8

545 17 0
                                    

Hari silih berganti. Sejak dua minggu dari hari merisik Kak Laila, aku mula menjauhkan diri dari Abang Adam. Aku tak nak dituduh menjadi perosak masjid yang bakal mereka bina.

Gubahan hantaran aku kemaskan. Ini menjadi salah satu rutin aku setiap kali balik kerja shift malam. Kakak-kakak angkat yang lain semua tak boleh balik atas urusan kerja. Mereka cuma akan balik sebelum hari pernikahan Kak Laila dan Abang Adam. Tambahan pula, majliz oun dah dekat dan ibu berpesan agar melayan Kak Laila dengan baik dan jangan bebankan bakal pengantin dengan apa-apa kerja.

Aku cuba untuk melayan Kak Laila sebaik mungkin, tetapi aku tak mampu mempamerkan riak yang selalu aku tunjukkan padanya selama ini. Hati aku masih kecewa dengan perkhabaran tentang percintaan antara Kak Laila dan Abang Adam.

Sejujurnya, aku tak percaya yang mereka berdua menjalinkan hubungan di belakang keluarga kami. Semuanya nampak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Mereka nampak rapat mungkin atas dasar sepupu yang tinggal berhampiran.

Abang Adam kerap menghantar pesanan di Whatsapp dan tidak semua aku reply. Kalau reply pun, sepatah dua sahaja. Sekarang aku mula sedar, layanan Abang Adam yang terlalu mesra padaku akan menghalang aku untuk melupakan kenangan manis kami berdua.

Abang Riyadh, anak bongsu Mak Long dan Pak Long pula tak berhenti menghubungi aku. Tak tahu apa yang tak kena dengan Abang Riyadh ni. Menjerit, terpekik. Marah tak tentu pasal. Satu sikap Abang Riyadh yang aku tak gemar ialah, dia seorang kaki mabuk dan kaki perempuan.

Mak Long dan Pak Long pula dah tak tahu cara nak bentuk anak mereka yang seorang ni. Bila berjumpa dengan dia, aku tak akan balik dengan tangan kosong. Abang Riyadh akan mencaci dan menghina aku yang berstatus anak luar nikah ini sehingga air mata aku pun mengalir dengan mudah.

"Aku benci kau dan Adam. Aku akan pastikan kau berdua hancur sekelip mata!" kata Abang Riyadh dengan penuh kemarahan.

Apa salah kami pada dia? Aku tak pernah mengganggu hidup dia sikit pun. Status aku sebagai anak haram ni mengganggu dia ke?

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now