45

1K 17 1
                                    

"Ibu, jaga diri ya. Hana sayang ibu,"

"Hana, sini dekat ibu. Jangan pergi jauh," Safa memanggil Hana. Hana sedikit pun tidak datang kepadanya. Malah, semakin menjauh.

Seketika kemudian, Hana menangis. Safa terpana melihat anaknya itu. Zuriat pertamanya. Anak yang menjadikan dia seorang ibu.

"Ibu, jumpa di syurga nanti ibu. Ibu jangan sedih. Hana rindu ibu, babah dan adik," kata Hana.

Hana yang tidak pernah sekali pun melontarkan suara kini bersuara. Suara lunak kanak-kanak kecil. Berbunyi comel dan manja.

"Hana...,"

"H..Ha..Hana...,"

"Hana!"

Aku tersedar dari lenaku yang panjang. Seluruh tubuh terasa lemah. Aku cuba bangkit dari perbaringa namun bawah perut yang sakit menghalangku dari terus bangun.

Pandangan mataku juga gelap. Aku  menggosok-gosok mata dengan lemah. Keadaan tetap masa, gelap.

Mana semua orang pergi? Hana? Mana Hana? Aku tetap tidak akan berpuas hati selagi aku tidak menjumpai Hana di depan mataku sendiri.

Aku tetap bangun. Sekali-sekala mengerang kesakitan. Langkahku semakin goyah kerana apa yang aku nampak hanyalah kegelapan.

Aku menangis. Mengharapkan Allah membantuku dan menggahkan diriku untuk terus bergerak. Aku mahukan anak aku.

"Hana, Hana p..pergi mana?"aku bertanya. Suasana sunyi. Tiada seorang pun yang menjawab.

Aku di mana sebenarnya? Kalau aku dirumah, bukankah seharusnya Hana menyahut setiap panggilanku?

"Hana...," aku semakin teresak-esak.

Puk!

Aku terjatuh kerana terlanggar sesuatu yang keras. Perutku yang sakit aku pegang.

"Argh!" sakit diperutku semakin tidak tertanggung.

"Safa! Safa buat apa ni?" soal suara yang jelas aku kenal.

"S..s..Safa cari Hana...Hana mana?"soalku. Adam hanya mendiamkan diri selepas aku bertanya.

"Abang, Safa tanya, Hana mana?" aku sekali lagi mendesak dengan tangisanku yang tidak surut.

"Hana dah tak ada," jawab Adam.

Aku terkelu saat mendengar Adam.

"Tak...tak...Hana ada..bagitahu abang, Hana dekat mana?"

Aku cuba merungkaikan pelukan Adam. Namun, Adam lebih erat memelukku.

"Nurse! Nurse! Tolong nurse!" jerit Adam.

"Safa nak anak Safa! Safa tak nak duduk sini!"

"Hana, ibu dekat sini...jangan tinggalkan ibu Hana...," rayuku berharap anakku kembali ke pangkuanku.

"Puan, bertenang puan. Puan berehat dulu ya," kata nurse yang entah dari mana muncul.

Saat lenganku terasa sakit seperti dicucuk, aku mula merasa tenang walaupun tangisanku masih berlagu.

Tangisanku juga surut sikit demi sedikit. Adam masih lagi berzikir di tepi telingaku sambil mengusap dahi dan lenganku.

Seketika kemudian, duniaku yang gelap menjadi semakin gelap.

Seketika kemudian, duniaku yang gelap menjadi semakin gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Puan, bangun puan. Puan dah tidur lama sangat ni," suara seorang wanita mengejutkan aku dari lena.  Entah berapa lama aku tertidur.

"Puan, banyakkan bersabar ya. Hari ni, suami puan akan bawa puan keluar sekejap untuk tengok jenazah anak puan. Sekarang, saya akan siapkan puan. Kejap lagi, suami puan datang," tahulah aku yang sedang bercakap ini seorang jururawat.

Sejak bila aku berada di hospital? Dan
bagaimana aku boleh berada di sini? Aku cuba untuk mengerahkan ingatanku, tetapi tiada satu pun yang aku ingat, melainkan Hana yang cuba pergi jauh dari aku.

Pakaianku ditanggalkan. Tubuh yang entah berapa lama tidak dibersihkan ini dilap perlahan. Baju baru disarungkan ke tubuhku.

"Kami tak boleh cabut drip dan tiub di hidung. Nanti kami akan bagi guide pada suami puan untuk bawa bekas ubat dan lain-lain,"

Aku hanya mendiamkan diri. Aku takut, aku tidak bersedia untuk melihat Hana. Bolehkah aku melihat? Buka mata sahaja, semuanya gelap.

Adam sedaya upaya menerangkan kepada aku tentang Hana yang sudah tiada. Hana diseksa. Mereka cuba menunggu aku untuk menyedarkan diri sebelum proses pengebumian Hana. Bila difikirkan semula, bukankah apa yang terjadi kini semuanya salahku?

"Assalamualaikum," Adam sudah datang.

"Safa dah siap? Jom kita pergi sekarang," kata Adam. Kerusi rodaku ditolak perlahan.

Tubuhku didukung Adam saat dia mahu meletakkan aku di atas kerusi penumpang.  Adam menghidupkan enjin dan dia terus memandu. Menuju ke destinasi akhir setiap manusia.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now