Bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Abang Adam dah balik. Dia dah dua minggu tak balik ke rumah ni. Aku tetap duduk bersandar di kepala katil untuk mengejutkan Hana dari tidurnya. Abang Adam selalu buka pintu sendiri. Dia tak mahu melihat aku membuka pintu untuknya.
Hana tiba-tiba teresak perlahan. Alamak, aku lupa! Hana tak menyusu lagi pagi ni sebab lama dia tidur. Aku bangun dari katil dan berjalan ke dapur sambil mengendong Hana.
Peti sejuk aku buka. Stok susu badan yang ada aku ambil satu paket untuk dipanaskan.
Siap susu dipanaskan, aku membawa Hana semula ke bilik untuk disusukan. Sewaktu aku mahu keluar dari kawasan dapur, aku ternampak Abang Adam berdiri di tepi pintu dapur sambil berpeluk tubuh memandang aku dan Hana.
"Anak dengan mak sama menyusahkan. Apalah nasib aku kena bela dua anak haram dalam rumah ni," ucap Abang Adam dengan sinis.
Aku hanya diam dan terus berjalan. Malangnya, Abang Adam menarik bahu aku lalu aku berpusing memandangnya.
"Kenapa, abang?" soalku. Aku takut melihat cara dia merenung Hana. Aku risau dia mengapa-apakan Hana yang masih kecil. Ya Tuhan, lindungilah anak aku.
"Tak sangka kau dah beranak. Budak ni comel, tapi sayang, macam mana aku benci mak dia, macam tu la aku benci dia. Tapi aku bersyukur, budak ni tak mewarisi muka buruk kau. Kalau tak, makin benci aku tengok dia," ujarnya lalu berjalan masuk ke dalam bilik.
Air mata yang mula mengalir aku kesat. Dalam keadaan aku sekarang, aku rasa lebih baik aku sabar dan tak melawan. Risau kalau Abang Adam bertindak kasar pada aku dan Hana.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...