34

849 12 1
                                    

Wajah CEO syarikat ini aku tatap. Melihat daripada gaya, wanita ini mungkin sudah berusia lingkungan 50-an. Wajah yang manis. Wajah yang aku cari selama ini.

Aku sudah lama berjumpa dengan wanita ini. Walaubagaimanapun, tidak sekali pun aku memperkenalkan diriku sebagai orang yang berkait dengan wanita itu.

Datin Sri Zunairah binti Mustafa. CEO syarikat pengeluar makanan antara yang terbesar di Malaysia.

Kejadian-kejadian di masa lalu membuatkan aku tidak berani  mencetuskan perkara buruk lagi di masa hadapan.

Dulu, suami aku terlalu benci pada aku kerana statusku sebagai anak tidak sah taraf. Di tambah pula dengan wajah yang berparut lalu memburukkan paras wajahku.

Lalu, apa akan jadi pada ibu kandungku di hadapan aku sekarang, jika aku memperkenalkan diri ini sebagai anak yang pernah dibuang wanita itu dulu? Masihkan dia akan diterima?

"Saya minta maaf, Safa. Polisi syarikat kami memang tak akan ambil pekerja yang mengalami sakit kronik. Susah untuk kami bagi jaminan sendiri, sampai bila awak boleh bekerja di syarikat ni,"ujar Datin Sri Zunairah.

Surat yang menyatakan aku diberhentikan kerja ditatap. Bibirku bergetar saat aku mahu mengeluarkan kata.

"Saya difahamkan, awak kerap ambil cuti sampai cuti yang ada dah habis had. Awak akan menjejaskan pekerja lain juga. Jadi saya rasa, elok awak berhenti," kata wanita itu lagi.

"Boleh tak Datin bagi saya peluang sekali saja lagi? Saya ada anak yang perlu saya tanggung," rayu Safa.

Datin Sri Zunairah hanya menggeleng. Susah betul mahu bercakap dengan pekerjanya ini.

"Kalau tak ada apa-apa, awak boleh keluar dari bilik saya dan jangan kembali ke syarikat ini lagi," kali ini dia memberi amaran pada aku.

Aku bangkit dari duduk dan mengatur langkah keluar dari bilik itu.

Meskipun wanita itu tidak tahu bahawa kami mempunyai pertalian darah, aku tetap berasa seolah aku baru sahaja dibuang dari kehidupan seorang ibu. Padahal, tentu saja wanita itu tidak mengenali diriku siapa.

Aku akui, sejak disahkan hamil, aku sendiri telah memutuskan untuk tidak lagi menjalani rawatan untuk merawat sakit kanser yang aku hidapi selama ini.

Doktor memberitahu bahawa rawatan kanser berbahaya buat kandungan ibu hamil.

Aku juga diberi pilihan untuk menggugurkan kandungan dengan prosedur sah oleh doktor, kemudiannya meneruskan rawatannya semula. Namun, apa jaminan yang aku akan sembuh jika aku menggugurkan kandungan ini hanya demi kepentingan diri sendiri?

Sudah tentu aku sayang dengan kandunganku. Tidak mungkin aku sanggup membunuh anak sendiri.

Sekarang, aku sudah tidak mempunyai kerja. Wang simpanan yang ada juga semakin berkurang. Gaji yang diperoleh dipotong banyak setiap bulan kerana kerap mengambil cuti akibat sakit dan berulang-alik ke hospital.

Kerana itu, aku menjalankan perniagaan kecilan dengan menghantar nasi lemak ke gerai yang ada di tepi jalan. Untung yang diperoleh juga tidak seberapa.

Hana masih bersekolah dan wang yuran setiap bulan perlu dibayar. Puas aku mencari tadika percuma di sekitar tempat tinggal mereka, tapi tiada yang mahu menerima Hana kerana Hana yang memegang kad OKU.

Anak di dalam perut ini juga bakal lahir. Tiada satu persiapan yang aku telah lakukan.

Aku buntu. Aku merasakan yang aku sudah gagal sebagai seorang ibu.

"Akak pun tak tahu macam mana nak tolong kamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Akak pun tak tahu macam mana nak tolong kamu. Akak tak tahu kerja kosong apa yang ada dekat area sini yang sesuai dengan keadaan kamu. Macam ni lah, kalau akak dapat tahu ada kerja kosong, akak bagitahu ye," kata Kak Nor.

Kak Nor tahu tentang keadaan kesihatan aku. Aku tidak sekali pun berniat untuk memberitahu dia, tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Aku pengsan di hadapan rumah Kak Nor sewaktu mahu menghantar Hana ke rumahnya. Hidungku berdarah dan wajahku pucat.

Kak Nor segera menghubungi ambulans dan dia menemani aku sepanjang aku tidak menyedarkan diri. Doktor yang merawat aku telah memaklumkan keadaan aku pada Kak Nor.

"Terima kasih kak. Akak dah banyak tolong saya dan Hana. Tak terbalas jasa akak pada kami berdua,"ucapku dengan penuh ikhlas.

"Tak ada apa, Safa. Kalau kamu perlukan duit, bagitahu akak juga. Insya Allah, akak akan tolong apa yang akak mampu,"

Aku mengangguk lalu tersenyum.

"Akak balik dulu ya. Kamu berehatlah. Kalau nak makan, akak dah bagi bekal pada Hana tadi. Saja masak lebih," pesan Kak Nor.

Kak Nor mengatur langkah ke rumahnya. Aku berjalan ke pintu lalu menguncinya.

Kak Nor terlalu berjasa kepada aku dan Hana. Soal mahu meminjamkan duit, aku sebolehnya tidak mahu meminjam wang dari sesiapa pun.

Aku sudah tidak mempunyai pendapatan yang lumayan seperti sebelum ini. Jika aku meminjam wang dari orang lain, belum tentu aku mampu membayarnya.

Buku catatan perbelanjaan aku selak. Semua bil dan yuran Hana telah aku bayar untuk bulan ini. Tiada yang tertunggak.

Satu perkara yang merunsingkan aku sekqrang ini adalah kandunganku yang bakal memasuki usia tujuh bulan tidak lama lagi. Malangnya, tiada satu pun persiapan yang telah aku lakukan.

Esok aku akan menghantar nasi lemak ke gerai Mak Jah. Mungkin esok, kalau ada keuntungan lebih, aku akan ke kedai pakaian bayi hujung minggu nanti.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now