phone dalam kocek seluar dan melangkah semula ke biliknya.

Namanya ditaip di Google. Berita paling latest diklik.

'Peguam Terkenal Adam Baihaqi Telah Berkahwin Secara Tertutup pada Minggu Lepas'

'...Perkahwinan ini diadakan secara tertutup demi menjaga privasi isterinya. Ini membuatkan banyak pihak tertanya, adakah rupa paras atau status kelahiran isteri kepada Adam Baihaqi menjadi punca majlis tersebut diadakan secara tertutup? Perkara ini mula mendapat perhatian media sejak malam kelmarin...'

Tak guna betul! Siapa yang sebarkan benda ni? Mati-mati dia cuba tutup perkara ni, tapi tersebar juga.

"Ridzuan, awak tolong call semua media dan minta mereka berhenti sebarkan berita tentang saya, atau saya saman mereka semua!"kata Adam kepada pembantu peribadinya.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now