46

999 17 0
                                    

Kami kini di tanah perkuburan bagi menyelesaikan pengembumian jenazah Hana. Aku yang baru sahaja tiba bersama Adam tadi dipimpin umi untuk melihat Hana buat kali terakhir.

Umi dan aku melangkah perlahan-lahan lalu duduk di tepi jenazah anak itu. Hati aku tak terkata mengusung rasa pilu mengenangkan aku yang sudah kehilangan anak yang aku besarkan dengan kedua-dua tanganku selama ini.

Selama ini, Hana yang menjadi kebahagiaan aku. Hana menjadi punca untuk aku masih kuat dan tersenyum.

Sekarang, kekuatanku sudah pergi.

Tanganku menggagau mencari wajah Hana. Kak Auni yang berada disebelah membawa tangan aku ke wajah Hana.

"H...Hana, ibu datang ni...,"

"Ibu minta maaf, Hana. Ibu janji ibu tak akan buat lagi macam tu,"

"Ibu sayangkan Hana...Hana balik dengan ibu ya," tersedu-sedu aku saat mahu bersuara.

Kalau boleh digantikan dengan nyawaku, aku rela demi Hana hidup. Sedangkan aku ini, menanggung sakit dan dikatakan tidak mempunyai masa yang lama lagi, tetapi anak aku yang masih muda pergi dahulu meninggalkan diriku.

"Safa, sabar nak. Safa kena kuat," kata umi sambil memaut tubuhku erat.

"Anak Safa dah tak ada umi...Kenapa bukan Safa yang mati?" rintih aku.

"Jangan macam ni, Safa. Ini semua takdir Allah. Allah yang menentukan segala-galanya. Safa kena ikhlas," pujum umi lagi.

Aku berbaring di katil Adam buat kali pertamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berbaring di katil Adam buat kali pertamanya. Pengebumian sudah selesai. Aku kini berada di kediaman umi dan walid. Jiran-jiran, kenalan dan warga masjid datang sebentar tadi bagi majlis tahlil.

Aku menggagahkan diriku untuk turut sama menyertai tahlil tersebut. Ini saja yang mampu aku beri buat Hana.

Adam pada mulanya tidak membenarkan aku duduk di bawah. Apabila aku berkeras, Adam bersetuju dengan syarat selesai saja tahlil, aku harus berehat di bilik.

Siling di atas aku renung. Entah betul atau tidak aku sedang merenung siling. Aku buta, tidak mampu melihat apa-apa lagi.

Aku cuba menenangkan diri sendiri. Dalam kehidupan kita ini, pasti akan ada yang datang dan pergi.

Aku redha. Sekiranya ini yang tertulis, aku ikhlas menerima setiap yang Allah SWT telah menetapkan buatku.

Pemergian Hana, aku ikhlaskan. Air mataku bergenang saat teringatkan nama itu.

Segala kesusahan yang aku alami sewaktu mengandungkan Hana dibalas dengan kelahiran seorang anak yang comel dan sihat.

Biarpun dirinya tidak sesempurna anak yang lain, aku tetap menyayanginya kerana bagiku, kecacatan yang dialami Hana sedikit pun tidak memberi kesan kepada aku. Malah, aku berusaha mempelajari bahasa isyarat demi mendidik anakku itu.

"Safa, Safa kenapa ni? Safa kena berehat...umi risau tengok Safa dari tadi menangis," luah umi yang risau melihatku.  Mungkin umi lalu dihadapan bilik ini dan terlihat aku dari pintu bilik yang tidak ditutup.

"Safa sedih umi. Semua yang jadi pada Hana, salah Safa. Safa bukan ibu yang baik," aku merintih pada umi.

"Safa, lauhkan semuanya pada umi. Umi tak nak Safa memendam lagi. Semua ni bukan salah Safa. Ini takdir Safa," umi cuba memujuk aku.

"Umi, sebenarnya...,"

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now