18

686 12 0
                                    

Alhamdulillah, pada jam 3.40 pagi tadi, aku telah selat melahirkan seorang bayi perempuan.

Doktor kata, anak aku lahir dengan sihat sekali. Bayi yang masih merah itu aku usap pipi tembamnya. Comel!

Umi masuk ke dalam wad bersama Walid. Kedua-dua mereka tersenyum melihat bayi comel dalam dukunganku itu.

"Assalamualaikum cucu tokma, duduk dengan ibu ya?" tanya umi lembut sambil mengusap ubun-ubun anak kecil ini.

"Dah ada nama ke untuk baby ni, Safa?" tanya walid.

"Hana Aafiya. Nama anak Safa, Hana Aafiya," jawabku.

Umi dan walid saling berpandangan dan tersenyum.

" Umi dan Walid dah call Abang Adam? Dia tahu tak Safa dah bersalin?" tanya aku, lantas, riak kedua-dua mereka berubah.

"Dah Safa. Tapi Adam..." umi kelihatan serba salah mahu bercakap.

"Tak apalah umi. Cukup Abang Adam tahu Safa dah bersalin je," kataku mahu menenangkan kembali suasana. Umi mengangguk perlahan. Bayi di dukunganku diserahkan kepada walid.

Walid mengiqamatkan Hana. Aku tersenyum melihat pemandangan itu meskipun jauh dalam hati ini, aku memahukan suamiku yang berada di tempat walid. Dan aku tahu, itu mustahil.

Selepas dua hari berada di wad, aku dibenarkan pulang hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selepas dua hari berada di wad, aku dibenarkan pulang hari ini. Puas umi memujuk aku untuk mengikutnya pulang ke rumah mereka, tetapi aku berkeras untuk berpantang sendiri di rumah Abang Adam.

Umi berat hati untuk bersetuju. Dia menitipkan pesan dan pantang larang buatku. Katanya, dia akan mengupah seorang bidan untuk memasak makanan orang berpantang.

Aku berjalan perlahan ke katil. Hana masih nyenyak tidur dari petang tadi. Budak comel ni, tak terjaga langsung walaupun aku sudah banyak kali mencuit kakinya. Hana memang tak banyak meragam.

Hana, ibu janji yang ibu akan jaga Hana dengan nyawa ibu. Ibu doakan supaya Hana membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now